Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Thursday, January 30, 2014

2014-Bila Cuti

Hari ni budak-budak dah mula cuti sekolah sempena CNY. Pagi tadi, lepas solat subuh, Naqib dah tanya hari ni nak sarapan apa. Tension pulak mak. Apa nak dimasak la ye.. Dalam freezer tu macam-macam frozen food ada. Aku sengaja buat banyak dan frozen kan. Senang nak bekalkan Naqib ke sekolah. Pagi-pagi aku cuma panaskan atau gorengkan saja.

Tapi disebabkan benda tu benda yang sama dia makan berulang-ulang tiap pagi, Naqib beria tak nak sarap dengan makanan yang ada dalam freezer tu. Adoi..pagi-pagi ni dahlah aku malas nak masak. Maka, aku masakkan je bubur nasik. Senang. Tumis bawang putih bawang merah. Masuk air masuk beras masuk garam. Tunggu sampai masak. Kebetulan ada kangkung goreng belacan belen lauk semalam. Pastu goreng ikan masin. Eh! Jadi meriahlah pulok bubur nasik itu.

Dalam bubur tu aku ada letak sikit cendawan tiram. Dapat dari jiran belakang rumah. Dia ada ladang cendawan kat Johor. Dia petik dan terus jual. Sepeket 200g dia jual rm2.50. Memang segar. Bahagia jugak tinggal kat perumahan aku ni (walaupun ada banyak isu berbangkit). Nak beli apa-apa cuma perlu mesejkan saja. Nanti orangnya datang hantar ke rumah.

2 comments:

  1. anak aku hr ni masih sekolah.
    tak ramai cina kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya la tas tp jarang nampak dak cina kat sekolah dia. Kalo india ramai la. Tp katanya ni arahan dr pej pelajaran daerah petaling.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.