Maka, bermulalah perjalanan pulang ke kampung di hari raya. Lepas solat sunat eiduladhha kami bertolak. Bawak bekal siap-siap sebab takut gerai makan kat rnr tutup. Memang betui pon. Satu gerai je bukak masa berhenti kat rnr. Itu pun yang jual makanan ringan. Tapi orang tetap melimpah. Terutamanya dekat toilet! Perjalanan lancar cuma ada sedikit kesesakan di tol Gombak. Tapi masing-masing bawak kereta secara berhemah. Sopan-santun je. Takde yang mengkhinzir buta cilok sana cilok sini. Takut kena samanlah tu...
Sepanjang jalan cuaca cerah. Cuma ada hujan sekejap di Bukit besi. Hujan panas. Masuk LPT2, hujan dah berenti. Syok je tengok awan-gemawan setompok-setompok macam taik unta itu. Putih bersih bak salju. Gebu bak gula-gula kapas.
Tengah-tengah duk melayan perasaan, tiba-tiba Naqib menjerit.
"Tutup hidung semua! Naqib kentut!!!"
Spoil betul. Busuk oi!
"Lama lagi tak nak sampai? Naqib rasa nak berak!" Duh!
Nasib baik dah nak sampai. Tapi ayahnya bawak kereta macam nak gila jugaklah. Takut cicir dalam kereta. Yang dia kat belakang siap gigit-gigit kuku tahan berak!
Dah sampai ke rumah mak ayah, ingatkan dia terus masuk toilet. Eh! Elok pulak dia bersila depan meja lalu makan sate. Aiyoh! Dah hilang rasa eh? Kebetulan ramai pulak tetamu kat rumah. Sama naiklah dia dengan tetamu melahap juadah eiduladhha.
Mak-mak sedang berbual mesra. Anak-anak sila buat hal sendiri. Haha.. |
Alhamdulillah, mak dah makin sihat. Nampak ceria je bila anak-anak semua balik. Begitulah ibu. Bila tengok anak-anak ada bersama, yang lemah jadi gagah, yang layu jadi segar, sakit sikit-sikit terus sihat. So sapa-sapa yang dah lama tak balik jenguk mak ayah tu cer balik kampung sekejap. Mak ayah memang takkan cakap yang diorang rindukan anak-anak. Lebih-lebih lagi bila dah makin tua, makin tak sihat mesti duk mengharap anak ada di sisi. Jangan sampai mak ayah jauh hati dengan kita. Jadi derhaka pulok! Oh ya! Alang-alang cakap pasal mak ayahkan, saya jumpa satu artikel/keratan sebuah buku di facebook milik kawan saya yang sangat menyentuh hati.
Sedihnya bila baca kan? Maka, pulanglah nak!
Sambung. Kebetulan pula pulang ke kampung kali ini, pohon duku di kebun lebat berbuah. Berguni-guni hasilnya. Dibahagikan sesama anak-beranak. Pendek kata, celik mata siang malam makan buah duku. Sarapan buah duku, lunch dengan buah duku, minum petang pon dengan buah duku. Kelas tak kelas tu.
Hari kedua raya, sembelih lembu qurban. Buat kat rumah makcik. Tapi saya datang sedikit lambat. Orang dah siap lapah. Just tunggu untuk dibahagikan kepada yang berhak. Daging yang selebihnya akan dimasak untuk dijamu bersama keluarga.
Pakcik saya tukang masak (yang pakai kopiah putih tu). Saya tukang pas bahan-bahan je dan sekali-sekala jadi tukang kacau gulai. Masak 3 jenis lauk je tapi dia punya riuh-rendah macam masak berpuluh-puluh lauk. Meriah. Tapi kesian kat orang sebelah rumah. Tempat masak dekat sangat dengan rumah diorang. Tahan jelah agaknya dengar suara kitorang yang macam petir ni.
Ha..ni dak Amna. Petang tu datang rumah beraya. Masa sampai tu dia tido. Tu semua muka baru bangun tido. Masam je. Naqib ambik gambar dia pun dia tak senyum.
Ni lak anak sedara iols, Nurul Khadijah. Suka benor dia pakai tudung. Bila orang puji lawa, nanti mulalah dia buat tergedik-gedik.
Hari raya ketiga tu janji dengan kawan nak pergi ke nurseri orkid dia. Sampai sana rasa gila sekejap. Bunga cantik-cantik, segar-bugar. Tapi masalahnya saya ni jenis tak reti jaga tanaman. Elok-elok cantik, segar-bugar kang terus mampos keras dapat kat saya. Tapi semangat nak bercucuk tanam tu tak pernah luntur!
Kebanyakan orkid yang dijual di situ jenis yang susah nak jumpa. So, harga agak mahal. Ratus-ratus la. Beli la jugak 3,4 pasu bunga orkid yang murah-murah. Nak beli yang mahal gerenti tak mampu. Di tambah lagi dengan faktor ketidakmampuanku menjaga tanaman dengan baik. Siap kawan saya tu hadiahkan sepasu lagi bunga orkid. Hehehe..suka.
Petang tu pulak pergi makan seafood celup tepung kat Pantai Batu Buruk. Pergi berdua je. Naqib tak nak ikut!
Balik rumah sambung makan buah duku lagi. Hahahaha...
Buah yang segar. Terbaik dari ladang uols. Ini yang baru dipetik. |
naqib wat lawak yek..kentut...kih..kih..
ReplyDeletebetulla kak psl mak ayah tu..dorg x ckp rindu tp kiter tau..bila nampak anak2 cucu2 terus segar bugar...sama cam ayah...
tu sy selalu buat kalu x dpt balik wajib coll..3 ari sekali..kdg x tahu nak ckp ape tetap coll tya kabar...
aku dh plan cuti ni nk merambu pi tganu tapi mcm hujannnnnnn je pulak...
ReplyDelete.
idah, ada yg tak ambik kesah pong pasal mak ayah. bertahun2 dok balik kampung tgk mok ayoh.
ReplyDeletebila ko nak gi trg? skrg ni nak kata hujan hari2 tak jugak. kalo boleh mai awal2 la. 9/11 ni aku balik kg lg.
ReplyDeleteitu sape gambo last menyusu tu? Adah n Khadijah ke? heheheh
ReplyDeletegarang muka mek Amna. kalau bangun tido memang dia moody sikit dengan orang lain. dengan ibu ok je hahahah~
mana buoh duku untuk orang Puchong nya???
ReplyDeleteniha, napok je mata dia eh??
ReplyDeleteamna ni muka mmg bekeng. masa ngandung kenan singa ke? hahaha...
oloh adik yiyis, wat balik sikit je. kitew pon dok cukup...hukhukhuk...harap2 next week kak balik ade lg..
ReplyDeletehidney, meh la gi kg kitew. panjat pokok duku sendiri. mkn atas pokok pon boleh....
ReplyDeleteAla,jgn la menciew2 gitew. Nanti sayang susah pulak. Hohohoh..
ReplyDelete