Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Thursday, April 25, 2013

2013-Yang Pertama

This is my first cook book. [sila rujuk gambar yang disertakan]. Buku masak ni dibeli untuk kegunaan ketika amali subjek Ekonomi Rumah Tangga [ERT] 24 tahun yang lalu. 24 tahun. Kalu ada anak, dah beso anak tu. Dah boleh berumahtangga dan beranak pinak.

Sayang sangat dengan buku ni. Walaupun buku ni diguna dari tingkatan 1 hingga 3 je, berapa kali berpindah-randah tapi buku masak ni tetap bersama. Namun sayang, sebahagian daripada helaian buku ini sudah hilang bersama kulit belakangnya.

Masih kuingat lagi menu pertama untuk amali memasak yang menggunakan resipi yang diambil dari buku tersebut. Masak sayo kobis masak lemak. Masa amali tu jugaklah jari terhiris sekali masa potong bawang. Masa tu tingkatan 1. Dahlah jarang pegang pisau, nak kejar masa lagi. Tengah kelam-kabut tu terhiris. Sikit lagi nak menitik masuk periuk. Kalau idak adalah yang jadi Raja Bersiong.

Macam-macam kena masak masa amali. Pastu konon-konon dah expert masak. Bila mak takde je kat rumah, saya dengan adik bereksperimen dengan memasak menggunakan resipi yang ada dalam buku tu. Berkecah satu dapo. Mak balik memang kena lecture la. Sampai mak bagi warning! Tapi jujur kata, adik saya lagi terer masak dari saya. Masa tu dia baru dalam darjah 4, banding saya yang dah tingkatan 2. Tu yang jadi give up. Terus tinggalkan dunia memasak. Dah nak kawin baru terkial-kial nak asah skil balik. Puii..

Siapa lagi yang ada buku masak edisi pelajar ni? Kalau ada, maknanya kita sebaya la. Hehe..

Thursday, April 18, 2013

2013-Bila Semuanya Tidak Kena

2,3 hari ni rasa macam ada benda yang tak beres. Malam-malam mimpi yang tak best. Perasaan cepat meruntun walau pencetusnya adalah sekecil-kecil perkara. Tengok Naqib tido malam-malam pun nangis. Baca n3 Kak LW tentang arwah abahnya pun seharian saya menangis. Tonton cite Korea King Of Ambition, (dah tengok habis kat online-versi internet tajuknya Queen Of Ambition) pun nangis. Tak tau lah kot aku ni terikut-ikut perasaan ke apa, tapi akhir ceritanya itu terutama time dia flashback tu memang sedih sesangat. 

Menangis sampai sakit kepala. Suami tanya kenapa? Ku selalu jawab takde apa.  Aku pun tak reti nak describe kenapa aku menangis. Mesti ada sebabkan? Ya lah kalau tak ada apa-apa kenapa nak menangis kan? Tapi sampai sudah tak tau apa punca! Susahnya nak faham hati perempuan ni. Diri sendiri pun tak faham apatah lagi orang lain! Teringat lawak Harith Iskander dalam Lawak Ke Der? tu. Katanya, "When the woman says 'nothing', we know it means 'everything is wrong'!" Ku gelak sorang-sorang bila ingat scene itu, kemudian sambung nangis. Gila! Sebab tu kalau menangis, suami ku tak kuasa nak layan. Pepandailah aku membawa diri. 

Lepas tu otometik akan jadi bengis tak bertempat. Selalunya Naqib kalo disuruh apa-apa kadang-kadang dia buat tak layan je. Tapi kalau time macam gini, sekali suruh je terus bergerak. Sanggup dia mengengsot laju-laju (dia kan susah nak bangun cepat-cepat). Takut kena marah!

Saya adalah jenis bila start menangis susah nak berenti. Selalunya bila susah nak berenti, saya akan pergi hadap muka ke cermin. Otometik terus berenti nangis tau! Pasal? Muka buruk mata bengkak hidung kembang kuncup  sememeh macam memerang. Diri-sendiri tengok pun naik malu ok! 

Nak masak punyalah malas. Bila fikir kena pergi kedai lagilah malas. So, pepandailah korek apa aje yang ada yang kat dapo tu. Masak ikut suka hati je.

Masak burger pun jadi. Keledek tu jiran sebelah yang bagi.
Goreng buat makan dengan burger. Bun burger tu terpaksa buat sendiri.
Malas nak ke kedai punya pasal! Lagi pun memang adalah
susah nak jumpa roti bun (burger) kat sini. Pastu terkecik dari
saiz patty sebab tak ukur. Pakai agak je. Lantak!
Tortilla wrap. Dalamnya diisikan dengan daging oblong yang dah
lama bebeno duk bertapa dalam freezer (dimasak dulu dengan bawang
beso), timun, tomato, lada benggala yang didadu. Kemudian disemprotkan
sedikit sos lada hitam, dan ditaburkan dengan cheese. Kemudian digrilkan sekejap
menggunakan pemanggang ajaib (sila sebut mengikut intonasi Doraemon!).
Nasib baik suamiku makan je takde banyak soal(dia cerewet bab makan). Mesti dia ingat aku nangis pasal dia ada buat salah kot. Padahal tak pun! Kesian dia. Perempuan memang dilahirkan complicated macam gini bang!!!! Fahamilah kami!

Thursday, April 11, 2013

2013-Mohon Terasa


Terasa. Tersedar. Termalu dengan Allah. Dia mintak kita tutup aurat tapi kita duk kisahkan hati kita ikhlas ke tak ikhlas. Sedang Dia dah bagi kita macam-macam.

Kalau bos suruh buat itu buat ini, kita buat je. Tak ada kisah soal ikhlas ke tak ikhlas pulak ye?

Wednesday, April 10, 2013

2013-Heh!

"Mak, teacher suruh bawak batang aiskrim hari Rabu ni untuk English Project," kata Naqib.
Semalamnya, balik daripada Hospital Serdang kitorang pun pergilah mencari batang aiskrim itu. Pening nak mencari sebab jarang orang jual benda alah ni kan, kecuali kedai stationaries yang besar-besar atau kedai menjual barang kraf baru ada.

Banyak jugaklah kedai alat tulis  kitorang terjah semalam dari area rumah sampailah ke area Shah Alam, dekat-dekat dengan sekolah dia tu. Tak ada. Ada satu kedai tu aku pi, tanya ada tak jual batang aiskrim. Katanya tak ada. Lepas tu dengar budak tu cakap dengan kawan dia, "Hari ni ramai betul yang cari batang aiskrim. Tadi ada 3,4 orang budak dah datang tanya".

Ha..entah-entah budak-budak tu kawan-kawan Naqib tak?

Suamiku membebel-bebel dalam kereta. Katanya, cikgu ni pun menda pelik-pelik jugak yang dimintanya. Masalahnya, dah ada dalam silibus. Cikgu ikut je. Masa tu pulak dah pukul 5 petang. Takkan nak redah jem pergi Puchong semata-mata nak pi cari batang aiskrim! Aku lak dalam keadaan mau mengencingkan diri yang amat sangat. So, suami kata last resort. Pi cari kat Giant. Mana tau kot-kot ada.

Tiba-tiba aku teringat ada satu gift shop kat dalam Giant Putra Heights itu. Aku macam pernah tertengok kat situ. Tawakal masuk kedai tu. Tanya kashier tu. Ada tak? ADA! Leganya.

Nilah bendanya yang dicari. Batang aiskrim yang biasa tu tak ada. Ada yang ini aja. Rembat je lah. Penat pusing jauh-jauh padahal kat Giant je ada.




Tuesday, April 9, 2013

2013-Spaghetti Meatballs

Anak aku sekarang ni demand nak makan sedap-sedap.  Entah apa-apa je menu yang dia suruh masakkan. Dah lama dia mintak buatkan spaghetti meatballs. Maknya pulak banyak keje dan tak cukup masa nak masak yang renyah-renyah ni. Dah terberjanji dengan dia, kalau dah lapang sikit baru boleh buat. Tapi hari-hari lepas tu dia duk haruk suruh buat.

Jumaat tu sebahagian besar tempahan dah disiapkan. Tinggal lagi 1 dress untuk toddler dan 1 messenger bag untuk disiapkan. Dah lapang banyak dah. Bolehlah bertapa lama-lama sikit di dapo.

Inilah dia spaghetti meatballs yang didambakan sangat oleh anak bujangku itu.


Bebola tu buat kecik-kecik je. Senang nak masuk mulut.
Puas hati tengok dia makan hari tu. 3 kali angkut ye. Esoknya dia tanya ada lagi tak? Aku memang masak banyak untuk memudahkan kerja sebab tahu dia akan mintak lagi. So, panaskan je.

Ni dah ada new request lagi. Dia suruh masak ayam bersos lemon pulok!

p/s: seharian akan berkampung di Hospital Serdang hari ini. Bosan...


Monday, April 8, 2013

2013-Air

Sejak 2 menjak ni kualiti air kat rumah ni sangatlah di tahap yang mendukacitakan. Mula-mula kejadian, air keluar kecik je. Nak basuh pinggan pun tak lepas. Nak basuh baju apatah lagi. Esoknya, air dah besar tapi dia punya kaler dah macam teh o. Tambah ais 2,3 ketul terus jadi teh o beng la wei..

Bilik air aku cepat sangat kotornya. Baunya pulak bercampo-campo macam bau tanah+lumut. Airnya bercampur selut ke apatah. Selang sehari basuh bilik air sebab tak tahan baunya dan dia punya kaler tanah tu melekat kat dinding, kat jubin. Rasa macam kotor sangat. Si Naqib lagilah, bila tengok air kat dalam lubang tandas tu, terus muntah. Boleh mendatangkan tekanan perasaan time duk kat dalam tu tau! Sekali masa hujung minggu ku basuh baju sekolah Naqib, telekung sekali dengan t-shirt putih. Terlupa air berkeladak. Masa nak menyidai baru perasan baju t-shirt bercapuk-capuk. Baju sekolah, telekung pulak tak berapa nak bersih. Huwa! Tension nya!!!!!!

So, ramai-ramai komplen ke Syabas. Alhamdulillah, harini air sudah kelihatan jernih kat sinki dapo (sebab sinki dapo air direct dari main pipe). Yang kat dalam bilik air ada lagi hawa-hawa keruh sikit mungkin sebab datang dari tangki. So, kena tunggu air keladak keluar habis baru jernih la air kat dalam tangki tu nampaknya.

Friday, April 5, 2013

2013-Rawak

1. Pagi tadi balik dari menghantar Naqib ke sekolah, berlaku satu kejadia menyayat hati. Masa tu dalam pukul 7.10 lebih kurang. Suasana masih gelap. Gelap takkah gelap sangat. Tapi masih perlu pasang lampu. Sebelum sampai ke satu persimpangan berlampu isyarat, nampak macam ada benda kat atas jalan. Sampai dekat baru perasan anak kucing rupanya. Kecik lagi. Adalah dalam 2 bulan kot. Nasib sempat mengelak. Dalam hati kesian dengan anak kucing itu. Dari cermin sisi aku nampak anak kucing tu dah sampai ke seberang jalan di belah kiriku. Oh! Dah selamat, kataku dalam hati. Namun tak sampai beberapa saat, anak kucing itu telah dilenyek oleh sebuah Storm. Menjerit aku dalam kereta. Terganggu seketika pemanduan.

2. Naqib: Mak, kawan Naqib cakap mak sebenarnya bukan mak Naqib.
Aku: Kenapa pulak dia cakap macam tu? (Bengang. Suka-suka hati kata aku bukan mak Naqib!)
Naqib: Sebab dia kata mak macam kakak Naqib je..
Aku: Owhhh....

Senyum.

3. Mesin jahit yang baru dibeli akhir bulan 11 tahun lepas tiba-tiba rosak. Jem takleh jalan langsung. Dah hantar ke agennya. Entah bila la siapnya. Nasib baik ada satu lagi mesin jahit. Walaupun dah tua dan selalu semput-semput, at least masih berguna. Dah nak masuk 14 tahun kami tinggal bersama.

4. Nowadays, kepanasan yang melampau. Buat kerja apa pun, berpeluh lejuh macam mandi. Ada kala 3,4 kali tukar baju sehari.

5. Setiap kali pergi kedai runcit untuk beli bahan mentah untuk masak, setiap kali tu lah budak laki kashier tu duk teka aku nak masak apa. Malas nak layan tapi dia terlebih ramah la pulak. Normally, apa yang dia teka betul. Tapi harini aku beli daging kisar dengan telur je untuk buat meatballs (sebab nak masak spaghetti meatballs) dan dia takleh teka sampai salah kira. Entah apa-apa je. Haha.

6. Lepas myspace, facebook, twitter, instagram, ada satu lagi media sosial yang tengah IN sekarang. KEEK! Korang dah terjebak ke?

Tuesday, April 2, 2013

2013-Rock Oo!!

Gua dah menonton filem Rock Oo! 3 kali dah gua layan. Melampau dak?
Ok. Tu je gua nak blog hari ni.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.