Syukurlah aku tak terima offer dia tu. Rupa-rupanya dia dah tipu kawan aku, Nana. Ceritanya, si Ramli ni kontraktor yang dapat tender dari kerajaan negeri untuk buat satu projek. So si Ramli ni pi sub kan projek tu pada Nana. So Nana ni pulun la buat projek tu sampai siap. Bila dipertandingkan siap dapat nombor 3. Alih-alih bila dapat duit, si Ramli ni boleh pulak buat tak tahu. Dia bayar kat pekerja dia je. Tak bayar pun kat Nana dengan seorang lagi kawannya. Dahlah dia mark up harga tinggi masa submit sebut harga. Adoi...aku tak sangka si Ramli tu gitu.
Kesian Nana. Tungkus-lumus dia buat kerja tapi satu sen pun tak dapat. Nak report polis tapi takde bukti yang dia tipu. Nak dakwa pun susah. Karang duit tak dapat, lagi mana nak cari duit nak bayar peguam. Apa jenis orang la tipu kawan sendiri? Bila mintak duit, ada je alasan dia nak belit. Kata Nana, si Ramli ni buat bisnes atas angin. Semua kerja orang lain yang buat. Yang dia just tunggu bayaran.
Ya Allah! Apa agaknya nasib aku kalau aku terima offer dia? Dan lagi, minggu lepas ada orang bisik kat aku, food court yang aku hampir-hampir sewa tu dah tutup untuk selama-lamanya sebab tak laku. Syukur aku lagi sekali. Kalau tidak dengan aku aku sekali la melingkup. Subhanallah. Perancangan Allah tu sangat sempurna!
syukurlah bila Allah bersama2 kita masa kita buat keputusan eh ti...?
ReplyDeletenikmat yg kdg2 kita lupa.
aku la... yg selalu lupa tu..
.
betul tu tas. kdg2 kita lupa nikmat yg Allah kurniakan kat kita ni.
Deletekadang2 orang yang kita anggap kawan itulah yang berpotensi untuk kenakan kita balik..
ReplyDeleteakak sedang sakit hati ni, ada kawan pinjam duit..sakan berjanji..kita pun bukan banyak duit, tapi sebab dah kenal lebih 20 tahun dan tahu selok belok dia, kita bagi pinjam. sekali time bayar dia buat tatau..rasa geram dan sakit hati, akak tunggu masa je nak buat solat hajat biar terbuka pintu hati dia kan..kalau tengok kat FB tu suka hati je dia buat posting itu ini, hutang kita boleh buat tatau, sorry Siti..luahan pagi Jumaat..hehe
Kak LW, saya pun kenal ramli ni dah lama. Sejak sekolah lg. Sambung belajar pun kat U yg sama. Wife dia pun saya kenal. Mmg tak sangka dia sanggup tipu nana sampai sejauh tu.
Delete