Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.
Showing posts with label Balik Kampung. Show all posts
Showing posts with label Balik Kampung. Show all posts

Wednesday, November 21, 2012

2012-Cerita 146-Makan Banyak



Pagi ini agak buang tebiat sikit. Bersarapan roti jala cicah serawa durian. Kalau ikut kebiasaan, sarapan ringan-ringan je. Tapi semenjak kat kampung asik ambik sarapan berat. Ayah saya tiap-tiap pagi, lepas balik masjid dia akan singgah di gerai untuk beli sarapan pagi. Kebiasaannya dia akan beli nasi lemak, nasi minyak atau nasi dagang yang dibungkus dalam kelongsong kecil. Kadang-kadang dibeli sekali pulut gaul nyor, roti keramat dan paung goreng. Makanan kegemaran semua tu. Mana boleh tolak. Lagipun bukan selalu dapat! So, pulunlah makan itu ini serba sedikit. Sikit memang sikit. Tapi kalau dah berjenis-jenis jadi banyaklah juga kan?? Tambah pulak kena masak untuk mak. Dia tak habis makan, saya yang habiskan. Sayang, membazir, katanya. Seminggu kat sana naik berapa kilo ntah. Haha...

Dah bila balik rumah pon jadi nak makan banyak jugak. Kalau setakat roti, biskut cicah milo ni macam tak ada apa-apa rasa. Itu yang jadi rajin lagi gigih nak masak roti jala sama serawa durian di pagi-pagi hari ini. Hoi...sedapnya!! Memang dah lama tak pekena roti jala dengan serawa durian. Kegemaran Naqib pulak tu. 8 keping roti jala dia makan sekali hadap je tadi. Ya Allah. Tembunlah jap lagi. Doktor pon dah suruh kawal makanan dia. Sekarang dia dah kena pantang makan makanan berprotein tinggi. Terutama seafood dan makanan yang mengandungi kekacang. Makanan cikedis, jajan dalam plastik pon dah tak boleh makan. Kena perbanyakkan buah dan sayo.

Bayangkanlah macam mana emaknya ini nak bagi makan pada kanak-kanak yang tak suka makan sayo dan buah? Pening. Kalau letak sayo pon, nanti bila makan dia pilih. Bersepah-sepah kat tepi pinggan. Buah yang dia suka pon buah tembikai. Tapi sekarang tak kira, nak paksa dia suka buah-buah lain jugak. Mode mak tiri di on sekarang!


Monday, November 5, 2012

2012-Cerita 141-Hujan



Semalam berada di kampung. Hujan seharian tak berhenti. Dari pagi membawak ke petang. Sekejap renyai-renyai sekejap lebat. Tak menentu turunnya. Air di parit depan rumah hampir melimpah. Petanda musim tengkujuh sudah tiba.

Seawal pagi, waktu melangkah ke kamar mandi untuk membersih diri dan mengambil wudhuk, kesejukan terasa menyusup hingga ke tulang-temulang. Saat terkena air di pili, menggelepar seluruh anggota bereaksi kepada kesejukan. Air kolah usah dikira, sejuknya lagi bukan main-main. Seriau!

Selesai solat, hujan mula turun, menjadikan suasana dingin, kelam, kelabu. Melankoli. Romantik. Mata mudah jadi layu dirayu oleh titis-titis hujan yang jatuh. Ke atap, ke daun, ke tanah, mmenghasilkan bunyi dan rentak yang sangat harmoni.

Mata makin melayu. Hati makin merintih. Katil mula memanggil-manggil. Tak perlu bertangguh. Tak perlu lagi dirayu-rayu. Badan terus dihempaskan ke katil. Selimut ditarik rapat hampir menutupi keseluruhan badan. Titisan hujan yang makin laju jatuhnya bagai memupuk lembut di pendengaran. Lantas menghantar isyarat ke akal. "Tido!" Perintahnya. Lalu mata tanpa berlengah terkatup tanpa perlu dipaksa.

Syok ooo....

Saya suka hujan. Tolong jangan pergi!

Thursday, November 1, 2012

2012-Cerita 140-Balik Kampung

Mula-mula memang tak merancang pon nak balik kampung masa raya hari tu. Tapi seminggu sebelum raya tu tiba-tiba mak saya masuk spital. Sakit. Tapi dah keluar spital dah. Sempat masuk 4 hari je. Sedeh je bila dengar mak sakit. Kitew duk jauh..Masa tu pulak suami saya tak boleh nak cuti. Banyak keje. Dalam kepala duk merancang nak balik sendiri je dengan bas. Tak dapat lama, sehari semalam pun jadilah. Sampai siang balik malam pun takpa. Tapi kalau dia tak izinkan, takpalah. Pasrah je. Namun, belum sempat beritahu suami pasal rancangan tu, dia dah beritahu dulu. "Raya ni kita baliklah kampung tengok mak sekejap!" Alhamdulillah...

Maka, bermulalah perjalanan pulang ke kampung di hari raya. Lepas solat sunat eiduladhha kami bertolak. Bawak bekal siap-siap sebab takut gerai makan kat rnr tutup. Memang betui pon. Satu gerai je bukak masa berhenti kat rnr. Itu pun yang jual makanan ringan. Tapi orang tetap melimpah. Terutamanya dekat toilet! Perjalanan lancar cuma ada sedikit kesesakan di tol Gombak. Tapi masing-masing bawak kereta secara berhemah. Sopan-santun je. Takde yang mengkhinzir buta cilok sana cilok sini. Takut kena samanlah tu...


Terowong yang sentiasa buat saya terkenang zaman kecil saya.Kalau lalu je terowong ni, mesti nganga mulut luas-luas dan jerit 'AAAAAAAAAAAAAA' dari mula terowongsampai keluar terowong. Mesti! Walau tak tau ape motifnya!

Sepanjang jalan cuaca cerah. Cuma ada hujan sekejap di Bukit besi. Hujan panas. Masuk LPT2, hujan dah berenti. Syok je tengok awan-gemawan setompok-setompok macam taik unta itu. Putih bersih bak salju. Gebu bak gula-gula kapas.


Tengah-tengah duk melayan perasaan, tiba-tiba Naqib menjerit.
"Tutup hidung semua! Naqib kentut!!!"
Spoil betul. Busuk oi!
"Lama lagi tak nak sampai? Naqib rasa nak berak!" Duh!
Nasib baik dah nak sampai. Tapi ayahnya bawak kereta macam nak gila jugaklah. Takut cicir dalam kereta. Yang dia kat belakang siap gigit-gigit kuku tahan berak!

Dah sampai ke rumah mak ayah, ingatkan dia terus masuk toilet. Eh! Elok pulak dia bersila depan meja lalu makan sate. Aiyoh! Dah hilang rasa eh? Kebetulan ramai pulak tetamu kat rumah. Sama naiklah dia dengan tetamu melahap juadah eiduladhha.

Mak-mak sedang berbual mesra. Anak-anak sila buat hal sendiri. Haha..

Alhamdulillah, mak dah makin sihat. Nampak ceria je bila anak-anak semua balik. Begitulah ibu. Bila tengok anak-anak ada bersama, yang lemah jadi gagah, yang layu jadi segar, sakit sikit-sikit terus sihat. So sapa-sapa yang dah lama tak balik jenguk mak ayah tu cer balik kampung sekejap. Mak ayah memang takkan cakap yang diorang rindukan anak-anak. Lebih-lebih lagi bila dah makin tua, makin tak sihat mesti duk mengharap anak ada di sisi. Jangan sampai mak ayah jauh hati dengan kita. Jadi derhaka pulok! Oh ya! Alang-alang cakap pasal mak ayahkan, saya jumpa satu artikel/keratan sebuah buku di facebook milik kawan saya yang sangat menyentuh hati.


Sedihnya bila baca kan? Maka, pulanglah nak!



Sambung. Kebetulan pula pulang ke kampung kali ini, pohon duku di kebun lebat berbuah. Berguni-guni hasilnya. Dibahagikan sesama anak-beranak. Pendek kata, celik mata siang malam makan buah duku. Sarapan buah duku, lunch dengan buah duku, minum  petang pon dengan buah duku. Kelas tak kelas tu.

Hari kedua raya, sembelih lembu qurban. Buat kat rumah makcik. Tapi saya datang sedikit lambat. Orang dah siap lapah. Just tunggu untuk dibahagikan kepada yang berhak. Daging yang selebihnya akan dimasak untuk dijamu bersama keluarga.


Pakcik saya tukang masak (yang pakai kopiah putih tu). Saya tukang pas bahan-bahan je dan sekali-sekala jadi tukang kacau gulai. Masak 3 jenis lauk je tapi dia punya riuh-rendah macam masak berpuluh-puluh lauk. Meriah. Tapi kesian kat orang sebelah rumah. Tempat masak dekat sangat dengan rumah diorang. Tahan jelah agaknya dengar suara kitorang yang macam petir ni.

Ha..ni dak Amna. Petang tu datang rumah beraya. Masa sampai tu dia tido. Tu semua muka baru bangun tido. Masam je. Naqib ambik gambar dia pun dia tak senyum.

Ni lak anak sedara iols, Nurul Khadijah. Suka benor dia pakai tudung. Bila orang puji lawa, nanti mulalah dia buat tergedik-gedik.

Hari raya ketiga tu janji dengan kawan nak pergi ke nurseri orkid dia. Sampai sana rasa gila sekejap. Bunga cantik-cantik, segar-bugar. Tapi masalahnya saya ni jenis tak reti jaga tanaman. Elok-elok cantik, segar-bugar kang terus mampos keras dapat kat saya. Tapi semangat nak bercucuk tanam tu tak pernah luntur!

Kebanyakan orkid yang dijual di situ jenis yang susah nak jumpa. So, harga agak mahal. Ratus-ratus la. Beli la jugak 3,4 pasu bunga orkid yang murah-murah. Nak beli yang mahal gerenti tak mampu. Di tambah lagi dengan faktor ketidakmampuanku menjaga tanaman dengan baik. Siap kawan saya tu hadiahkan sepasu lagi bunga orkid. Hehehe..suka.




Petang tu pulak pergi makan seafood celup tepung kat Pantai Batu Buruk. Pergi berdua je. Naqib tak nak ikut!

Takdelah ambik banyak sangat pasal kekenyangan makan buah duku. Just ambik sotong sekor, bebola sotong secucuk, bebola ikan secucuk,sepit ketam secucuk, udang secucuk. Minum pulak ABC dan air bandung.Mantop! Perut pon macam nak meletup!
Dah makan, kita bersiar-siar pulak di sekitar pantai. Malas nak jalan kaki, so bersiar-siar dengan kereta sahaja. Orang pon ramai bebeno. Ustaz Azhar pon ada buat outing kat situ.

Uish. nampak tak kete kuda Cinderella tu? Nak naik, tapi suami kita malas nak berentikan kete. So, tengok jelah dari jauh sambil berangan naik kete kuda itu dengan anak raja. Anak raja? Tak kalah tu..

Balik rumah sambung makan buah duku lagi. Hahahaha...
Buah yang segar. Terbaik dari ladang uols. Ini yang baru dipetik.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.