Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.
Showing posts with label Benda sedap. Show all posts
Showing posts with label Benda sedap. Show all posts

Monday, October 14, 2013

2013- Bila Tiba Hari Raya

Hari ni Naqib masih bersekolah. Pagi tadi waktu menghantarnya ke sekolah jalan agak lengang. Sampai kat perkarangan sekolah pukul 6.55 pagi, suasana kosong je tak macam biasa. Takde budak. Cuak jugak sekejap. Waktu aku sorong Naqib menuju ke kelasnya, ada sorang budak tengah berbual dengan cikgu. "Cikgu, saya dua orang je yang datang cikgu. Kensel je lah kelas cikgu". Kemudian cikgu tu pusing-pusing tengok sekeliling sekolah. "1, 2, 3, 4, (cikgu tu kira budak yang hadir, termasuk Naqib dan seorang lagi murid perempuan). Hah! 4 orang. OK lah tu...." kata cikgu. 4 orang je? Penat cikgu-cikgu datang sekolah tapi murid tak datang. Tapi ya lah...nak raya kan. Mungkin ramai dah balik kampung. Mulanya aku ingat nak suruh Naqib ponteng je tapi suami tak bagi. Katanya jangan diajar sangat anak ponteng. Dahlah minggu lepas dia dah cuti dekat 2 minggu sempena PMR.

Raya kali ini kitorang beraya kat rumah je. Memang kalo raya Haji ni kitorang jarang balik beraya di kampung sebab kampeni  suami bagi cuti sehari je. Jiran-jiran pun ramai yang tak balik. Semalam dah siap dah beli barang-barang untuk masak raya. Beli ketupat mini, beli kacang tanah, beli ayam dan bumbu untuk dibuat sate goreng. Kebetulan ada belimbing buluh, beli sikit. 40 sen je. Hikhik.. Hari ni masakkan gulai ikan aye(tongkol), letak belimbing buluh. Masyaallah...tengok je pun dah rasa lazat(perasan masak sedap). Semangat aku masak awal hari ni kerana belimbing buluh. Japgi dah masak nasik, bolehlah kita makang!


Asyik lapar je lah lately sampai suami aku cakap, "Abang rasa sayang ni ada bela jin la. Asik lapar je..tak kenyang-kenyang!" Huahuahua...Ya. memang jin! Jin pakai toncet.

Di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Selamat menunaikan korban kepada yang menyertai korban tahun ini. Yang dalam perjalanan pulang ke kampung tu sila berhati-hati ya. Bersopan-santunlah di jalan raya, tapi jangan pulak sampai bersimpuh masa tengah bawak kereta!

Kepada adik-adikku yang berada di kampung, ingat-ingatlah akan kakak dan abang mu di sini. Jangan bedal juadah raya membabi buta ya. Kakak jeles di sini tak dapat makan masakan dari air tangan mak kita. Kesian. Sekian.

Wednesday, February 27, 2013

2013-Teringin Katanya....

Lama sangat dah tak makan banana split. Bestkan kalo dapat. Dengan aiskrim neapolitan dicelah belahan pisang itu. Dan atasnya pula disemprotkan dengan chocolate sauce meleleh-leleh, lalu dihiasi sebiji ceri merah dan juga beberapa keping biskut wafer.  Ah....nyamannya. Teringinnya......



Dulu selalu order banana split ni bila berkunjung ke Shakey's Pizza. Eh tapi wujud lagi ke Shakey's Pizza ni eh? Dulu biasa pergi Shakey's Pizza kat Alpha Angle. Bila dah pindah Puchong, pergi yang kat IOI Mall pulak. Tapi lo ni sudah bungkus ma. Takpe. Tengoklah macam mana. Kalo rajin singgah kedai beli bahan. Bolehlah kita berbanana split.





Wednesday, February 20, 2013

2013-Kuih Dasar Pandang Ke Timur

Maafkan saya. Gambo agak parkinson.

Nama tajuk kuih ni ialah Kuih Tokyo. Ini orang kat kampung aku panggil la. Jangan ditanya kenapa dipanggil kuih Tokyo ye. Tak tahu. Tapi tempat lain mungkin panggil lain. Kuih feveret sejak kecik. Setiap kali pergi pasar malam atau pasar tani kat area rumah, mesti beli. Kalau tak beli macam tak lengkapla kunjungan ke pasar. Tapi sejak duduk luar dari kampung ni memang susah nak jumpa. Bukan saja susah, malah tak pernah jumpa kot.

Maka, kenalah buat sendiri kan? Kuih ni senang je. Serupa macam kita nak buat penkek atau lempeng. Dalamnya diletak inti kaya. Ala...lempeng sekaya la senang cerita. Cuma batter untuk kuih Tokyo ni sedikit cair. Sebab kalau pekat nanti takleh nak lipat. So, kalau nak cuba bolehlah try buat ya. Resipinya mudah saja. Adik-adik yang sekolah rendah pun boleh buat. Adik-adik ya, bukan anak-anak sebab i feeling muda!

Ini bahan dan cara membuatnya:

  • sebiji telur
  • secawen air
  • secawen tepung gandum
  • secubit garam
  • secubit baking soda
  • secubit serbuk penaik
  • sesudu susu pekat
  • setin kaya
  • sesudu teh esen vanilla-tak nak bubuh pun boleh
Caranya: Satukan semua bahan. Adun sempurna sehingga semuanya sebati. Tak nak ada lumps ye. Kalau ada sila tapis. Nak senang, masukkan semua ke dalam blender, dan blend sebati. Kasi rehat dalam 10 minit. Kemudian barulah didadarkan. Dadar kecik je tau. Diameter dalam 8cm je. Guna api paling kecik sebab takut berlaku kejadian bawah hangus atas lembik ya. Kalau agak-agak nampak batternya cair sangat, bolehlah masukkan sikit tepung gandum. Kalau pekat, tambahkan sikit air.  Sebab kadang-kadang tepung ni ada yang lembap dan ada yang kering, bergantung kepada cara penyimpanan kita. Try test sampai mantop.


Kemudian, angkat dan palitkan kaya ke atasnya. Sukatilah ya nak letak banyak ke sikit kaya tu. Kalau agak suka manis, bolehlah letak setompok. Tapi aku cuma palit sikit je sebab kaya dalam tin yang dibeli ini adalah manis bagiku. Letak sikit pun sudah memadai.


Lepas tu kasi lipat. Kat tengah tu kasi tekan manja-manja supaya kuih ni tak terbuka. Ok. Siap. Kalau ikut resipi ni boleh dapat dalam 20-25 bijiks. 

Wednesday, November 21, 2012

2012-Cerita 146-Makan Banyak



Pagi ini agak buang tebiat sikit. Bersarapan roti jala cicah serawa durian. Kalau ikut kebiasaan, sarapan ringan-ringan je. Tapi semenjak kat kampung asik ambik sarapan berat. Ayah saya tiap-tiap pagi, lepas balik masjid dia akan singgah di gerai untuk beli sarapan pagi. Kebiasaannya dia akan beli nasi lemak, nasi minyak atau nasi dagang yang dibungkus dalam kelongsong kecil. Kadang-kadang dibeli sekali pulut gaul nyor, roti keramat dan paung goreng. Makanan kegemaran semua tu. Mana boleh tolak. Lagipun bukan selalu dapat! So, pulunlah makan itu ini serba sedikit. Sikit memang sikit. Tapi kalau dah berjenis-jenis jadi banyaklah juga kan?? Tambah pulak kena masak untuk mak. Dia tak habis makan, saya yang habiskan. Sayang, membazir, katanya. Seminggu kat sana naik berapa kilo ntah. Haha...

Dah bila balik rumah pon jadi nak makan banyak jugak. Kalau setakat roti, biskut cicah milo ni macam tak ada apa-apa rasa. Itu yang jadi rajin lagi gigih nak masak roti jala sama serawa durian di pagi-pagi hari ini. Hoi...sedapnya!! Memang dah lama tak pekena roti jala dengan serawa durian. Kegemaran Naqib pulak tu. 8 keping roti jala dia makan sekali hadap je tadi. Ya Allah. Tembunlah jap lagi. Doktor pon dah suruh kawal makanan dia. Sekarang dia dah kena pantang makan makanan berprotein tinggi. Terutama seafood dan makanan yang mengandungi kekacang. Makanan cikedis, jajan dalam plastik pon dah tak boleh makan. Kena perbanyakkan buah dan sayo.

Bayangkanlah macam mana emaknya ini nak bagi makan pada kanak-kanak yang tak suka makan sayo dan buah? Pening. Kalau letak sayo pon, nanti bila makan dia pilih. Bersepah-sepah kat tepi pinggan. Buah yang dia suka pon buah tembikai. Tapi sekarang tak kira, nak paksa dia suka buah-buah lain jugak. Mode mak tiri di on sekarang!


Wednesday, October 24, 2012

2012-Cerita 139-Pisang Entah

Balik kampung hari tu mak mertua bagi pisang. Besau pisang tu. Besau lengan ok! Pisang ni orang kebun depan yang bagi. Katanya dah tak termakan. So kalau ada pisang yang masak tuan kebun tu suruh mertua saya ambik je. Mak mertua bagi 2 bijik. 2 bijik pun macam dah terlebih dari cukup!



Besau kan? Cuba banding dengan syiling 20¢ kat sebelahnya. Sebijik dah digoreng dan sebijik lagi dibuat pengat. Tak tau apa nama pisang tu tapi rasanya masam sikit macam pisang nangka. So panggil pisang ni pisang entah. Haha..






Boleh tahan sedap. Sebetulnya saya dah lama sangat nak makan  pisang goreng. Tapi cari pisang yang sesuai untuk dibuat goreng ini sangatlah susah. Biasa saya guna pisang abu atau pisang awak. Banyak kedai dah cari pisang itu tapi balik-balik pisang berangan, pisang mas je yang ada.

Rupa-rupanya memang payah nak cari pisang abu. Mak mertua saya cakap pisang abu ni mengalami penyakit akar. Satu Malaysia ye dilanda penyakit itu. Patutlah susah benar nak jumpa!

Tapi apapon, puas hati dapat makan pisang goreng yang dibikin sendiri. Kalau yang beli ni saya kurang sikit. Lebih-lebih lagi kalau diorang guna tepung goreng segera yang dah siap. Yang cuma campo air tu. Tak sedap. Keras. Sakit gusi.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, June 10, 2012

2012-Cerita 96-Jungle Jokes



Jungle Jokes by Jaafar Taib.
Beli waktu berhenti di R&R Temerloh tempohari waktu dalam perjalanan pulang dari KT ke KL.
Beli dalam kadar separuh harga. Diorang bukak satu gerai kat situ yang menjual buku, novel dan barang
keluaran CESB(Creative Enterprise Sdn Bhd). Novel-novel lama dijual murah-murah. Ada yang dijual dengan harga RM5 sahaja. Tapi tak sempat nak tengok lama-lama pasal suami dah panggil.

Naqib duk belek Jungle Jokes. Gelak sorang-sorang dia.
Tiba-tiba teringat kisah di bangku sekolah. Masa tu ada sorang kawan bawak satu novel ke sekolah. Novel karya Lamia Aimal. Tak ingat sangat tajuknya. Tuai Padi Antara Masak ke mende ntah tajuk dia. Novel cinta yang asyik makhsyuk katanya. Masing-masing beratur nak meminjam. Termasuk iols la. Namun semuanya tak ke mana. Tiba-tiba ada spotcheck. Novel-novel yang tak berkenaan dengan pelajaran dirampas oleh ustakzah. Termasuklah novel Lamia Aimal ni.  Cuba mencari di kedai buku bagai nak gila. Tak jumpa-jumpa. Laku sangat la gamaknya. Sampai sudah tak dapat baca novel itu. Sampai hari ini ya.

Kot-kot la sapa-sapa yang ada, atau terjumpa, harap dapat beritahu saya. Teringin sangat nak membacanya .....

Wednesday, June 6, 2012

2012-Cerita 92-Benda Sedap



Semalam ada member kat rumah iklankan kacang tumbuk. Order sebalang dengan dia. Baru sekejap tadi dia hantar.

Sedap rupanya. Daratnya iols ni kan? Kacang tumbuk pun tak pernah makan. Rasa macam bepang kacang pon ya. Rasa macam gula-gula udang pon ya.

Hidang time raya sajak gak ni. Nak dekat raya nanti bolehlah order lagi 10 balang kot.

Published with Blogger-droid v2.0.4
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.