Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.
Showing posts with label Masak-masak. Show all posts
Showing posts with label Masak-masak. Show all posts

Tuesday, November 26, 2013

2013-Bingka Roti



Ini kes bosan makan roti kosong. Biasa buat sikit je untuk makan la-la tu. Tapi haritu gatal pulak buat terbanyak sebab malas nak uli banyak-banyak kali. Tapi orang kat rumah ni tak suka makan roti yang dah tak 'segar'. Diorang suka makan roti yang baru keluar oven. Roti yang dah nak masuk 2 hari tu kira dah tak segar. So, takde la orang nak usik. Terpaksalah perabiskan sorang-sorang. Tapi lama-lama jadi bosanlah. Baiklah dibuat bingka roti daripada duduk dalam peti sejuk takde faedah. Boleh juga dibuat sarapan esoknya, fikirku.

Eh tapi bila dah dibuat bingka, berebut-rebut pulak orang yang berdua tu pulun makan. Malam tu jugak selamat.  Memang tak dan nak buat sarapan pagi esoknya. Bingka roti ni bahannya lebih kurang macam puding roti juga cuma cara buatnya lain sikit. Disebabkan tak boleh nak letak susu, kutukar guna santan.

Nama asal bingka ni sebenarnya Malta Bread Pudding. Tapi tekstur dia lebih kepada bingka berbanding puding.  Sebab tu aku suka-suka hati je tukar jadi bingka. Dapat resipi daripada rancangan Taste Of America tak lama dulu. Tahun 2008 kot. Tapi tak diberi resipi penuh sebab ni rancangan ala-ala jalan-jalan cari makan. Cuma ditunjukkan cara semata. So, aku tiru cara ia dibuat dengan mengagak sukatan yang digunakan dalam resipi itu berdasarkan apa yang dilihat semata. Nasib baik menjadi. Siapa yang nak cuba, ini resipinya:

Bahan-bahan:

8-10 keping roti sandwich (atau apa-apa roti pun boleh guna)
1 cawan susu segar/santan cair
2 biji telur
2 sudu tepung jagung
5-6 sudu gula (kalau nak lagi manis boleh tambah)
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam

Cara:
Carik-carikkan roti menjadi cebisan kecil. Kemudian rendam dalam air dalam 5 minit. Kemudian ramas-ramaskan roti sampai hancur. Tapis roti dan toskan kering (kalau boleh perah supaya tak ada cecair pada roti). Masukkan roti ke dalam satu mangkuk. Masukkan bahan-bahan lain ke dalamnya dan kacau sampai sebati. Tuangkan ke dalam loaf pan(yang dah disapu minyak/mentega). Bakar di dalam oven (yang terlebih dulu dah dipanaskan) pada suhu 175C selama 45 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan sejukkan kemudian barulah boleh dipotong.

Wednesday, November 20, 2013

2013-Stail Yang Pelbagai

Tak lama dulu. Kawan tanya.

"Kau biasa kalau masak nasik lemak letak apa?"
"Aku letak santanlah!" Selamba lancar aku jawab.

Sekali kena carut.
"Aku tahulah letak santan. Selain dari santan apa yang kau letak? Bawang ke, halba ke?"

Cakap dia yang tak terang, orang pulak yang disalahkannya.
"Ooo...aku letak halia je. Yang lain tak suka letak". Aku jawab.

"Lain kali cuba letak marjerin barang sesudu. Sedap. Lain rasanya", kata kawan aku.
Ok. Aku memang darat. Tak pernah dengar orang letak marjerin dalam nasik lemak. Letak minyak masak pernahlah dengar. Kalau benar bagai dikata, let's try it out!

Makanya, semalam masa buat nasik lemak, aku taruk sekali sesudu marjerin sepertimana yang kawan aku cakap hari tu. Yang lain biasalah santan, daun pandan, halia hempuk dan garam. Wah.......................lain betul kejadiannya. Molek sangat. Nasik lebih wangi, lebih gebu dan lebih lembut. Walaupun beras yang aku guna beras biasa dan murah, tapi nasiknya tak bergumpal. Elok aje sebijik-sebijik. Memang lepas ni wajib la letak marjerin.

Nasik lemak bertemankan sambal bilis petai, telur goreng iluminati, ayam goreng kunyit dan hirisan timun batang.

Ada jugak orang masak nasik lemak letak bawang, letak rempah 4 sekawan, letak halba. Aku pernah makan kat rumah makcik. Makan sikit je. Otak aku jadi konfius kot. Ini nasik lemak ke nasik minyak ke nasik dagang? Mungkin sebab tak biasa rasa, tak boleh nak masuk.

Macam mak aku pulak kalau masak nasik lemak, cukup sekadar garam dan daun pandan sebagai pembangkit rasa. Takde halia dan segala bagai tu.

Ada jugak yang guna susu sebagai ganti santan. Baik untuk kesihatan tapi rasanya sama ke tak eh? Tak pernah cuba lagi. Pernahlah tengok kat tv orang masak guna susu. Pastu sambalnya pulak lain pesen sangat. Disangainya semua bahan untuk buat sambal, kemudian dia blend bahan yang disangai tadi sampai halus. Dah siap! Macam rupa sambal belacan dah. Warnanya kuning pucat.

Macam-macam setail orang masak nasik lemak ni kan. Korang lak macam mana?

Thursday, November 14, 2013

2013- Lemau

Mood malas masak sudah mari. Sampai ke tahap lapar, sikit lagi nak kebulur baru mengengsot masuk dapo. Badan lemau sebenarnya. Macam nak demam tapi tak demam. 3,4 hari dah macam ni. Bila dah tak larat tu, masak pun ringkas-ringkas aje asal kenyang perut semata. Semalam cuma dapat masak sayo lemak dan sotong celup tepung. Itu pun 2 sesi tau. Mula-mula masak nasik dengan sayo lemak dulu. Lepas tu berenti. Lepas mandi dan solat baru sambung masak menu kedua. Rasa macam nak duduk bersimpuh sambil masak atas lantai je. Dia punya penat satu macam!


Ambik gambo straight away dari periuk. 

Dalam sayo lemak tu letak kacang panjang, tauhu dan taugeh. Malas nak kopek ikan bilis. Gantikan dengan kiub ikan bilis je. Pastu tambah serbuk lada hitam sikit.


My favourite
Selalu bila order sotong celup tepung kat kedai tomyam, end up akan mengalami kekecewaan. Sampai-sampai tengok dah serupa cekodok sotong. Sotong setoek je, tepungnya yang lebih. Tapi mahal serupa harga kapal selam. Buat sendiri jugak yang puas hatinya. Disebabkan aku sangat menyukainya, entah berapa kali r&d dah aku buat untuk hasilkan tepung sadur yang memuaskan hatiku. Setakat ini aku puas hati menggunakan resipi yang satu ini. Kalau uols nak cuba, ini resipinya:

Bahan (untuk 6 ekor sotong sederhana besar)
2 cawan tepung beras
3 sudu tepung ubi kayu(tapioca flour)
2 sudu tepung naik sendiri
1 sudu serbuk kunyit
1-2 sudu serbuk cili-ikut kesukaan
Garam dan perasa secukupnya
sedikit air
Minyak untuk menggoreng

Cara:

  • Campokan semua bahan kering. Kemudian bahagi 2. Satu bahagian dicampokan dengan sedikit air (dalam 1-2 sudu sahaja), gaul rata dan perapkan sotong ke dalamnya untuk seketika.
  • Panaskan minyak (guna minyak banyak untuk menggoreng dan guna api sederhana kuat untuk elakkan sotong menyerap minyak).
  • Sadurkan sotong yang telah diperap tadi dengan sebahagian lagi tepung tadi. Kemudian goreng hingga masak sepenuhnya. Sotong ambik masa yang sekejap untuk masak. Bila nampak tepung dah garing, terus angkat dan toskan. Ia hanya kengambil masa dalam 3-4 minit sahaja.

Senangkan? Tepung sadur tu kalau nak guna untuk goreng udang, ayam, goreng ikan, goreng cendawan, pun boleh. Nak buat goreng pisang pun boleh. Cuma adjust sikit-sikit la. Kalau tak nak bahagi 2 pun takpe. Campo semua dan goreng pun boleh. Tapi hati-hati masa bancuhkan dengan air. Kalau sotong takleh air banyak. Kena pekat. Kalau cair, tepung tanggal time menggoreng. Gorengan sedap dimakan ketika masih panas. Andai kata gorengan sotong ni dah sejuk, gorengkan balik sekejap. Tak ada masalah. Cubalah. Insyaallah tak mengecewakan.

Tahukah anda di ketika ini aku sangat teringin untuk makan pizza? Since Naqib tak boleh makan cheese (pantang susu lembu), aku dah takde dah lah nak buat pizza. Terbayang-bayang mozzarella cheese yang meleleh-leleh bila ditarik. Ah....rindunya!!!!



Naqib pun sedih je tak dapat nak makan makanan kegemarannya itu. Maka terpaksalah buat flat bread versi lain supaya takdelah dia terasa sangat tak dapat makan pizza. Haritu buatkan focaccia untuk dia. Potong-potongkan untuk dia cicah dengan mushroom soup. Mushroom soup habis, dia bantai makan dengan gulai ayam. Aku pun tumpang makan sekali. Tapi cicah 2,3 suap je lah. Yang lain dia yang habiskan.



Hari ni nak masak apa? Singgang je kot. Ke asam pedas? Tengoklah nanti. *mengengsot ke dapo, kelebek peti ais tengok apa yang boleh dimasak.

Friday, November 8, 2013

2013-Cuba Menu Orang Lama

Pokok kesum saya dah matang dan daunnya dah dipetik dan dibuat masak pun.



Masakan ni tajuknya Timun 40 Hari (timun batang) Masak Air Berdaun Kesum. Panjang dak? Sebenarnya tak tahu namanya cuma ikut style mak masak. Ini sebenarnya masakan orang zaman dulu-dulu dah. Tapi cam jarang jumpa orang masak gini. Sekali bila mak masak tempoh hari rasa sedap pulak. Ada rasa pedas-pedas sikit pasal ada letak lada hitam. Biasa kan daun kesum letak dalam asam pedas atau laksa je kan? Boring dah. So, masak style gini pulak. Kalau tak nak guna timun pun boleh. Boleh ganti dengan petola atau labu.

Nak masaknya senang sesangat. Tumbuk/blend bawang merah 3 ulas, bawang putih 2 ulas, lada hitam dalam sesudu dengan ikan bilis segenggam. Dah lumat masukkan dalam periuk bersama air. Kemudian masukkan timun yang dah dipotong. Masukkan garam, dan sedikit gula (dalam 1 sudu teh) bersama daun kesum. Masak atas api hingga mendidih. Siap. Makan pulak dengan nasik panas, boh kuah kasi banjir. Gorengkan ikan kerisi garing-garing, meletup lah. Nasik dah habis, kuah tu hirup la. Ahhh......Nikmat.....

Nampak macam ringkas je tapi lebih sihat kot pasal tak pakai minyak. Sama macam kuah singgang.









Monday, October 14, 2013

2013- Bila Tiba Hari Raya

Hari ni Naqib masih bersekolah. Pagi tadi waktu menghantarnya ke sekolah jalan agak lengang. Sampai kat perkarangan sekolah pukul 6.55 pagi, suasana kosong je tak macam biasa. Takde budak. Cuak jugak sekejap. Waktu aku sorong Naqib menuju ke kelasnya, ada sorang budak tengah berbual dengan cikgu. "Cikgu, saya dua orang je yang datang cikgu. Kensel je lah kelas cikgu". Kemudian cikgu tu pusing-pusing tengok sekeliling sekolah. "1, 2, 3, 4, (cikgu tu kira budak yang hadir, termasuk Naqib dan seorang lagi murid perempuan). Hah! 4 orang. OK lah tu...." kata cikgu. 4 orang je? Penat cikgu-cikgu datang sekolah tapi murid tak datang. Tapi ya lah...nak raya kan. Mungkin ramai dah balik kampung. Mulanya aku ingat nak suruh Naqib ponteng je tapi suami tak bagi. Katanya jangan diajar sangat anak ponteng. Dahlah minggu lepas dia dah cuti dekat 2 minggu sempena PMR.

Raya kali ini kitorang beraya kat rumah je. Memang kalo raya Haji ni kitorang jarang balik beraya di kampung sebab kampeni  suami bagi cuti sehari je. Jiran-jiran pun ramai yang tak balik. Semalam dah siap dah beli barang-barang untuk masak raya. Beli ketupat mini, beli kacang tanah, beli ayam dan bumbu untuk dibuat sate goreng. Kebetulan ada belimbing buluh, beli sikit. 40 sen je. Hikhik.. Hari ni masakkan gulai ikan aye(tongkol), letak belimbing buluh. Masyaallah...tengok je pun dah rasa lazat(perasan masak sedap). Semangat aku masak awal hari ni kerana belimbing buluh. Japgi dah masak nasik, bolehlah kita makang!


Asyik lapar je lah lately sampai suami aku cakap, "Abang rasa sayang ni ada bela jin la. Asik lapar je..tak kenyang-kenyang!" Huahuahua...Ya. memang jin! Jin pakai toncet.

Di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Selamat menunaikan korban kepada yang menyertai korban tahun ini. Yang dalam perjalanan pulang ke kampung tu sila berhati-hati ya. Bersopan-santunlah di jalan raya, tapi jangan pulak sampai bersimpuh masa tengah bawak kereta!

Kepada adik-adikku yang berada di kampung, ingat-ingatlah akan kakak dan abang mu di sini. Jangan bedal juadah raya membabi buta ya. Kakak jeles di sini tak dapat makan masakan dari air tangan mak kita. Kesian. Sekian.

Monday, August 26, 2013

2013-Cerita Makan Sokmo


Lama nau tak makan laksam. Sementara tengah rajin ni kakak buat untuk makan tengahari hari ini. Tapi sebelum nak jadi laksam ni, cabaran jugaklah. Pagi tadi, hampir semua kedai kat taman perumahan ni  kakak  terjah sebab nak cari daun kesum. Entah apa hal susah benau nak dapat daun kesum ni. Ada satu kedai  lagi yang kakak tak terjah. Kedai borong Mael Save. Itu pun pasal jauh sikit. Macam tak berbaloi kot semata-mata nak beli daun kesum je pon. So, kakak fikir nanti lepas ambik Naqib kat sekolahlah singgah kedai Mael tu.

Maka kakak pun balik rumah. Di kala nak bancuh tepung laksam tu baru perasan tepung beras pulak takdok. Kakak duk rasa macam ada lagi. Geledah almari pulak. Dah habislah kot. Alahai...malasnya nak keluar balik. Baju pun dah bertukar. So, kakak masaklah dulu kuahnya. Semerbak bau satu rumah. Tapi setakat buleh tengok je la. Nak makan tak buleh lagi.

Lepas ambik Naqib, berenti kedai Mael. Nasib baik ada daun kesum yang diidamkan itu. Terus kakak sambar 2 ikat. Beli sekali tepung beras. Balik rumah tanpa berlengah terus bancuh dan kukus. Dapat 7 gulung (kakak buat separuh adunan je dulu). Happy sangat sebab bancuhan tepung tak bermasalah. Cantik dan indah je kejadian laksam-laksam itu. Tambah lega bila dah dapat makan. Naqib macam biasa, dia sorang bedal 4 gulung. Hoh!

Guna tudung puyuk.

Alhamdulillah. Tak melekat-lekat. Indah je kejadiannya.


Saturday, August 24, 2013

2013-Mengarut

Semalamkan kakak ada pos satu n3 tajuk mengidam tapi hari ini kakak dah lupuskan n3 tu pasal agak mengarut. Sebenarnya ia adalah satu luahan yang dibuat di kala pagi hari ketika mata kakak tak mampu pejam. Bila baca balik kakak rasa gelihati sendiri. Poyo bebeno. Lantas ringan tangan kakak melupuskannya. Maaf  ya pada mereka yang dah terbaca dan dah mengomen tu. Huhu...

Kelmarin kakak rebus nasi impit kemudian masak kuah lodeh dan sambal tumis. Jadilah lontong. Punyalah lama kakak tak masak lontong. Sampai Naqib pun tegur. "Dah lama mak tak buat lontong, kan?".



Berapa kali ntah dia mengangkut makan. Ish! Benda yang dia suka mesti dia asyik nak makan je. Ada sekali tu masa tu kat kampung. Kakak buat roti jala yang dilawankan dengan kari. (Orang Trganu panggil pukat buruk). Naqib ni memang hantu roti jala. Kakak masak dalam 60 keping  kot.  Kebetulan masa tu kakak dengan mak tengah sibuk siapkan tilam kekabu untuk adik ipar kakak yang nak bersalin. Lepas siapkan roti jala tu kakak pun tolong mak menyembat tilam. Dah selesai baru kitorang nak makan roti jala. Tengok atas meja dah takde. Tinggal pinggannya aje. Tanya punya tanya rupanya Naqib bedal semua. Masyaallah. Alasan dia, "tak perasan tadi sebab Naqib makan sambil tengok tv". Hoi...60 keping kot!!! Mak kakak geleng kepala sambil sengih je nengokkan perangai cucu dia. Satu keje pulak kakak kena bancuh balik, kirai balik roti jala tu. Yang 2nd batch tu memang dah tak bagi dia makan. Kelip-kelip mata je la dia tengok. Ha..rasakan.

Terajin pulak buat kayu keramat kelmarin. Goreng semua sekali kemudian frozenkan. Karang senang nak makan, just thaw then goreng sekejap je. Senang gak nak buatkan untuk bekal Naqib ke sekolah.


Kakak memang tengah gila masak ni. Kepala otak 24 jam duk mikir apa lagi yang nak dimasak. Masa bulan puasa itu hari, bapak mertua akak sembelih ayam kampung 3 ekor. Mak  mertua akak bekalkan ayam kampung tu (belum masak) kat kitorang dalam 1 1/2 ekor. Balik rumah terus masukkan dalam freezer. Semalam baru teringat nak masak. Satu hal duk mikir nak digulaikan (kari/kurma) atau buat sup. Ke sedap buat rendang? Tapi akhirnya kakak karikan aje. Masak dalam pressure cooker dalam 12-15 minit. Siap.


Semalam dua beranak tu habiskan kari siap makan dengan roti canai. Padahal sebelum tu masing-masing dah makan nasik. Pueh hati bila tengok diorang perabiskan apa yang kakak masak. Sebenarnya itulah pendorong untuk kakak masak hari-hari. Kalau tengok lauk tak habis mesti terfikir, "aku masak tak sedap eh?" Terus esok rasa malas nak masak. Korang ada tak rasa macam tu?


Monday, March 25, 2013

2013-Yang Sempoi-sempoi Sudah...

Ada hari macam tak tahu dah nak masak apa. Menu ulang-ulang sampai muak. Hari ni duk fikir-fikir apa mau masak untuk tengahari ni ya? Dah muak dah nak bergulai kari, asam pedas segala.

Gambo ambik dari instagram.
Ya. Makan pakai sudu garpu pasal makan masa nasik and lauk masih panas berasap.
Gelojoh kan???? Tak menyempat-nyempat!

Inilah dia menu tengahari saya hari ini. Sayo lemak taugeh+sawi+tauhu+suun. Pastu goreng tempe dan ikan bilis garing-garing. Buat sambal kering, masukkan tempe dan ikan bilis tadi. Sedap. Berpeluh-peluh makan. 


Suamiku tengok lauk ni, dia ambik nasik membukit. Favourite dia sayo lemak tu. Kadang-kadang lauk yang sempoi macam ni la yang sedap.


Wednesday, February 20, 2013

2013-Kuih Dasar Pandang Ke Timur

Maafkan saya. Gambo agak parkinson.

Nama tajuk kuih ni ialah Kuih Tokyo. Ini orang kat kampung aku panggil la. Jangan ditanya kenapa dipanggil kuih Tokyo ye. Tak tahu. Tapi tempat lain mungkin panggil lain. Kuih feveret sejak kecik. Setiap kali pergi pasar malam atau pasar tani kat area rumah, mesti beli. Kalau tak beli macam tak lengkapla kunjungan ke pasar. Tapi sejak duduk luar dari kampung ni memang susah nak jumpa. Bukan saja susah, malah tak pernah jumpa kot.

Maka, kenalah buat sendiri kan? Kuih ni senang je. Serupa macam kita nak buat penkek atau lempeng. Dalamnya diletak inti kaya. Ala...lempeng sekaya la senang cerita. Cuma batter untuk kuih Tokyo ni sedikit cair. Sebab kalau pekat nanti takleh nak lipat. So, kalau nak cuba bolehlah try buat ya. Resipinya mudah saja. Adik-adik yang sekolah rendah pun boleh buat. Adik-adik ya, bukan anak-anak sebab i feeling muda!

Ini bahan dan cara membuatnya:

  • sebiji telur
  • secawen air
  • secawen tepung gandum
  • secubit garam
  • secubit baking soda
  • secubit serbuk penaik
  • sesudu susu pekat
  • setin kaya
  • sesudu teh esen vanilla-tak nak bubuh pun boleh
Caranya: Satukan semua bahan. Adun sempurna sehingga semuanya sebati. Tak nak ada lumps ye. Kalau ada sila tapis. Nak senang, masukkan semua ke dalam blender, dan blend sebati. Kasi rehat dalam 10 minit. Kemudian barulah didadarkan. Dadar kecik je tau. Diameter dalam 8cm je. Guna api paling kecik sebab takut berlaku kejadian bawah hangus atas lembik ya. Kalau agak-agak nampak batternya cair sangat, bolehlah masukkan sikit tepung gandum. Kalau pekat, tambahkan sikit air.  Sebab kadang-kadang tepung ni ada yang lembap dan ada yang kering, bergantung kepada cara penyimpanan kita. Try test sampai mantop.


Kemudian, angkat dan palitkan kaya ke atasnya. Sukatilah ya nak letak banyak ke sikit kaya tu. Kalau agak suka manis, bolehlah letak setompok. Tapi aku cuma palit sikit je sebab kaya dalam tin yang dibeli ini adalah manis bagiku. Letak sikit pun sudah memadai.


Lepas tu kasi lipat. Kat tengah tu kasi tekan manja-manja supaya kuih ni tak terbuka. Ok. Siap. Kalau ikut resipi ni boleh dapat dalam 20-25 bijiks. 

Wednesday, November 21, 2012

2012-Cerita 146-Makan Banyak



Pagi ini agak buang tebiat sikit. Bersarapan roti jala cicah serawa durian. Kalau ikut kebiasaan, sarapan ringan-ringan je. Tapi semenjak kat kampung asik ambik sarapan berat. Ayah saya tiap-tiap pagi, lepas balik masjid dia akan singgah di gerai untuk beli sarapan pagi. Kebiasaannya dia akan beli nasi lemak, nasi minyak atau nasi dagang yang dibungkus dalam kelongsong kecil. Kadang-kadang dibeli sekali pulut gaul nyor, roti keramat dan paung goreng. Makanan kegemaran semua tu. Mana boleh tolak. Lagipun bukan selalu dapat! So, pulunlah makan itu ini serba sedikit. Sikit memang sikit. Tapi kalau dah berjenis-jenis jadi banyaklah juga kan?? Tambah pulak kena masak untuk mak. Dia tak habis makan, saya yang habiskan. Sayang, membazir, katanya. Seminggu kat sana naik berapa kilo ntah. Haha...

Dah bila balik rumah pon jadi nak makan banyak jugak. Kalau setakat roti, biskut cicah milo ni macam tak ada apa-apa rasa. Itu yang jadi rajin lagi gigih nak masak roti jala sama serawa durian di pagi-pagi hari ini. Hoi...sedapnya!! Memang dah lama tak pekena roti jala dengan serawa durian. Kegemaran Naqib pulak tu. 8 keping roti jala dia makan sekali hadap je tadi. Ya Allah. Tembunlah jap lagi. Doktor pon dah suruh kawal makanan dia. Sekarang dia dah kena pantang makan makanan berprotein tinggi. Terutama seafood dan makanan yang mengandungi kekacang. Makanan cikedis, jajan dalam plastik pon dah tak boleh makan. Kena perbanyakkan buah dan sayo.

Bayangkanlah macam mana emaknya ini nak bagi makan pada kanak-kanak yang tak suka makan sayo dan buah? Pening. Kalau letak sayo pon, nanti bila makan dia pilih. Bersepah-sepah kat tepi pinggan. Buah yang dia suka pon buah tembikai. Tapi sekarang tak kira, nak paksa dia suka buah-buah lain jugak. Mode mak tiri di on sekarang!


Wednesday, October 24, 2012

2012-Cerita 139-Pisang Entah

Balik kampung hari tu mak mertua bagi pisang. Besau pisang tu. Besau lengan ok! Pisang ni orang kebun depan yang bagi. Katanya dah tak termakan. So kalau ada pisang yang masak tuan kebun tu suruh mertua saya ambik je. Mak mertua bagi 2 bijik. 2 bijik pun macam dah terlebih dari cukup!



Besau kan? Cuba banding dengan syiling 20¢ kat sebelahnya. Sebijik dah digoreng dan sebijik lagi dibuat pengat. Tak tau apa nama pisang tu tapi rasanya masam sikit macam pisang nangka. So panggil pisang ni pisang entah. Haha..






Boleh tahan sedap. Sebetulnya saya dah lama sangat nak makan  pisang goreng. Tapi cari pisang yang sesuai untuk dibuat goreng ini sangatlah susah. Biasa saya guna pisang abu atau pisang awak. Banyak kedai dah cari pisang itu tapi balik-balik pisang berangan, pisang mas je yang ada.

Rupa-rupanya memang payah nak cari pisang abu. Mak mertua saya cakap pisang abu ni mengalami penyakit akar. Satu Malaysia ye dilanda penyakit itu. Patutlah susah benar nak jumpa!

Tapi apapon, puas hati dapat makan pisang goreng yang dibikin sendiri. Kalau yang beli ni saya kurang sikit. Lebih-lebih lagi kalau diorang guna tepung goreng segera yang dah siap. Yang cuma campo air tu. Tak sedap. Keras. Sakit gusi.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, August 11, 2012

2012-Cerita 120-Kongsi

Hey uols, saya nak kongsi satu resipi mudah  dan sedap, sesuai untuk berbuka puasa.


Kerabu ni saya belajar dari pakcik saya, Pokcucin. Pakcik saya ajar guna kaki ayam. Tapi saya gantikan dengan sotong. Kalau makan kerabu ni rasa segar je sebab ada daun ketumbar. Daun ketumbar ni membangkitkan lagi rasanya di samping satu lagi bahan iaitu sos ikan(nampla).

Bahan-bahannya:
5 ekor sotong, 1 labu bawang besar(mayang halus), 1 biji tomato(potong dadu), daun ketumbar(cincang kasar), 1-2 sudu sos ikan, cili padi(potong halus), 1 batang serai(mayang halus), limau kasturi/nipis, garam dan gula secukup rasa.

Cara membuatnya:
Rebus air hingga mendidih, masukkan sotong. Lepas 2 minit tutup api. Keluarkan sotong dan hiris nipis. Masukkan bahan-bahan lain. Garam tu masukkan berpada-pada. [Rasakan sebelum letak garam. Sebab kita dah guna sos ikan yang dah ada rasa masin]. Kemudian perahkan limau kasturi/ nipis. Limau ni suka-suka hatilah ya nak letak banyak mana. Kalau suka masam letaklah banyak. Gaul rata. Siap.

Senang je kan? Tapi sedap kemain. Saya main ratah gitu je. So, buat tau!

Sunday, July 29, 2012

2012-Cerita 115-Usaha Tangga Kejayaan

3 hari lepas buat murtabak. Buat 6 butir. Banyak dah tu rasanya. Konon-konon kalau tak habis bolehlah simpan untuk esoknya pulak. Senang, tak payah nak buat lagi. Rupa-rupanya keluargaku lapar murtabak! 6 butir tu sekali hadap je masa berbuka. Purata sorang makan 2 butir murtabak.


Memang lama benor tak makan murtabak ni.Sekali dapat makan, time berbuka di bulan Romdan pulak tu.  Memang pergghh la kan. Esoknya buat lagi 5 butir. Hah. Memang puas makan la. Tengahari semalam, suami cakap dah tak nak makan murtabak lagi. Mintak buat karipap pulak. So buatlah karipap pulok. Guna inti murtabak tu jugak sebab ada sikit lagi tinggal. Cuma tambah kentang dengan bawang je.


Pukul 5 lebih baru uli doh karipap. Yang Naqib ni galok pulok nak kelim karipap. Memang tak harap la dia kelim. Sebab memang dia tak pernah buat. Tapi dia nak jugak. So, suami cakap bagi je lah dia cuba. Memang kelakar la rupa karipap tu mula-mula. Dipulas-pulas je tepi karipap tu. So ajarlah dia. Galok sangat nak buat kan! 3 kali cuba baru menjadi. Suka sangat dia bila dah reti tu. 








Not bad kan? Cantik lagi daripada kelim ayah dia. Dah boleh dah ambik upah kelim ni. Heh!

Thursday, July 26, 2012

2012-Cerita 114-Suka-suka Hati

Terlajak perahu boleh diundur,
Terlajak tidur tak sempat sahur.

Begitulah nasib yang terjadi kepada kami 3 beranak. Tak taulah macam mana. Sedar-sedar Naqib kejut. Dah 6.30 masa tu. Tu pun dia terjaga sebab dengar hon van achik Helmi yang ambik dia pagi-pagi. Kena tinggal dia hari ni. Maka, pagi tadi dia ke sekolah numpang ayahnya gi keje.

Balik sekolah jap tadi dia komplen pening, rasa macam nak bukak puasa. Katanya sanggup ganti puasa. Suka-suka hati dia je kan?? Saya suruh tahan sikit. Kalau tak tahan sangat baru berbuka. Jap tadi dia gi jenguk dapo, intai lauk semalam. Aiyo!

Semalam masak nasik beriani. Nasik kegemaran dia. Telan air liur berdeguk-deguk dia time intai periuk. Lantas kusuruh dia pegi rehat-rehat jangan ikut perasaan sangat.




Merasalah hari ni bukak puasa menu semalam. Takkan nak buang kan? Nanti nak buat bubur jagung dan murtabak. Insyaallah.

Sebut pasal 'suka-suka hati' ni kan, siapa yang ada tengok rancangan masak-masak Hidangan Barakah di tv Alhijrah? Chef Amar El-Ali tu suka sebut 'suka-suka hati'. Bagus chef ni. Dia ajar masakan autentik arab. Setiap masa mulut tak lekang berselawat dan berdoa. Comel je dia cakap melayu slang arab!




Siapa-siapa yang tak sempat tengok di siang hari kerana bekerja ke apa bolehlah tengok ulang tayangnya jam 12 tengah malam.

Apa-apapun selamat berbuka puasa. Selamat memasak juadah berbuka. Bak kata Chef Amar,

Masaklah dari hati,
Masaklah dengan iman.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, July 22, 2012

2012-Cerita 113-Apa Ek?

Rasanya makin lama makin bosan berblog. Bosan sebab dah tak tau nak cerita apa. Maklumlah life kita biasa-biasa je. Tak happening macam orang lain. Balik-balik cerita sama je. Asyik cerita makan aje.

So, kali ni as usual, kita cerita pasal makan-makan lagilah kot. Heh..




Jemu berbuka puasa dengan nasi, mi, berbuka dengan pizza pon takde hal kan?

Ini pizza bodoh je pasal letak sosej je. Takde nak tatarias dengan bahan-bahan lain. Guna apa yang ada kat rumah je. Tapi kali ni sangat suka sebab rotinya lembut dan gebu sekali. 3 sudu bubuh susu tepung kat dalam tu, mana tak lembut.



Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, June 22, 2012

2012-Cerita 102-Kuat Makan

Untuk resipi, boleh klik ke SINI.

Petang semalam buat cream puff. Dapat 32 bijik. Si Naqib makan tak berenti sampai saya marah.
Kalau dulu punyalah susah nak makan tapi sekarang sampai terpaksa marah. Anak saya sekarang adalah kuat makan sebab sekarang dia consume steroid. Doktor tengah nak tengok sama ada dia sesuai atau tidak dengan ubatan itu. Start ambik sejak 2 bulan lepas.

Memang banyak kesan sampingan di masa akan datang tapi ini sahaja cara untuk memperlahankan proses kemerosotan otot badannya. Minggu depan nak jumpa doktor. Tengoklah macam mana. Sekarang ni terpaksa kawal pemakanan dia sebab kalau consume steroid boleh sebabkan dia kuat makan dan naik badan dengan mendadak. Dia tak boleh selalu makan makanan manis-manis. Selalu dia komplen lapar. Kesian kat dia tapi buat keras hati je. Bagi makan berat 2 kali sehari. Kalau lapar buatkan air susu untuk dia.

Susu memang kena minum banyak. Steroid ni pon boleh sebabkan tulang dan gigi rapuh kalau consume dalam jangka masa lama. Ikut hati taknak dia ambik ubat tu. Dilema..


Wednesday, June 20, 2012

2012-Cerita 101-Bolehlah.....

Sejak awal tahun saya dah tak jejak pasar borong. Mengharap suami sorang je pegi membeli-belah. Mula-mula selalu bagi senarai kat dia suruh beli itu ini. Tapi kalau bagi senarai, barang yang ada dalam senarai sajalah yang dia akan beli.

Satu hari lupa nak bagi senarai barang yang patut dibeli. Bila balik, tengok dia beli barang rasa nak tergelak. Cili berjenis-jenis dia beli. Cili padi, cili merah, sampai cili benggala warna traffic light tu dia beli. Pastu sayo yang tak pernah-pernah beli dibelinya. Tapi oklah kan. At least boleh tukar selera.

Sekarang dah makin pandai dah beli. Dah boleh harap dah. Dia beli bahan tu kita tahulah dia nak suruh kita masak apa. Kalau dia beli sebeban daun ketumbar tu maksudnya dia suruh buat tomyam. Kalau dia beli pucuk paku, kena masak sayo lemak. Kalo beli ikan sardin/kembung setimbun tu, maknanya nak suruh buat laksalah tu.

Ahad yang lepas dia beli ikan tenggiri. Suka sangat dengan ikan tenggiri dia ni. Yang saya ni dah bosan. Tak tahu dah nak diapakan ikan tenggiri tu. Balik-balik masak asam pedas, kari, ataupun sambal tumis. Malam tu sebelum tido, borak-borak dulu. Tanyalah dia nak diapakan ikan tenggiri tu. Sekali dia suruh buat nasik dagang. Aik! Tak jemu lagi ke makan nasik dagang? Padahal bulan lepas rasa macam baru je masakkan. Baru-baru ni masa balik kampung, boleh dikatakan siang malam dijamu nasik dagang. Tak jemu eh?

Dia kalau nasik dagang suka makan dengan ikan tenggiri. Kalau ikan tongkol(aye) tu dia tak berapa suka. Gitulah jugak saya. Memang tak berapa nak berahi  ikan aye. Kalau makan memang kena sedia air kat sebelah. Sebab senang tercekik. Tekstur ikan aye tu kan ala-ala kesat kan....Mak saya cakap apa, "mu ni selera orang kaya-kaya. Ikan muroh-muroh dok makang...". Apa nak buat mak...hihihi...

Esoknya masaklah nasik dagang versi perantau. Tak ori la tapi pasal guna ikan tenggiri.


Ini pinggan Naqib ni. Asal masak nasik yang ada set lengkap(nasi+lauk), pinggan ni lah yang dia suka guna. Habis bergayalah kot makan guna pinggan gitu. Feeling macam makan kat restoran kata dia. Sian anak aku.




Thursday, May 10, 2012

2012-Cerita 79-Ssumbak....

Pagi tadi tengok Wan Malaysia, rancangan ulangan Chef Wan gi round satu Malaysia. Kat dalam rancangan tu Chef Wan ke Terengganu dan ada tunjuk cara nak buat ketupat sutong (orang luar panggil sotong sumbat). Lantas teringat ada yang request saya tunjuk cara nak memasaknya. Punyalah lama duk peram sebab tak teringat.

[SOME PARTS HAVE BEEN EDITED]

Baiklah, tanpa melengahkan masa, mari tengok macam mana saya buat tupat sutong itu.Pertama-tamanya tanak dulu beras pulut sampai masak. Ada orang lain tak tanak, just cuci kemudian sumbat dalam sotong. Tapi saya belajar dari mak saya, tanak pulut tu dulu.
Hari tu saya buat guna 9 ekor sotong. Beras pulut tu dalam secawan. Cukup-cukup je sotong dengan pulut tu. Air untuk tanak pulut ni biar tinggi sikit je dari takat beras pulut tu. Lebih kurang setengah ruas jari je.


Sotong kasi bersih luar dan dalam. Kulit kasi buang biar tinggal isinya yang putih melepak tu je.


Ha..pulut pon dah masak. Kita sejukkan dulu.


Kemudian, sumbat pulut yang dah sejuk tu dalam sotong. Sumbat jangan sampai penuh. Separuh je. Sebab nanti sotong tu kecut. Pastu guna lidi atau pencungkil gigi. Sematkan pada mulut sotong supaya pulut tak terburai masa dimasak.


Sekarang kita sediakan untuk kuahnya pulak. Mayang 3 ulas bawang merah. Ambik sebuku halia sebesar ibu jari. Potong memanjang macam mancis. Hempukkan 3-4 batang serai. Masukkan ke semua bahan ini ke dalam kuali berisi santan cair. Santan ni ikut banyak mana sotong kita tu. Masukkan sotong dan pastikan sotong tenggelam. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.


Didihkan sampai  sotong  empuk dan lembut. Kemudian barulah dimasukkan santan pekat dalam setengah cawan beserta sedikit halba. Masak sebentar hingga santan mendidih sekali lagi. Tutup api. Hidangkan.

Tu dia. Dah siap dah. Buntal kan? Dah macam kapal selam pun ada.


Kuah yang tak habis tu nanti janganlah dibuang. Simpan. Nanti boleh guna untuk buat kuah ayam golek.
Nak buat senang je. Masukkan kuah lebihan tupat sotong tu dalam kuali dan didihkan. Masukkan sedikit kunyit dan sedikit cili giling. Kacau sebati. Rasa. Tambahkan apa yang tak cukup. Masak sehingga kuah agak pekat. Tutup api. Ayam (sekor-sekor atau dipotong beberapa bahagian) tu perapkan dengan garam dan kunyit lalu dibakar. Atau nak senang goreng je. Kemudian curahkan kuah tadi ke atasnya dan bakar sekali lagi hingga bahagian atasnya sedikit garing. Siap. Dah jadi 2 menu.




Thursday, April 26, 2012

2012-Cerita 73-Hi-Tea

Kisahnya, Ahad minggu lepas buat makan-makan. Ajak anak-beranak yang duk dekat-dekat ngan rumah ni ha. Sapa je pon,  Cik Mila anak-beranak, Cik Ain, Cik Niha laki bini+anak, dengan adiknya Kinah.

Sajalah, hari tu (dah lama kot) janji dengan Cik Mila nak ajak dia datang makan-makan kat rumah. Tapi asyik tertangguh je. Dah lama benor tak buat makan-makan ni. Alang-alang masa tu tiba-tiba datang angin rajin memasak, so ajaklah diorang datang ke rumah. Ni pon ajak diorang last minute kot. Nak tetapkan tarikh awal-awal takut tiba-tiba mood masak merudum!

Tak banyak mana pon menunya. Buat mi bandung, baked macaroni cheese, strawberry triffle, bubur caca, sama air teh. Oh ya! Guwe ajak diorang ni datang untuk makan petang sama-sama.

Mi bandung

Strawberry triffle.
Gigih buat swissroll semata-mata sebab nak buat benda alah ni.
Berbaloi sebab menjadi.
#sori eh Niha tak sempat nak buatkan eclairs / cream puff untuk awak.

Bubur caca. Ada keledek+pisang.

Mac cheese in bechamel sauce.

Meriah sekejap rumah. Lebih-lebih lagi dengan adanya Azri, Aimi, Amna. And dengan Jenny, binatang peliharaan Cik Ain.

Nanti kita buat makan-makan lagi eh!

Saturday, April 21, 2012

2012-Cerita 71-Nenek-nenek Si Bongkok 3

Hari ni makan bubur ala-ala nenek tua tak ada gigi.
Sungguhpun begitu (perghh...ayat..) ianya sungguh enak sekali!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.