Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.
Showing posts with label Hampeh. Show all posts
Showing posts with label Hampeh. Show all posts

Thursday, November 14, 2013

2013- Lemau

Mood malas masak sudah mari. Sampai ke tahap lapar, sikit lagi nak kebulur baru mengengsot masuk dapo. Badan lemau sebenarnya. Macam nak demam tapi tak demam. 3,4 hari dah macam ni. Bila dah tak larat tu, masak pun ringkas-ringkas aje asal kenyang perut semata. Semalam cuma dapat masak sayo lemak dan sotong celup tepung. Itu pun 2 sesi tau. Mula-mula masak nasik dengan sayo lemak dulu. Lepas tu berenti. Lepas mandi dan solat baru sambung masak menu kedua. Rasa macam nak duduk bersimpuh sambil masak atas lantai je. Dia punya penat satu macam!


Ambik gambo straight away dari periuk. 

Dalam sayo lemak tu letak kacang panjang, tauhu dan taugeh. Malas nak kopek ikan bilis. Gantikan dengan kiub ikan bilis je. Pastu tambah serbuk lada hitam sikit.


My favourite
Selalu bila order sotong celup tepung kat kedai tomyam, end up akan mengalami kekecewaan. Sampai-sampai tengok dah serupa cekodok sotong. Sotong setoek je, tepungnya yang lebih. Tapi mahal serupa harga kapal selam. Buat sendiri jugak yang puas hatinya. Disebabkan aku sangat menyukainya, entah berapa kali r&d dah aku buat untuk hasilkan tepung sadur yang memuaskan hatiku. Setakat ini aku puas hati menggunakan resipi yang satu ini. Kalau uols nak cuba, ini resipinya:

Bahan (untuk 6 ekor sotong sederhana besar)
2 cawan tepung beras
3 sudu tepung ubi kayu(tapioca flour)
2 sudu tepung naik sendiri
1 sudu serbuk kunyit
1-2 sudu serbuk cili-ikut kesukaan
Garam dan perasa secukupnya
sedikit air
Minyak untuk menggoreng

Cara:

  • Campokan semua bahan kering. Kemudian bahagi 2. Satu bahagian dicampokan dengan sedikit air (dalam 1-2 sudu sahaja), gaul rata dan perapkan sotong ke dalamnya untuk seketika.
  • Panaskan minyak (guna minyak banyak untuk menggoreng dan guna api sederhana kuat untuk elakkan sotong menyerap minyak).
  • Sadurkan sotong yang telah diperap tadi dengan sebahagian lagi tepung tadi. Kemudian goreng hingga masak sepenuhnya. Sotong ambik masa yang sekejap untuk masak. Bila nampak tepung dah garing, terus angkat dan toskan. Ia hanya kengambil masa dalam 3-4 minit sahaja.

Senangkan? Tepung sadur tu kalau nak guna untuk goreng udang, ayam, goreng ikan, goreng cendawan, pun boleh. Nak buat goreng pisang pun boleh. Cuma adjust sikit-sikit la. Kalau tak nak bahagi 2 pun takpe. Campo semua dan goreng pun boleh. Tapi hati-hati masa bancuhkan dengan air. Kalau sotong takleh air banyak. Kena pekat. Kalau cair, tepung tanggal time menggoreng. Gorengan sedap dimakan ketika masih panas. Andai kata gorengan sotong ni dah sejuk, gorengkan balik sekejap. Tak ada masalah. Cubalah. Insyaallah tak mengecewakan.

Tahukah anda di ketika ini aku sangat teringin untuk makan pizza? Since Naqib tak boleh makan cheese (pantang susu lembu), aku dah takde dah lah nak buat pizza. Terbayang-bayang mozzarella cheese yang meleleh-leleh bila ditarik. Ah....rindunya!!!!



Naqib pun sedih je tak dapat nak makan makanan kegemarannya itu. Maka terpaksalah buat flat bread versi lain supaya takdelah dia terasa sangat tak dapat makan pizza. Haritu buatkan focaccia untuk dia. Potong-potongkan untuk dia cicah dengan mushroom soup. Mushroom soup habis, dia bantai makan dengan gulai ayam. Aku pun tumpang makan sekali. Tapi cicah 2,3 suap je lah. Yang lain dia yang habiskan.



Hari ni nak masak apa? Singgang je kot. Ke asam pedas? Tengoklah nanti. *mengengsot ke dapo, kelebek peti ais tengok apa yang boleh dimasak.

Wednesday, September 25, 2013

2013- Merempan Merepek

Banyak benda yang nak dirempanrepekkan.

1. Aku dolu dolu dolu guna beras cap buah-buahan[edited] yang katanya established sejak 1983. Suka sebab beras ni tak cepat basi. Ko masak tengahari ni, tengahari esoknya pon tak basi lagi walopun tak diperangatkan. Tapi lepas tu terberhenti guna sebab beras ni susah nak jumpa. Stengah kedai ada, stengah kedai takda. So, mula guna beras yang ada muka Dato' Jalaluddin Hassan tu pulak. 

Kemudian baru-baru ni suamiku dapati beras  tu ada dijual di kedai borong dekat dengan rumah ni. Dah habis beras  kitorang pun beli beras tu. Tetapi, kualitinya dah tak macam dulu. Cepat beno basinya. Mula -mula aku perasan kalo masak tengahari ini, esok paginya memang gerenti nasik dah basi. Macam semalam, suami balik lambat sebab ada seminar. Balik rumah nak makan nasik (masa tu baru pukul 12am), nasik dah basi ye. Macam pelik cepat sangat basinya. Padahal tengahari tu masak. Nasib baik suami tak lapar sangat pasal dah makan roti canai dengan kawan-kawannya sebelum tu. Hish! Apa nak buat dengan beras tu? Baru beli. Banyak lagi. 

2. Dah 2 hari tak sihat. Macam nak demam tapi tak demam. Lemau je. Sakit kepala nyut-nyut campo sakit pinggang macam nak putus. Baring je kejenya. So pagi tadi, bekalkan Naqib yang ringkas-ringkas je. Lempeng dengan sambal sardin. Tak kuasa nak masak beria. Balik dari hantar Naqib, singgahlah beli bihun goreng kat satu gerai ni. Akak tu pun bungkuskan bihun tu, letak sikit sambal. RM3 ye. Nak tercekik aku dengar harga. Terkunci mulut terus. Dalam rela tak rela je aku serah duit 3 hinggit kat akak tu. Macam tak jadi beli pun ada.  Kalau tak kerana aku ni tak larat nak main masak-masak ni, takdenya aku nak perabis duit membeli. Balik rumah, terus bukak bungkusan bihun. Nak tengoklah kot ada emas 916 seketul ke kat dalam tu yang mahal sesangat. Kuis-kuis takde apa yang special. Bihun goreng bodoh je. Ada la 2 ketulan ayam beso ibu jari, dengan sawi bersimpul. Nak menangis sementara nak perabiskan bihun goreng tu. Paksa sodok  masuk mulut. Rasa kureng...



Di sini nak beritahu, bukanlah aku sengaja bersungut, tak nak bersyukur dengan rezeki yang Allah beri ni. Tapi, ini soal perikemanusiaan. Soal penindasan. Melampau sesangat akak ni letak harga. Kalau nak meniaga tu janganlah menganiaya orang. Masing-masing pun mencari rezeki. Tapi biarlah cara ko mencari rezeki dengan cara yang sempurna yang tak mendatangkan sakit hati dan punah jiwa pada orang lain. Nak letak harga pun biarlah sepadan dengan rasa dan kualiti yang diberikan. Kalau takde orang lain tadi kat gerai dia, mungkin ku dah slow talk bagitahu harga dia jual mahal. Tapi ada orang lain, takkan nak cakap depan-depan gitu. So, lepas ni aku tak nak pergi dah gerai ko kak. Boikot!

3. Dapat anak saudara baru lagi. Budaknya dah masuk 20 hari lebih dah. Namanya Abdul Rahman.


Mata sepet, hidung mancung. Entah ikut sape. 

4. Hari ni birthday suami kite tau. Semalam dia sampai rumah kan dah lewat. Saja je aku peram buat-buat tak tau. Tak wish apa-apa pun kat dia. Tapi pagi tadi, dia jaga dari tido terus aku bisiklah kat dia 'Happy birthday'. Sengih je dia. Selamat meniti hari tua ye bang...! Dia tak tau, senyap-senyap aku order kek dengan jiran. Tapi ni dia balik lewatlah pulok. Ada training. So, padan tengok jelah keknya. Nak ngap tak boleh.


Fruit flan cake. Harga RM30 je. Murah kan????


Okeh. Cukup setakat 4 la dulu. Esok-esok kita tambah lagi ya.

Monday, April 8, 2013

2013-Air

Sejak 2 menjak ni kualiti air kat rumah ni sangatlah di tahap yang mendukacitakan. Mula-mula kejadian, air keluar kecik je. Nak basuh pinggan pun tak lepas. Nak basuh baju apatah lagi. Esoknya, air dah besar tapi dia punya kaler dah macam teh o. Tambah ais 2,3 ketul terus jadi teh o beng la wei..

Bilik air aku cepat sangat kotornya. Baunya pulak bercampo-campo macam bau tanah+lumut. Airnya bercampur selut ke apatah. Selang sehari basuh bilik air sebab tak tahan baunya dan dia punya kaler tanah tu melekat kat dinding, kat jubin. Rasa macam kotor sangat. Si Naqib lagilah, bila tengok air kat dalam lubang tandas tu, terus muntah. Boleh mendatangkan tekanan perasaan time duk kat dalam tu tau! Sekali masa hujung minggu ku basuh baju sekolah Naqib, telekung sekali dengan t-shirt putih. Terlupa air berkeladak. Masa nak menyidai baru perasan baju t-shirt bercapuk-capuk. Baju sekolah, telekung pulak tak berapa nak bersih. Huwa! Tension nya!!!!!!

So, ramai-ramai komplen ke Syabas. Alhamdulillah, harini air sudah kelihatan jernih kat sinki dapo (sebab sinki dapo air direct dari main pipe). Yang kat dalam bilik air ada lagi hawa-hawa keruh sikit mungkin sebab datang dari tangki. So, kena tunggu air keladak keluar habis baru jernih la air kat dalam tangki tu nampaknya.

Tuesday, January 29, 2013

2013-Doa Orang Teraniaya Tiada Hijabnya...

Tengahari tadi, [tengahari tak tengahari sangat la,dah dekat pukul 2 pon, gua nak gi ambik Naqib di sekolah. Tengah duk manggakan pagar, ada sorang mamat bangla tiba-tiba muncul di sebelah. Nasib tak gugur jantung tengok bangla tu yang tiba-tiba terpacul itu.
"Aka, rm5 potong rumput!" Katanya.
Gua pandang dia. Eh! Macam tau-tau pulak dia yang gua perlukan tukang potong rumput. Rumput kat rumah ni buleh tahan panjang jugak. Sebelum ini ada jugak bangla yang naik basikal pusing-pusing perumahan gua ni buat kerja potong rumput rumah orang. Tapi dah lama dah tak muncul. Entah-entah dia ni jugak. Gua pun tak ingat sangat muka mamat dulu tu.
Gua pun cakap, " U datang petang sikit boleh? Saya nak pergi ambik anak kat sekolah!"
Mamat tu cakap "ok" sambil angguk-angguk kepala dan berlalu.
Dah ambik Naqib apa semua, gua sampai rumah dalam 2.30 petang. Gua bukak pintu kereta, gua namak bangla tadi dah ada terpacak kat belakang kereta sambil kandar mesin potong rumput (yang macam selalu kita tengok kat tepi-tepi jalan tu ya. Bukan mesin potong rumput yang besar tu ya). Amboi...gelojoh tak sesabonya bangla ni. Gua pun bukak pintu pago, bukak pintu rumah bawak beg Naqib masuk rumah. Pastu ambik duit rm5 bagi kat bangla tu.
Gua pun masuk rumah kunci grill sesiap. Pintu gua bukak separuh. Ini langkah keselamatan. Takut jugak karang tiba-tiba dia nak buat jahat masuk rumah ke apa. Tu yang awal-awal bagi duit kat bangla tu. Siap pesan kat dia, nanti dah siap, tolong tutup pintu pagar sekali. Naqib pulak cakap dia nak demam. Masuk rumah terus baring. Memang nampak dia kepenatan sangat. Badan pun panas sikit. Gua pun suruh lah dia pi tukar baju. Gua pun masak air untuk buatkan air teh ke, ovaltine ke supaya bila minum air panas, badan berpeluh, demam kebahlah.
Gua dengarlah kat luar si bangla tu duk mesin rumput. Bunyi zer..zer...dari mesin rumput dia tu. Gua pun senang hati la. Rumput dah berpotong. Nak wat ek la kat suami bila dia balik kije nanti sebab dah lama gua suruh dia potong rumput tapi dia tak potong pun. Sibuk la sangat!! Gua senyum-senyum simpul. Dah sudah senduk nasik untuk Naqib, gua tinjau ke luar, tengok bangla tu dah siap. Dah blah dah. Pintu pagar pun dah siap bertutup. Eh! Sekejapnya! Bentak hatiku. Gua pun keluar lah pi tengok. Harem!!!!! Rumput rumah gua tak berpotong pun. Habis yang dia duk zer...zer ke hulu ke hilir tadi potong ape?????
Hampeh! Gua dah kena kencing dengan bangla tu! rm5 je pun tapi tetap duit ya! Takpelah. Ko pilah belanja guna duit aku yang rm5 tu. Aku berdoa semoga duit tu bertukar jadi daun-daun kering!
Kalau suami gua tahu gua kena kencing ni mahu ditarbiahkan kaw-kaw ni. Diam-diam sudah! Huhu...

Tuesday, September 25, 2012

2012-Cerita 130-Oh My...

2 hari lepas saya tengok suami saya khusyuk beno mengadap laptop. Sekejap dia gelak kok-kik-kok-kik, sekejap lagi dia senyum-senyum. Apa bendalah yang ditengokkannya, macam kelakar sangat sampai saya teringin nak join sekali. Tapi bila saya nak tengok laptop dia tak bagi siap alihkan laptop tu. Tapi last-last buleh tengok jugak.

Ceh! Dia tengah duk baca blog saya. Hampeh betul. Malu saya! Maknanya dia dah jumpa butang untuk older entries. (Dia tak familiar dengan blog). Dulu dia pernah tanya apesal ada satu entry je kat blog. Yang lain mana?

Fuhh! Bahayer..bahayer. Ni yang buat saya maleh nak update ni. Karang aku tulis benda merepek kena pulak sedas dengan dia. Huhu...
:
:
:
P/s: Hai abang! (lambai tangan gaya ratu)
Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, June 12, 2012

2012-Cerita 97-Ish Ish Ish....


Kadang-kadang kelakar jugak bila tengok kat search keyword ni.
Ada je benda-benda merepek yang orang cari.
Kadang-kadang ada yang tak masuk dek akal.

'Bini orang seksi berkain batik". Kinky hoi hoi...
(Tapi betul ke? ;P)



Wednesday, May 16, 2012

2012-Cerita 83-Heh!



Hajat di hati nak tukar blog skin. Entah macam mana tersilap langkah pulak. Terus hilang segalanya.

Adohai..

Published with Blogger-droid v2.0.4
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.