Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Thursday, June 13, 2013

2013- Misteri Nusantara

Tak tau nak cerita macam mana misteri yang berlaku 2 malam lepas. Gigil ok! Tiap kali teringat, naik sume bulu roma yang ada ni ha.

Malam tu rasa mengantuk sangat padahal awal lagi. Tak tahan sangat lantas aku tertido. Lebih kurang pukul 11 lebih gitu suami kejutkan. Dia tanya dah solat ke belum. Aku cakap belum. Aku pun bangun pi solat. Dah selesai tu nak sambunglah tido balik. Tapi dah kata tertido dah sebelum tu, jadi susah nak tido. Terkebil-kebil sorang-sorang. Last-last tertido jugak tapi tak tahu la pukul berapa.

Kemudian, aku terjaga dan pusing badan ke kanan. Mengadap Naqib. Aku kan sejak Naqib dah takleh naik tangga ni memang tido kat tingkat bawah je. So, aku tido di tengah. Kanan Naqib, kiri suami. Masa mengadap Naqib tu aku macam terperasan ada api kat atas sofa. Api yang baru nyala. Tak besar pun. Tapi bila tengok sekali lagi dah takde. Aku pandang je kat tempat tu sebab rasa musykil. Mata aku rasanya memang tak silap. Memang ada api tadi!

Tiba-tiba nampak ada benda bergerak dari sofa tu tapi samar-samar. Nampak tak nampak. Benda tu bergerak dan bercahaya malap-malap gitu. Benda tu naik ke tingkat atas. Aku pusing ke kiri nak beritahu suami tapi rupanya suamiku pun jaga. Aku siku dia sambik tanya, "Abang nampak tak?". Dia angguk. Kitorang pun start baca ayat Kursi. Ulang-ulang. Aku dah gigil. Baca pun tenggelam timbul. Tersekat-sekat. Seram hoi!

Waktu baca ayat Kursi yang last tu, (walaa yauduhu...) , nampak benda tu turun balik. Makin lama makin nampak bentuk. Bila sampai bawah, benda tu bertukar. Dah macam manusia. Perempuan. Pakai baju stail macam baju kurung Kedah, tapi baju masuk dalam, kain batik kat luar. Umur dalam 50an kot. Muka dia gelap. Tak pasti itu manusia atau jin jelma jadi manusia. Aku dah berpeluh-peluh. Perempuan tu berdiri betul-betul kat pintu rumah. Dia duk pandang tajam kat kitorang.

Kemudian dia tunjuk tangan dia kat kitorang. Kat tapak tangan dia keluar api. Dia macam nak tuju api tu kat kitorang. Takut sangat masa tu. Suami aku terus baca ayat 3Qul. Pastu hembus kat tangan, kepal, campak kat perempuan tu. Cemas waktu tu Allah je tau. Aku tutup mata. Takut nak tengok apa yang jadi. Aku baca lagi ayat Kursi kuat-kuat. Itu je ayat yang aku boleh ingat masa tu.

Pastu aku dengar suami aku panggil. Aku dah siap menangis sambil mulut duk kumat-kamit baca ayat. "Sayang! Sayang!" Suamiku duk panggil lagi tapi aku takut sangat nak bukak mata. Sampai suami aku hogah-hogah badan baru aku berani bukak mata. Aku terus pandang ke pintu. Perempuan tu dah takde! Mujarab jugak ilmu hembus kepal laki aku tadi tuh, aku cakap dalam hati. Terus lap air mata, hingus, peluh semua.

Suamiku pandang aku sambil senyum lalu berkata, "Sayang ngigau eh?"

Aku pandang sekeliling. La..ngigau ke? Aku pandang suamiku. "Abang dengar orang cakap apa-apa tak? Inesen je aku tanya. "Apa tak dengarnya. Baca ayat Kursi kuat gila!"

Malu oi! Balik kerja petang itupun suamiku perli lagi. Nasib baik dalam mimpi tu aku just menangis je. Buatnya aku ketakutan lalu terkincing, mau berjemur tilam kat pagar. Sekian sahaja kisah mimpi misteri nusantaraku. Wassalam.

4 comments:

  1. Alamakkkkkk mengigau rupanya.

    ANyway kak ti, saya pernah mimpi kena kejar dengan budak pompuan sorang kan. Lepas tu terjaga, terus tak boleh gerak. Sebut Allahuakbar pun susah gila. Last2 takut punya pasal, bangun terus solat. Hehehehhe~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hor.. ngigau. Tp dia punya cemas tu tuhan je tau. Masa terjaga tu peluh menyimbah-nyimbah.

      Delete
  2. la mimpi ker...kwang..kwang...tp kalu betul mmg takut ar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mimpi + ngiga idah. Kak jarang sgt ngiga tp kalu ngiga mesti menakutkan.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.