Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Tuesday, January 15, 2013

2013-Canggih

Oi...bersarapan dengan menu yang agak berat hari ini bikin mataku layu berganda-ganda. Hari ini bersarapan dengan nasi+sambal tumis+telur goreng. Lapar punya pasal. Dah tak sanggup nak tunggu tengah hari dah. So tenggek puyuk atas dapo, menanak nasi 2 pot. Sambal tumis memang dah siap ada dalam freezer. Tunggu untuk dipanaskan sahaja. Goreng telur mata lembu [ada setengah sebut mata kerbau]. Makan. Lepas tu malas nak buat air, tibai Nutrigen Naqib dalam fridge. Kenyang sudah. Alhamdulillah.

Dah beberapa minggu handphone saya sakit. Tak tau lah apa masalahnya. Komera tak boleh nak guna. Memang tak penting sangatlah komera tu. Kalau tak ada pon idaklah sampai membawa mudarat. Tapi dah namanya handphone berkomera haruslah komeranya perlu berfungsi. Kalau tak, baik guna aje nokia 3310 yang tahan sekuat Gunung Tahan itu. Kan? Lagipun masih dalam waranti lagi biarpun sudah hampir-hampir mahu tamat tempoh,baiklah pergi hantar bekki kan?? Setelah beberapa lama tertangguh, tengah hari semalam saya telah menghantarnya ke Samsung Customer Service di dalam bangunan Digimal Mall USJ 19. Sekarang handphone saya sudah masuk ke wad untuk dibedah siasat. At least 3 hari kena tahan katanya. Harap tak lama sangatlah. Rindu nanti saya dengan handphone saya tu.

Handphone lama sume dah barai. Sekarang terpaksa meminjam handphone adik ipar (Cik Mila) untuk sementara. Ada rasa lumpuh jugaklah sikit bila takde handphoneku itu. Sebab banyak aktiviti dibuat menggunakan handphone. Cek email, buat n3 kat blog, cek facebook, twitter, instagram, tulis nota apa-apa aje yang terlintas di kepala, set appointment dan tempahan pon guna handphone. Sebab senang!!Cewah...macam wanita yang sangat berkejaya dan sibuk bebeno, padahal duk rumah je pon. Keluar rumah pon setakat ambik hantar anak sekolah je. Tapi, rata-rata kalau tengok sekarang di sekeliling kita, semua orang pon begitu. Jelas, kita terlalu bergantung kepada teknologi telefon bergerak ini sehingga kadang-kadang ia lebih berharga daripada benda-benda lain. Ada setengah itu sanggup berhabis wang untuk menukarnya setiap kali terdapat keluaran baru di pasaran. Ada yang sampai sanggup bergolok gadai, berhutang sana-sini semata-mata untuk tidak ketinggalan zaman. Lepas tu asik la duk mengeluh tak cukup duit nak makan!

Apa-apa pun yang kita buat biarlah dengan berfikir panjang dan mengikut kepentingan. Kalau kerana ikut orang semata tanpa melihat kemampuan sendiri, yang ruginya kita. Menzalimi diri sendiri namanya. Lain lah kalau kita mampu. Duit gaji tak berapa nak terusik. Dalam bank lagi banyak berkepuk-kepuk. Layaklah kalau nak beli yang canggih-manggih, even mahal supo obak bedil pong. Ini peringatan untuk diri sendiri kerana saya memang tak mampu nak beli yang canggih dan mahal. So saya selalu pujuk diri dan cakap dalam hati,, aku punya murah, diorang punya mahal. Tapi fungsinya sama saja!
Huhuhu...




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.