Untuk resipi, boleh klik ke SINI. |
Petang semalam buat cream puff. Dapat 32 bijik. Si Naqib makan tak berenti sampai saya marah.
Kalau dulu punyalah susah nak makan tapi sekarang sampai terpaksa marah. Anak saya sekarang adalah kuat makan sebab sekarang dia consume steroid. Doktor tengah nak tengok sama ada dia sesuai atau tidak dengan ubatan itu. Start ambik sejak 2 bulan lepas.
Memang banyak kesan sampingan di masa akan datang tapi ini sahaja cara untuk memperlahankan proses kemerosotan otot badannya. Minggu depan nak jumpa doktor. Tengoklah macam mana. Sekarang ni terpaksa kawal pemakanan dia sebab kalau consume steroid boleh sebabkan dia kuat makan dan naik badan dengan mendadak. Dia tak boleh selalu makan makanan manis-manis. Selalu dia komplen lapar. Kesian kat dia tapi buat keras hati je. Bagi makan berat 2 kali sehari. Kalau lapar buatkan air susu untuk dia.
Susu memang kena minum banyak. Steroid ni pon boleh sebabkan tulang dan gigi rapuh kalau consume dalam jangka masa lama. Ikut hati taknak dia ambik ubat tu. Dilema..
kesian pulak dengar dia lapar tu kan...?
ReplyDeletekot gemuk tu satu masalah pulak...
Gitulah kisahnya tas. Bg dia mkn nasi 2 kali sari. Alas perut dgn roti la selalunya. Cicah milo kurang manis.
Deletepatutla badan naik berkilo. kinah dulu masa patah kaki eksiden tu mmg badan naik (tak turun2 sampai skrg haha). steroid sbb nak tahan sakit masa dalam wad.
ReplyDeletemmg dilema tu. tak bagi makan kang kesian. why not try bagi snacks mcm sugar-free biscuits ke? mahal mmg mahal, tp ada jual kat supermarket. anything sugar free la. but baca label sesuai ke tak untuk kids.
Ye. Dulu berat dia 23. Skrg 29kg. Bkn tak bg tp kena mkn berpd2. Dia nak mkn lebih. Biasalah bdk2 ikut nafsu je.
Delete