Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Tuesday, June 25, 2013

2013-Penangan KDrama

Korang yang biasa tengok cite Korea mesti pernah tengok diorang makan sejenis makanan yang dipanggil kek beras (tteokbokki/dubboki) yang dijual kat gerai-gerai tepi jalan tu kan?

Wei..bila selalu sangat nampak benda alah tu lama-lama jadi  teringin pulak nak rasa. Macam sedap sangat. Beria aku pi google cara-cara membuatnya. Dah jumpa resipi, lantas misi membuat kek beras ini pun bermula.

Resipinya ringkas je. 2 cawan tepung beras, 345ml air panas mendidih dan sedikit garam. Gaul 3 bahan tu rata-rata sampai jadi macam serbuk roti. Pastu kukus 10 minit. Keluarkan dari pengukus, gaul lagi. Kukus sekali lagi dalam 10 minit. (kalau ada microwave, just masukkan dan panaskan pada suhu tinggi selama 2 minit-buat 2 kali jugak). Pastikan doh tu bertukar lutsinar(macam laksam), dah takde rupa tepung dan bila picit rasa macam sikit kenyal baru angkat ye. Kalau belum sila kukus lagi. Kemudian, lumur minyak pada meja kerja-taknak bagi melekat, dan tumbuk bagi halus. (kalau ada breadmaker masukkan je kat dalam breadmaker tu). Dah elok kejadiannya, bahagikan doh kek beras tu kepada beberapa bahagian. Gentel macam nak buat keropok lekor dan potong ikut panjang yang korang nak. Dah siap. Bolehlah guna untuk masak. Tapi kalau korang malas nak buat, kat supermarket pun ada jual. Aku buat sendiri pasal nak jimatkan duit.

Haritu buat tomyam masukkan tteokbokki tu sedap jugak. Tapi kena masak benda tu lama sikit. Kalau tak, terasa akan rasa berasnya. Walaupun tak original dan pure macam yang Korean masak tapi pueh hati dapat rasa sendiri kek beras itu. Lain kali bolehlah try masak pesen lain pulak.

11 comments:

  1. woooo... saya buat biskut beras untuk Amna. masak nasik lembik, gaul sampai hancur n ratakan atas dulang. tekan sampai leper n bakar dalam oven sampai kering.

    nak pakai, goreng je. jadi macma bertih la kan. but in biscuit form.

    btw, rasa dia macam laksa ke? nok buat jugok sebab Amna wahi sangat makan nasik. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha..bijak la ibu ni. Mak iti pun nak mkn biskut cam amna. Makanan sihat tu.

      Rasa dia kenyal mcm laksam atau kotiau. Abg iwan yg jenis milih, susoh base nok cuba benda2 pelik yg dia tak pernah jumpe pon blh mkn maknanya percubaan i menjadilah tu kan?

      Delete
    2. sama la macam encik rezal kat rumoh ni. asyik makan ayam penyet je. dia boleh try makan but kalau dok wahi dia dok habis pun. sedih :'(

      Delete
    3. La..ayam penyet tak mencabar ok. Hahaha..

      Delete
  2. terasa dubboki berlari2 di dalam mulut saya walaupun hanya melihat gambor.... kehkehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..pinjam ayat fofuler papa joe ye...
      Ni bile nak ambik beg baju awak ni..

      Delete
    2. nnt free saya amik ler.... hihihi. mlm ni boleh?

      Delete
  3. Replies
    1. Haha..takde icon like atau thumbs up kan blogger.com ni...

      Delete
  4. hahahahah blogger.com kena upgrade...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.