Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Friday, October 18, 2013

2013-Port Baru JJCM

Minggu lepas appointment Naqib dengan klinik jam 5 petang. Biasa pukul 4 petang tapi yang pukul 4 petang tu dah penuh. Maka, diorang bagi yang pukul 5 itu. Tapi kitorang sampai terlampau-lampau awalnya. 3.30 dah sampai. Kes terbiasa keluar jam 2 petang, terlupa yang temujanji pukul 5 petang. Dah tu takkan nak melangut je kat klinik tu kan? Kebetulan perut pulak sedang elok je kelaparan. Padahal tengahari tu dah makan. Itu pasallah suami aku cakap aku ni bela jin. Makan tak sudah-sudah. So, carilah tempat makan. Menyusurlah dari Kuala Selangor sampailah dah dekat nak ke pekan Tanjung Karang. Dan kitorang ternampak satu tempat makan ni. Namanya Restoran Dinding Gelas Besar. Terus masuk situ sebab tengok restoran adalah cantik dan semenggah.

Restoran ni baru lagi. Baru bukak bulan 8 itu hari. Kira baru dalam 2 bulan beroperasi. Restorannya dalam pagar,  terletak depan rumah orang. Rumah tauke restoran dan anak-beranaknya sendiri la kot. Kawasan sekitarnya bersih je. Kitorang cari tempat duduk kat bahagian tepi. Yang paling dekat dengan tempat kitorang park kete. Jadi takdelah jauh sangat Naqib kena berjalan. Korang tak yah bimbang pasal parking ya. Pasai pihak restoran ada sediakan tempat parking kat dalam kawasan restoran tu. Siap bertar lagi.

Aku dengan suami order nasik ayam. Naqib order nasi goreng patayya. Air lak, air buah la. Nama pun Restoran Dinding Gelas Besar kan... tapi kitorang order gelas kecik je. Tak mampu la nak habiskan yang gelas besar tu. Nasik ayam sedap. Ayamnya banyak. Nasik goreng patayya nya pun boleh tahan. Rasa macam style mak-mak kita masak. Airnya memang pure. Memang terasa buahnya.

Nasik ayam. Air tembikai, epal asam boi dan ribena laici.

Naqib dengan nasik goreng patayyanya.
Mana-mana pergi menu ni la yang dia duk order.
Alhamdulillah nasi goreng kat sini sedap.

Yang paling aku suka pasai restoran ni ada kemudahan musolla. Sonang kan. Sementara tunggu order sampai boleh pergi solat dulu. Kemudian bolehlah makan nasik dengan tenang.  Kecik comel je musollanya.

Tempat solat

Dalaman restoran tu. Masa ni dah dekat pukul 4 petang. Orang tak berapa ramai.
Ada dalam 2,3 keluarga yang tengah makan masa kitorang sampai tu.
Restorannya kecik tak kecik, besa tak besa la. Jenis santai dan terbuka.
Next time boleh datang lagi. Lepas ni kalau datang nak cuba menu lain pulak. Dengar ceritanya ada nasik kerabu, bakso dan lain-lain. Siapa-siapa yang ada kat area Tanjung Karang, Kuala Selangor bolehlah singgah di restoran ni.

Ini facebook diorang ----> https://www.facebook.com/RestoranDindingGelasBesarTgKarang.
Boleh jenguk situ untuk maklumat lanjut.

Wednesday, September 18, 2013

2013-Karipap Gergasi

Hari tu kan aku ada cakap nak cuba karipap gergasi Kuala Selangor tu kan. Minggu lepas, hari Sabtu, dah singgah beli.


Wah! Rupa-rupanya dah pernah kena terjah dengan JJCM. Patutlah tiap kali lalu situ ramai je orang berenti gerai jual karipap gergasi itu. Rasanya boleh tahan. Beli dua je sebab nak rasa. Satu inti ayam, satu inti daging. Memang gergasi karipapnya. Beso lagi dari tapak tangan. Makan satu dah cukup kenyang. Dan intinya terasa rempahnya, isi ayam/dagingnya beso-beso gedabak. Harga sebijik RM3.50. Kalau tambah telur rebus sebijik dalam tu lagi ok kot. Pasni nak try buat sendiri.

Tapi apa-apa pun aku lebih suka karipap yang saiznya kecik comel. Sebab senang nak makan. Kalau beso, dah kena potong-potong bila nak makan, leceh. Berkecah pulak tu. So, kalau ada sape-sape nak cuba, bolehlah jalan-jalan ke Kuala Selangor. Areanya dekat Kampung Assam Jawa kalau tak silap. Dekat dengan simpang 3 tonggek-sebab simpangnya tak lurus. Berdepan dengan Taman Belibis (husband ku sebut Taman Iblis). Kalau dari highway LATAR, jumpa cendol bakar dulu(belah kanan). Ke depan sikit bolehlah jumpa gerai karipap gergasi ni belah kiri.

Monday, March 11, 2013

2013-Amboi....

Masa duk selongkar gambar dalam desktop ni terjumpa pulak gambar anak bujang kita ni.



Gambar dia dengan sepupunya, Arif Akmal aka Abang Long kat tangga kedai di Jongker Street. Dah macam gengster aku tengok.  Baju, kasut matching ye dengan spek mata dan jam. Ini kerja menata gaya mesti paksu punya kerja. Amboi...bergaya sungguh!! 

Ini jam dia pi berjoli ke Melaka dengan nenek, makcik, pakcik dan sepupu-sepupunya di pertengahan tahun lepas. Aku tak pi pasai apaknya tak dapat cuti. So, aku pun duk rumah ajelah. Bukankah tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya??? (Padahal aku rasa sangat berbulu, nak nangis tak dapat pergi..huhuhu...)

Tuesday, September 4, 2012

2012-Cerita 125-Mood: Rodok Garpu Masuk Mulut Kasi Garu

Lepas raya ni dapat batuk, demam. Suara sekejap kepit sekejap kaso. Sampaikan segan nak bercakap. Satu malu dengan suara yang tak tentu hala tunenya. Satu lagi pasal bila bercakap je rasa nak batuk. Pergi beraya rumah orang hujung minggu baru ni pon banyak senyap je. Makan pun memilih. Kuih raya memang tak sentuh. Takut tengah makan tiba-tiba terbatuk, then tersedak. Karang tersembur pulak semua benda yang tengah duk dalam mulut.

Merana jugaklah sikit-sikit bila pergi beraya tapi tak dapat nak makan kuih raya secara berleluasa. Dahlah hujung minggu baru ni banyak rumah kitorang gi beraya+open house. Kat Puncak Alam saja ada 3 buah rumah. Keluar rumah pukul 10 pagi. Nak masuk Maghrib baru sampai di rumah. Tengok kuih tat rumah diorang sedap-sedap je tapi gua dapat pandang je.

Minggu lepas pergi spital. Sebelum tu pergi sarapan dulu. Masa order air tu, suara punyalah susah nak keluar sampai dua tiga kali kena ulang sebab yang tukang buat air tu tak dengar suara saya. Lepas sarapan terus ke spital. Masa letak kad temujanji tu, kerani kat situ ada tanya sesuatu. Saya cuba kuatkan suara sebab takut kerani tu tak dengar suara kepit saya tu. Sekali betul-betul kuat suara yang keluar. Sampai yang duk menunggu kat situ semua pandang saya. Malu oi....Dah tu duduk pulak sebelah makcik yang ramah-tamah. Tak berenti dia bercakap. Saya banyak angguk, dengar je dia cakap apa. Nak banyak-banyak cakap sangat pon tak boleh.

Start demam hari merdeka tu. Bangun pagi tu rasa lain macam je. Time ambik wudhuk untuk solat Subuh, rasa sejuk sangat sampai menggeletar bibir. Ambik wudhuk je pon, bukan mandi! Lepas tu terus berselimut. Pastu pergi klinik. Klinik kat rumah tu tak bukak pulak. Terpaksalah pergi panjat tangga Giant pergi ke klinik Mediviron kat dalam tu. Doktor bagi 4 jenis ubat.



Balik rumah terus makan ubat. Tak lama lepas tu, melingkup tido. Suami saya balik dari solat Jemahat tu baru saya bukak mata terjaga. Tu pun macam di awang-awangan je. Makan hari tu order ikut telefon je(pizza). Apa nak buat, tak mampu bertugas.

Lama pulak batuk kali ni. Ini pon tak baik-baik  lagi. Gatak tekak tak usah nak cerita. Rasa macam nak rodok garpu masuk mulut kasi garu.

Monday, May 7, 2012

2012-Cerita 77-Piknik La Sangat..

Ibu jari kitew bewngkak. Betul. Kitew tak tipoo. Cakit dowh!

Budak-budak sekolah suka benor nulis gaya gitu. Best sangat ke? Kalau kanak-kanak ok lagilah. Tapi kalau dah beso menjalar duk nulis gaya gini, dah gaya retard je. Uppss!!!
Tapi ibu jari ni memang tengah sakit. Bengkak. Urat siap timbul-timbul. Senaknya rasa sampai ke tapak tangan.


Maka hari ini nak kena rehat la tangan ini dari menyulam.
Ada 3 je lagi nak siapkan.

Ini sulaman yang mutakhir. Ada lagi sikit tak siap. Nak jadi
macam rupa ini entah berapa kali buat-rombak buat-rombak
baru jadi.
Inilah punca segala kesakitan ibu jariku. Seksa!!





Ok. Kita tinggalkan dulu bab sulam menyulam ni. Kita cerita pasal lain la ek!
Pagi semalam kitorang gi piknik. Piknik kat Tasik Shah Alam.

Kakaka...Nanti dia sumpah jadi batu kalau tahu muka dia ada kat dalam blog.
#kasi pakai mask la siap-siap. Ni masa sementara tunggu adik-adik dia sampai.
Kitorang bawak nasik lemak, kek pisang sama air neskopi. Beli je nasik lemak tu.
Tak larat nak buat. #Tapi kalo jalan-jalan otometik jadi larat.


Sesi melahap dan ranggah. Tekun je masing-masing menghadap juadah.

Aimi tengah makan nestum.

Redup. Segar je mata tengok pokok.

Budak ni teruja lebih. Bangun awal bebeno.
Entah-2ntah tak lena tido nunggu esok pagi nak pegi
piknik tepi tasik Shah Alam.

Sunday, April 15, 2012

2012-Cerita 66-Menyetimbot

*Haha..buruk beno bunyinya-menyetimbot.

Ini dia gambar sekitar acara makan-makan di Flaming Steamboat Buffet Bandar Sunway petang semalam.



Tempat untuk segala mi, sayo-sayo dan sos.




Kat sini pulak ada nasik goreng, ayam goreng, wedges dan makanan bergoreng.




Guwe anak beranak tengah milih-milih bahan mentah.
Ambik sutong, ketam, udang, fishball, tauhu. Macam-macamlah ambik.
Kus semangat!




Sesi menyetim bahan-bahan mentah yang diambil.



Masa ni dah start makan.



Dah selesai makan. 


The End!


*Sebahagian dari gambar2 ini adalah dari ihsan fb adik ipar. Sibuk pulun makan, takde masa sangat nak ngambik2 gambo ni. Hohoho...
*Sangat berterima kasih kepada adik ipar yang belanja kitorang stimbot ni. 

Wednesday, March 21, 2012

2012-Cerita 51-Santai Ahad

Ini cerita hujung minggu yang lepas. Jalan-jalan santai tengok belon udara panas bertempat di perkarangan Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya.

Kitorang sampai sana pukul 7.30 pagi. Tapi masa tu dah penuh orang. Nasib baik dapat tempat parkir yang dekat. Rezeki kitorang kot.

Masa mula-mula sampai.

Iwi The Kiwi.
*Gambo ni kecik. Kasi crop terus jadi gini.

Kat depan sana tu ramai bebeno orang. Malas nak bersesak, so duduk belakang je.



Belon panas Air Asia.

Felix The Cat.

Isteri:"Bang, bangunan apa yang ada batang mencacak mencokeng macam roket tu?"
Suami:"La..itulah bangunan Monumen Alaf Baru..."
Isteri: "Ooooooooooooooooooooooooooo..."

Sesi bergambar dengan badut..


Orang ada belon dia pon nak belon. 

Best kan kalo dapat naik.

Tapi sayang. Tiket dah sold out awal-awal pagi lagi. 

Aktiviti para-gliding. Macam best je diorang terbang bebas kat atas tu.

Kat tapak jualan. Laku gerai ni pasal ada abam Awan Nano kat situ. 
Ini belon yang dikhaskan untuk orang awam naik. Melepas nak naik ni.

Nak naik heli tapi tak kesampaian jugak. Macam-macam alasan laki mak bagi. Padahal mak rasa laki mak gayat kot.

Heli tu bawak pusing bangunan-bangunan kat situ je. Sekali pusing je kot.

Tempat mengambil dan menurunkan penumpang heli.

Seronok. Kalau dapat naik belon tu lagi seronok. Tunggu tahun depan pulak. Mana tahu ada rezeki kan? kan???

Tuesday, March 13, 2012

2012-Cerita 48-Seefood

Korang-korang dah bawak ke anak-anak korang tengok Seefood?

Ahad lepas bawak Naqib menonton Seefood. Sekian lama dia duk haruk nak tengok sangat. Sejak-sejak keluar gazette dalam tivi. Kitorang menonton berempat. Saya, suami, Naqib dan adik ipar saya, cik Ain.

Jalan cerita bolehlah. Simple sangat ceritanya. Tapi animasi dia cantiklah. Kira berjaya jugaklah orang Malaysia ni dalam bidang animasi ya. Kisahnya tentang seekor ikan anak ikan yu (tapi tengok macam ikan belacak(tembakul)je) ni nak selamatkan telur-telur ikan yang dah diambil oleh nelayan untuk dijual kepada restoran makanan laut. Dari situlah bermula pengembaraannya naik ke darat untuk ambik balik telur dia tu. Tapi adalah adegan-adegan lain yang mencuit hati di dalamnya. Contohnya tentang ikan jerung yang teringin nak makan ayam dan sebagainya.



Rasanya lagi best tengok muvi animasi ni dari tengok muvi kisah-kisah mat rempit yang tak berkesudahan itu.

p/s:Cuma yang agak mengganggu ialah penonton yang datang menonton tu lah. Memanglah cerita ni sesuai untuk kanak-kanak tapi anak-anak kecik yang umur baru setahun 2 tu  tolonglah jangan dibawak ke panggung wayang. Gangguan ye bila tengah sedap-sedap menonton, tiba-tiba ada budak memekak. Menjerit-jerit tak tentu pasal. Ada pulak yang gaduh pasal berebut popcorn dan air. Yang budak belakang kitorang ni pulak main campak-campak popcorn. Tak ke sakit hati.

Monday, March 5, 2012

2012-Cerita 44-Kopak!!

gRumah adalah berserakan ketika ini. Suami saya tengah set up opis dia kat bilik atas. Bilik itu bilik Naqib yang lama. Since Naqib pon dah tak guna bilik dia (sekarang tido kat tingkat bawah), suami saya tak nak biarkan kosong bilik tu. Kan ada pulak Kak Limah sewa bilik tu buat port dia. Kitorang pon sekarang tido kat bawah jugak. Takkan nak biarkan dia tido sengsorang kat bawah kan? So, bilik-bilik di atas hanya digunakan pada masa-masa tertentu sahaja.

Semalam pergi cari meja kerja. Tapi tak jumpa-jumpa. [Yang jumpa yang mahal-mahal. Bajet ciput]. Last-last beli meja lipat je. Yang jenis fomeka yang kita selalu tengok kat kedai-kedai makan cina tu. Tapi takde stok pulak. Uncle tu janji Insyaallah harini sampai. So, tungkus-lumus suami saya duk angkut barang dia semalam bawak naik atas. Sapu, mop bilik atas semua dia buat. Saya tolong tengok je. Tak nak campo. Hanya tolong apabila diminta, gitu kekdahnya.

Lapang sikit keadaan di bawah ni. Kalau tidak penuh dengan fail-fail dia, dengan meja desktop apa semua. Nampak sempit. Tapi memang sempit pon. Serabut mata, serabut jiwa. Dan, Alhamdulillah, Allah datangkan idea untuk buat opis kat atas tu.

Agenda hari ini adalah untuk mengemas balik tingkat bawah yang tunggang-langgang ini. Nak vakum, nak mop lantai. Nak susun balik perabot-perabot kat rumah ni. [Bunyinya macam banyak benau perabot kat rumah aku ni!] Tapi la ni apa pon tak start lagi. Baru je lepas sarapan. [Ingatkan nak puasa, tapi tak sempat nak masak-masak sebelum Subuh tadi. Naqib pona saya bekalkan roti goreng je tadi]. Ni pon tengah syok golek-golek atas tilam kekabu yang baru beli semalam.

Oh ya! Semalam adalah hari kopak suami saya agaknya. Kaw-kaw dia kena pau dengan kitorang berdua. kihkihkih...

Memang kitorang rancang nak shopping baju, seluar dan kasut Naqib yang dah makin mengecil. Maklumlah anak bujang saya tu dah makin membesar dan makin berisi. Baju seluar semua sendat. Tapi tau lah kan pakaian kanak-kanak ni lebih kurang je pon dengan harga pakaian orang dewasa. Baju kat pasar malam pon dah belas-belas ringgit sekarang. Dah tak main dah 9, 10 ringgit ni. Yang ada kualiti sikit pon dah mahal. Yang ada brand lagilah mahal. Kat pakaian Naqib je dah habis ratus-ratus.

Nak dijadikan cerita, masa tengah cari barang-barang naqib tu, sandal saya buat hal. Sikit lagi nak tercabut tapak. Pandai pulak buat perangai kat shopping complex kan? Dapatlah sepasang sandal baru semalam. Sedap pakai walaupun beli kat kedai kasut Bata je. [Ye. Je. Sebab ada orang tu kata pakai kasut Bata takde kelas. Tapi saya tak kesah. kasut cap Giant pon saya beli.]

Alas kaki yang baru. Style orang tua suami saya kata.
Ade aku kesah??? Janji selesa...

Kasut Naqib.


Dah tu mikirkan hari-hari suami saya kena angkut tilam (macam kes  Tivoli Villa pulak angkut-angkut tilam) dari atas ke bawah, macam kesian pulak. Tilam pulak tilam dreamland. Bukan boleh dilipat-lipat letak tepi dinding. Dan bukanlah ringan. Karang ada pulak body laki aku rupa Hulk Hogan. Maka, semalam kami mengambil keputusan untuk mendapatkan tilam yang boleh dilipat atau digulung untuk memudahkan penyimpanan dan penggunaan. So, tilam kekabu menjadi pilihan. Harga adalah RM250. Tak tebal tak nipislah. Kalau yang jenis toto nanti sakit badan sebab nipis sangat.

Harga nampak macam mahal tapi bila ingatkan kerja melibatkan kekabu yang renyah dan payah, rasanya harga itu sudah berpatutan. Dulu saya selalu tengok mak buat bantal guna isi kekabu. Time nak sumbat kekabu dalam sarung bantal tu nampak kerjanya leceh sangat. Dengan muka ditutup dengan kain sampai cuma nampak mata je kelip-kelip dua butir, mak kena buang dulu bijik-bijik kekabu tu. Kalau tak, nanti bila tido rasa berbuntil-buntil kalau tak dibuang bijik kekabu tu. Lepas tu pulak main dengan kekabu ni memang berselerak rumah. Kekabu kan ringan. kena tiup angin terus terbang. Satgi penuh rumah dengan kekabu. Sebab tu kalau kerja dengan kekabu ni tak buleh bukak kipas. Kena duk berpanas je la. Dan satu lagi, main dengan kekabu ni mata akan jadi gatal-gatal. Hidung pulak akan terbersin-bersin. Siksa jugaklah tengokkan.

Tilam kekabu yang dimaksudkan.

Lepas shopping, perut jadi lapar. Dah masuk tengahari pon. Suami  saya tanya Naqib, "nak makan kat mana?". Naqib angkat bahu tanda tak tahu. "Nak KFC ke?" tanya suami lagi.

"Oh! Tak nak! Tak nak! Naqib tengah jaga kesihatan ni!" Jawab Naqib. Tergelak kitorang dibuatnya.

Gitulah Naqib. Dia concern sangat dengan kesihatan sejak-sejak ada doktor datang bagi ceramah kesihatan kat sekolah dia minggu lepas. Dia rasa dia dah mula gemuk dan mula balik perangai sekat makanan yang dia makan dengan sendirinya sampai kitorang marah-marah kat dia. Dah dinasihat berkali-kali baru dia makan macam biasa. "Mak, Naqib ni dah obes ni tau!" Katanya. Celah mana obes lah ko ni anak oi...

Sebenarnya dari dulu lagi dia takut gemuk. Sebabnya ada seorang sepupu dia yang obesiti. So, dia tak nak jadi macam tu. Dia akan pandai-pandai sukat makanan-makanan yang diambil dan takut nak makan banyak. Sampai gitu sekali. Sebut dia gemuk sikit pon mula tak nak makan. Mula-mula ingatkan dia ni jenis makan memilih. Rupa-rupanya bila perati baru tahu itu sebab utamanya. Sebab tu dari dulu kurus je, tak naik-naik badan.

So makan di Secret Recipe. Naqib order Spaghetti Meatballs. His favourite dish! Tiap kali datang SR mesti mintak menu ni. Spaghettinya banyak. Saya pun order spageti jugak tapi makan separuh pun tak terhabis. Tapi dia. Habis sepinggan dia balun. Tak tinggal sisa. Selalu makan tak habis. Terpegun ku tengok dia makan. Takde pulak ko sibuk nak jaga kesihatan eh masa tu? Tapi bila tengok dia berselera makan gitu rasa suka pulak. Sebab kalau tidak, dia makan asal kuis-kuis je.

Dahaga pulok tengok air-air ni. 
seafood springrolls. sodap! kalo gi SR kitorang mesti order nih.

Banyakkan?

Dah nak habis. Meatball sebijik dia belum abiskan.
Duk sibuk sedut buih kat hot choc dia.
Pendek kata kopak duit laki mak semalam. Makin berubanlah rambut dia!

Tak percaya? Lihatlah sendiri!

Saya cakap dengan dia: Bang, rambut abang dah macam rupa bulu Tabby(kucing yang mak mertua bela).
Bengangsss je dia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.