Hari ni Naqib masih bersekolah. Pagi tadi waktu menghantarnya ke sekolah jalan agak lengang. Sampai kat perkarangan sekolah pukul 6.55 pagi, suasana kosong je tak macam biasa. Takde budak. Cuak jugak sekejap. Waktu aku sorong Naqib menuju ke kelasnya, ada sorang budak tengah berbual dengan cikgu. "Cikgu, saya dua orang je yang datang cikgu. Kensel je lah kelas cikgu". Kemudian cikgu tu pusing-pusing tengok sekeliling sekolah. "1, 2, 3, 4, (cikgu tu kira budak yang hadir, termasuk Naqib dan seorang lagi murid perempuan). Hah! 4 orang. OK lah tu...." kata cikgu. 4 orang je? Penat cikgu-cikgu datang sekolah tapi murid tak datang. Tapi ya lah...nak raya kan. Mungkin ramai dah balik kampung. Mulanya aku ingat nak suruh Naqib ponteng je tapi suami tak bagi. Katanya jangan diajar sangat anak ponteng. Dahlah minggu lepas dia dah cuti dekat 2 minggu sempena PMR.
Raya kali ini kitorang beraya kat rumah je. Memang kalo raya Haji ni kitorang jarang balik beraya di kampung sebab kampeni suami bagi cuti sehari je. Jiran-jiran pun ramai yang tak balik. Semalam dah siap dah beli barang-barang untuk masak raya. Beli ketupat mini, beli kacang tanah, beli ayam dan bumbu untuk dibuat sate goreng. Kebetulan ada belimbing buluh, beli sikit. 40 sen je. Hikhik.. Hari ni masakkan gulai ikan aye(tongkol), letak belimbing buluh. Masyaallah...tengok je pun dah rasa lazat(perasan masak sedap). Semangat aku masak awal hari ni kerana belimbing buluh. Japgi dah masak nasik, bolehlah kita makang!
Asyik lapar je lah lately sampai suami aku cakap, "Abang rasa sayang ni ada bela jin la. Asik lapar je..tak kenyang-kenyang!" Huahuahua...Ya. memang jin! Jin pakai toncet.
Di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Selamat menunaikan korban kepada yang menyertai korban tahun ini. Yang dalam perjalanan pulang ke kampung tu sila berhati-hati ya. Bersopan-santunlah di jalan raya, tapi jangan pulak sampai bersimpuh masa tengah bawak kereta!
Kepada adik-adikku yang berada di kampung, ingat-ingatlah akan kakak dan abang mu di sini. Jangan bedal juadah raya membabi buta ya. Kakak jeles di sini tak dapat makan masakan dari air tangan mak kita. Kesian. Sekian.
My (in)fertility journey
5 years ago
selamat hari raya ti.
ReplyDeleteaku pun raya kat rumah je.
.
Selamat hr raya tas. Apa juadah raya ko?
Deleteidah pun raya sendiri gak kak..alahai buntu idea nak masak ape esok...x besh nyer raya kali ni..pestaim tanpa ayah..huhuuhhu
ReplyDeleteIdah, msk nasik minyok. Ringkas. Hehe..
DeleteSabo ye idah. Lumrah hidup.