Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Wednesday, November 20, 2013

2013-Stail Yang Pelbagai

Tak lama dulu. Kawan tanya.

"Kau biasa kalau masak nasik lemak letak apa?"
"Aku letak santanlah!" Selamba lancar aku jawab.

Sekali kena carut.
"Aku tahulah letak santan. Selain dari santan apa yang kau letak? Bawang ke, halba ke?"

Cakap dia yang tak terang, orang pulak yang disalahkannya.
"Ooo...aku letak halia je. Yang lain tak suka letak". Aku jawab.

"Lain kali cuba letak marjerin barang sesudu. Sedap. Lain rasanya", kata kawan aku.
Ok. Aku memang darat. Tak pernah dengar orang letak marjerin dalam nasik lemak. Letak minyak masak pernahlah dengar. Kalau benar bagai dikata, let's try it out!

Makanya, semalam masa buat nasik lemak, aku taruk sekali sesudu marjerin sepertimana yang kawan aku cakap hari tu. Yang lain biasalah santan, daun pandan, halia hempuk dan garam. Wah.......................lain betul kejadiannya. Molek sangat. Nasik lebih wangi, lebih gebu dan lebih lembut. Walaupun beras yang aku guna beras biasa dan murah, tapi nasiknya tak bergumpal. Elok aje sebijik-sebijik. Memang lepas ni wajib la letak marjerin.

Nasik lemak bertemankan sambal bilis petai, telur goreng iluminati, ayam goreng kunyit dan hirisan timun batang.

Ada jugak orang masak nasik lemak letak bawang, letak rempah 4 sekawan, letak halba. Aku pernah makan kat rumah makcik. Makan sikit je. Otak aku jadi konfius kot. Ini nasik lemak ke nasik minyak ke nasik dagang? Mungkin sebab tak biasa rasa, tak boleh nak masuk.

Macam mak aku pulak kalau masak nasik lemak, cukup sekadar garam dan daun pandan sebagai pembangkit rasa. Takde halia dan segala bagai tu.

Ada jugak yang guna susu sebagai ganti santan. Baik untuk kesihatan tapi rasanya sama ke tak eh? Tak pernah cuba lagi. Pernahlah tengok kat tv orang masak guna susu. Pastu sambalnya pulak lain pesen sangat. Disangainya semua bahan untuk buat sambal, kemudian dia blend bahan yang disangai tadi sampai halus. Dah siap! Macam rupa sambal belacan dah. Warnanya kuning pucat.

Macam-macam setail orang masak nasik lemak ni kan. Korang lak macam mana?

2 comments:

  1. family saya masak letak santan, daun pandan & garam je..

    pasni nak try la letak marjerin tu..

    ah pastu dulu saya pelik org makan nasi lemak letak kangkung.. sbb sebelum ni x penah jumpa.. ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat tpt akak mmg biasa mkn dgn kangkung celur. Mcm kwan akak yg asal penang, sambalnya letak santan. Maknanya kat setiap tpt ni ada kelainannya untuk masak nasik lemak.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.