Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.
Showing posts with label Sabtu Yang Ceria. Show all posts
Showing posts with label Sabtu Yang Ceria. Show all posts

Friday, October 18, 2013

2013-Port Baru JJCM

Minggu lepas appointment Naqib dengan klinik jam 5 petang. Biasa pukul 4 petang tapi yang pukul 4 petang tu dah penuh. Maka, diorang bagi yang pukul 5 itu. Tapi kitorang sampai terlampau-lampau awalnya. 3.30 dah sampai. Kes terbiasa keluar jam 2 petang, terlupa yang temujanji pukul 5 petang. Dah tu takkan nak melangut je kat klinik tu kan? Kebetulan perut pulak sedang elok je kelaparan. Padahal tengahari tu dah makan. Itu pasallah suami aku cakap aku ni bela jin. Makan tak sudah-sudah. So, carilah tempat makan. Menyusurlah dari Kuala Selangor sampailah dah dekat nak ke pekan Tanjung Karang. Dan kitorang ternampak satu tempat makan ni. Namanya Restoran Dinding Gelas Besar. Terus masuk situ sebab tengok restoran adalah cantik dan semenggah.

Restoran ni baru lagi. Baru bukak bulan 8 itu hari. Kira baru dalam 2 bulan beroperasi. Restorannya dalam pagar,  terletak depan rumah orang. Rumah tauke restoran dan anak-beranaknya sendiri la kot. Kawasan sekitarnya bersih je. Kitorang cari tempat duduk kat bahagian tepi. Yang paling dekat dengan tempat kitorang park kete. Jadi takdelah jauh sangat Naqib kena berjalan. Korang tak yah bimbang pasal parking ya. Pasai pihak restoran ada sediakan tempat parking kat dalam kawasan restoran tu. Siap bertar lagi.

Aku dengan suami order nasik ayam. Naqib order nasi goreng patayya. Air lak, air buah la. Nama pun Restoran Dinding Gelas Besar kan... tapi kitorang order gelas kecik je. Tak mampu la nak habiskan yang gelas besar tu. Nasik ayam sedap. Ayamnya banyak. Nasik goreng patayya nya pun boleh tahan. Rasa macam style mak-mak kita masak. Airnya memang pure. Memang terasa buahnya.

Nasik ayam. Air tembikai, epal asam boi dan ribena laici.

Naqib dengan nasik goreng patayyanya.
Mana-mana pergi menu ni la yang dia duk order.
Alhamdulillah nasi goreng kat sini sedap.

Yang paling aku suka pasai restoran ni ada kemudahan musolla. Sonang kan. Sementara tunggu order sampai boleh pergi solat dulu. Kemudian bolehlah makan nasik dengan tenang.  Kecik comel je musollanya.

Tempat solat

Dalaman restoran tu. Masa ni dah dekat pukul 4 petang. Orang tak berapa ramai.
Ada dalam 2,3 keluarga yang tengah makan masa kitorang sampai tu.
Restorannya kecik tak kecik, besa tak besa la. Jenis santai dan terbuka.
Next time boleh datang lagi. Lepas ni kalau datang nak cuba menu lain pulak. Dengar ceritanya ada nasik kerabu, bakso dan lain-lain. Siapa-siapa yang ada kat area Tanjung Karang, Kuala Selangor bolehlah singgah di restoran ni.

Ini facebook diorang ----> https://www.facebook.com/RestoranDindingGelasBesarTgKarang.
Boleh jenguk situ untuk maklumat lanjut.

Saturday, April 14, 2012

2012-Cerita 65-Goyang Kaki

3,4 hari ni asyik emo je. Bengis manjang. Pantang ada yang buat silap sikit memang kena kaw-kaw la. Macam puting beliung, ala-ala tsunami gitu tahap keganasannya. Sian dengan mangsa-mangsa itu. Paham-paham je lah siapa mangsanya ye. Ada 2 orang je manusia yang tinggal serumah dengan saya.


Petang semalam siap gi spital lagi. Kasi tampal plaster kat hati yang teruk bagai dilanda ombak tsunami ini. Huhu..

Takdelah.. Semalam gi spital melawat si dak Aimi, anak cikmila adik ipar saya tu. Masuk spital pasal berak-berak, muntah-muntah. Wah! Drama je lebih aku nih!


Tapi hari ni bangun dengan wajah ceria. Ditambah pulak hari ni Naqib terlebih rajin. Ngemas rumah itu budak hari ni. So mak goyang kaki. Tadi dia siap marah-marah bila saya terpenyekkan throw cushion yang dia susun atas sofa. Sentaphatimaknak...


Harini bertambah-tambah lagi ceria sebab petang ni ada orang nak belanja makan steamboat. Uh..seronoks(plural sebab banyak punya seronok).


Published with Blogger-droid v2.0.4
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.