Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Tuesday, January 29, 2013

2013-Doa Orang Teraniaya Tiada Hijabnya...

Tengahari tadi, [tengahari tak tengahari sangat la,dah dekat pukul 2 pon, gua nak gi ambik Naqib di sekolah. Tengah duk manggakan pagar, ada sorang mamat bangla tiba-tiba muncul di sebelah. Nasib tak gugur jantung tengok bangla tu yang tiba-tiba terpacul itu.
"Aka, rm5 potong rumput!" Katanya.
Gua pandang dia. Eh! Macam tau-tau pulak dia yang gua perlukan tukang potong rumput. Rumput kat rumah ni buleh tahan panjang jugak. Sebelum ini ada jugak bangla yang naik basikal pusing-pusing perumahan gua ni buat kerja potong rumput rumah orang. Tapi dah lama dah tak muncul. Entah-entah dia ni jugak. Gua pun tak ingat sangat muka mamat dulu tu.
Gua pun cakap, " U datang petang sikit boleh? Saya nak pergi ambik anak kat sekolah!"
Mamat tu cakap "ok" sambil angguk-angguk kepala dan berlalu.
Dah ambik Naqib apa semua, gua sampai rumah dalam 2.30 petang. Gua bukak pintu kereta, gua namak bangla tadi dah ada terpacak kat belakang kereta sambil kandar mesin potong rumput (yang macam selalu kita tengok kat tepi-tepi jalan tu ya. Bukan mesin potong rumput yang besar tu ya). Amboi...gelojoh tak sesabonya bangla ni. Gua pun bukak pintu pago, bukak pintu rumah bawak beg Naqib masuk rumah. Pastu ambik duit rm5 bagi kat bangla tu.
Gua pun masuk rumah kunci grill sesiap. Pintu gua bukak separuh. Ini langkah keselamatan. Takut jugak karang tiba-tiba dia nak buat jahat masuk rumah ke apa. Tu yang awal-awal bagi duit kat bangla tu. Siap pesan kat dia, nanti dah siap, tolong tutup pintu pagar sekali. Naqib pulak cakap dia nak demam. Masuk rumah terus baring. Memang nampak dia kepenatan sangat. Badan pun panas sikit. Gua pun suruh lah dia pi tukar baju. Gua pun masak air untuk buatkan air teh ke, ovaltine ke supaya bila minum air panas, badan berpeluh, demam kebahlah.
Gua dengarlah kat luar si bangla tu duk mesin rumput. Bunyi zer..zer...dari mesin rumput dia tu. Gua pun senang hati la. Rumput dah berpotong. Nak wat ek la kat suami bila dia balik kije nanti sebab dah lama gua suruh dia potong rumput tapi dia tak potong pun. Sibuk la sangat!! Gua senyum-senyum simpul. Dah sudah senduk nasik untuk Naqib, gua tinjau ke luar, tengok bangla tu dah siap. Dah blah dah. Pintu pagar pun dah siap bertutup. Eh! Sekejapnya! Bentak hatiku. Gua pun keluar lah pi tengok. Harem!!!!! Rumput rumah gua tak berpotong pun. Habis yang dia duk zer...zer ke hulu ke hilir tadi potong ape?????
Hampeh! Gua dah kena kencing dengan bangla tu! rm5 je pun tapi tetap duit ya! Takpelah. Ko pilah belanja guna duit aku yang rm5 tu. Aku berdoa semoga duit tu bertukar jadi daun-daun kering!
Kalau suami gua tahu gua kena kencing ni mahu ditarbiahkan kaw-kaw ni. Diam-diam sudah! Huhu...

Friday, January 25, 2013

2013-Sudah Selamat

Oh yeah! Petang semalam (jam 6.05pm) saya telah menjadi makcik lagi buat kali ke 3. Adik ipar saya, Dr. Nurul Huda sudah selamat bersalinkan seorang anak perempuan yang berkeberatan 2.49kg.

Sebenaunya belum masa lagi tau untuk budak ini keluar. Tapi maknya mengalami sedikit masalah apabila terdapat protein di dalam air kencingnya maka doktor suruh beranak awal. So, sebulan awal daripada due la ini budak lahir. Tapi Alhamdulillah, kedua-dua ibu dan anak dalam keadaan sihat.

Tak taulah apa rupanya anak sedara kite tu ye. Adik aku ni pun kedekut la. Tak ditunjuknya gambar sekeping dua untuk kakak kawasan ni dulu. Feeling Jlo la tuh...Hahahaha...

*berita baru masuk 4.30pm tadi: anak sedara kita yang baru tu dimasukkan ke nicu kerana jangkitan kuman di paru-parunya. Dulu Naqib pun gitu. Seminggu juga kat dalam tu. Oh! Nama baby girl ni dah ada ya. Dhia Nur Ain kata daddynya tadi.

p/s: Akhir tahun ini akan dapat sorang lagi anak buah. Yep. Iols je rendang tak berbuah-buah!

Wednesday, January 23, 2013

2013-Risau

Pagi tadi waktu hantar Naqib ke sekolah, boleh pulak aku lupa bawak purse. Masa sampai kat sekolah Naqib, baru teringat lupa nak bagi duit kat dia. Masa tu la baru sedar purse tak bawak. Nasib baik Naqib cakap dia dah ada duit. Tapi berdebau jugaklah takut kena tahan dengan polis. Pasal kat area Putra Heights sekarang ni kan polis duk sibuk meronda cari budak hilang tu. Nasib baik sampai ke rumah dengan selamatnya.


Budak ni ha. Hilang sejak Rabu lepas. Dengar cerita mak ayah dia tinggalkan sekejap dalam kereta dengan lagi dua orang adik-beradik dia. Pastu diorang gaduh dalam kereta. Pastu si William ni keluar dari kereta sorang-sorang nak gi kat mak ayah dia konon nak mengadu domba la apa yang adik-beradik dia buat kat dia. Sekali agaknya dia taktau mak ayahnya gi kedai mana, merayau-rayau terus hilang.

Manalah William pergi kan? Bayangkanlah anak besar dia ni, fikiran tak matang lagi. Kalau ada orang yang baik hati jumpa dia dah tentu bawak dia ke Balai Polis kan? Tapi kalau yang jumpa dia jenis hati tak berapa nak baik hati macam mana? Dah seminggu hilang tapi polis kata kemungkinan besar masih ada dalam kawasan Putra Heights. So hari ini aku dengar dari berita dalam radio pagi tadi, polis akan buat pemeriksaan dari rumah ke rumah di sekitar Putra Heights. Harapannya semoga William dapat ditemui dengan segera.

Hari Jumaat lepas, balik dari hantar Naqib ke sekolah, hajat hati nak singgah ke kedai borong kat area rumah tu untuk beli barang dapo. Tapi tengok kedai tu baru je bukak sikit. Pekerja-pekerja pun tengah duk punggah barang lagi. So lepak la dulu kat restoran 1Malaysia kat sebelah kedai borong tu. Order nasik lemak sotong dan teh tarik kurang manis. Sambil makan tu, aku tengok ada sorang budak perempuan dalam umur 6, 7 tahun duk kat meja depan aku. Muka macam tak mandi lagi. Nampak muka dia boring je. Sekejap pusing kiri, sekejap pusing kanan. Kejap lagi dia tongkat dagu ngan tangan. Berkata-kata aku dalam hati, "anak tauke kedai ni kot!"

Tanggapanku meleset. Budak perempuan ni rupanya order roti canai tapi roti canai ni lambat sampai. Tu yang dia boring je tu. Bila roti canai sampai, terus dia bagi sekepal duit kat kashier restoran tu dan terus berjalan pulang tanpa ambik duit baki. Si kashier tu beria panggil budak tu suruh datang ambik duit baki. Lepas ambik duit baki dia pun kembali berjalan menyusuri jalan itu. Ku fikir mak ayahnya ada menunggu dalam kereta ke apa, tapi tidak. Budak tu memang datang sorang-sorang.

Tak puas hati aku tengok budak tu jalan sorang-sorang gitu. Dahlah jalan ke tengah ke tepi tak tentu hala. Kalau dilanggar dah satu hal, kena culik ke satu pulak hal. Nak je aku temankan budak tu sampai dia sampai rumah. Mak ayahnya tak rasa risau ke dengan kejadian-kejadian pelik yang berlaku sejak akhir-akhir ni? Tak sayang anak? Bila aku utarakan benda-benda macam ni kat orang lain, mesti orang lain akan tanya aku. "Anak ko sorang je ye? Patutlah...".

Apa maksudnya itu????

Friday, January 18, 2013

Tuesday, January 15, 2013

2013-Canggih

Oi...bersarapan dengan menu yang agak berat hari ini bikin mataku layu berganda-ganda. Hari ini bersarapan dengan nasi+sambal tumis+telur goreng. Lapar punya pasal. Dah tak sanggup nak tunggu tengah hari dah. So tenggek puyuk atas dapo, menanak nasi 2 pot. Sambal tumis memang dah siap ada dalam freezer. Tunggu untuk dipanaskan sahaja. Goreng telur mata lembu [ada setengah sebut mata kerbau]. Makan. Lepas tu malas nak buat air, tibai Nutrigen Naqib dalam fridge. Kenyang sudah. Alhamdulillah.

Dah beberapa minggu handphone saya sakit. Tak tau lah apa masalahnya. Komera tak boleh nak guna. Memang tak penting sangatlah komera tu. Kalau tak ada pon idaklah sampai membawa mudarat. Tapi dah namanya handphone berkomera haruslah komeranya perlu berfungsi. Kalau tak, baik guna aje nokia 3310 yang tahan sekuat Gunung Tahan itu. Kan? Lagipun masih dalam waranti lagi biarpun sudah hampir-hampir mahu tamat tempoh,baiklah pergi hantar bekki kan?? Setelah beberapa lama tertangguh, tengah hari semalam saya telah menghantarnya ke Samsung Customer Service di dalam bangunan Digimal Mall USJ 19. Sekarang handphone saya sudah masuk ke wad untuk dibedah siasat. At least 3 hari kena tahan katanya. Harap tak lama sangatlah. Rindu nanti saya dengan handphone saya tu.

Handphone lama sume dah barai. Sekarang terpaksa meminjam handphone adik ipar (Cik Mila) untuk sementara. Ada rasa lumpuh jugaklah sikit bila takde handphoneku itu. Sebab banyak aktiviti dibuat menggunakan handphone. Cek email, buat n3 kat blog, cek facebook, twitter, instagram, tulis nota apa-apa aje yang terlintas di kepala, set appointment dan tempahan pon guna handphone. Sebab senang!!Cewah...macam wanita yang sangat berkejaya dan sibuk bebeno, padahal duk rumah je pon. Keluar rumah pon setakat ambik hantar anak sekolah je. Tapi, rata-rata kalau tengok sekarang di sekeliling kita, semua orang pon begitu. Jelas, kita terlalu bergantung kepada teknologi telefon bergerak ini sehingga kadang-kadang ia lebih berharga daripada benda-benda lain. Ada setengah itu sanggup berhabis wang untuk menukarnya setiap kali terdapat keluaran baru di pasaran. Ada yang sampai sanggup bergolok gadai, berhutang sana-sini semata-mata untuk tidak ketinggalan zaman. Lepas tu asik la duk mengeluh tak cukup duit nak makan!

Apa-apa pun yang kita buat biarlah dengan berfikir panjang dan mengikut kepentingan. Kalau kerana ikut orang semata tanpa melihat kemampuan sendiri, yang ruginya kita. Menzalimi diri sendiri namanya. Lain lah kalau kita mampu. Duit gaji tak berapa nak terusik. Dalam bank lagi banyak berkepuk-kepuk. Layaklah kalau nak beli yang canggih-manggih, even mahal supo obak bedil pong. Ini peringatan untuk diri sendiri kerana saya memang tak mampu nak beli yang canggih dan mahal. So saya selalu pujuk diri dan cakap dalam hati,, aku punya murah, diorang punya mahal. Tapi fungsinya sama saja!
Huhuhu...




Friday, January 11, 2013

2013-Keyword


Lama tak skodeng keyword. Inilah dia keyword hari ini. Ramai yang cari tuto jahit langsir nampaknya. Baru perasan dah lama tak ada tuto dalam blog ini. Tapi cer tengok keyword yang bawah sekali tu. Apakah? Mesti selalu ada yang pelik-pelik. Nak tergelak kekadang.

2013-Bajet

Salam Jumaat semua. Lemau betul sekarang ni di waktu pagi. Rutin bangun awal pagi, siapkan bekal Naqib ke sekolah sudah kembali. Ditambah lagi dengan tugas baru sebagai drebar menghantar Naqib ke sekolah. 6.45 sudah bertolak dari rumah. Sampai ke sekolah pukul 7 pagi. Kena keluar awal, kalau tidak sesak dan akan mengambil masa yang lama untuk sampai ke sekolah. Oh! Saya sudah jumpa jalan shortcut untuk pulang ke rumah. Kalau tidak saya kena lalu jalan jauh untuk mengelakkan kesesakan di waktu pagi. Sangat suka. At least saya jimat 10-15 minit di situ.

Tengahari waktu mengambil Naqib ke sekolah pon mencabar juga. Tak sesak tapi panasnya membahang. Tangan saya sudah hitam sebelah. Hehehe...tapi tak mengapalah. Demi anak. Alah...lagipun sapa yang nak membelek tangan kita putih ke hitam kan???  Hambiklah kau! Selama ni duk lepas anak naik van. Tapi disebabkan sekarang Naqib dah susah nak turun naik van, maka kena hantar dan ambik sendiri. Baru tahu macam mana rasanya kena redah jalan pagi-pagi sama-sama dengan bas sekolah, lori kontena semua.

So, lepas balik menghantar Naqib, rutin harian di rumah pulak menunggu. Siram pokok bunga, basuh baju, jemur baju. Kemudian sarapan, kemas rumah. Dalam pukul 9-10 begini mulalah mata kuyu mengantuk tak boleh nak celik. Dapat lelap 10 minit pun jadilah. Pukul 11 dah mula masuk dapur. Siap masak semua, kemas-kemas dapur. Kemudian mandi, solat zuhur. Pukul 1.30 keluar rumah gi ambik Naqib di sekolah. Inilah rutin harian saya yang baru. Masih dalam proses mengadjust dan membajet waktu sana-sini lagi.

Kira punya kira, bajet seminggu untuk gas dan tol lebih kurang rm90. Kalau sebulan rm360. [Kalau naik van just bayar rm80 sebulan]. Lari jauh benar bajet masuk tahun 2013 ni. Tapi itulah dugaan dan cabarannya. Rezeki ada di mana-mana. InsyaAllah. Harapannya semoga saya dapat curahkan yang terbaik untuk Naqib. Amin..


Monday, January 7, 2013

2013-Hari Pertama

Hari ini hari pertama Naqib masuk sekolah. So pagi tadi hantar dia. Sampai awal. 7.10 pagi dah sampai. Tapi kena tunggu sampai habis perhimpunan. Lepas tu baru masuk kelas.
Ya Allah! Baiknya cikgu-cikgu kat sekolah tu. Diorang dah siapkan semua untuk Naqib. Kawan-kawan pun nampak prihatin. Ahamdulillah. Kelakar jugaklah dengar cerita Naqib. Masa rehat Naqib awal 5 minit daripada orang lain. So, masa rehat kat kantin ada member yang akan escort dia. Yang kelakarnya kawan dia bukan je escort dia, siap pimpin dia, sampai dia susah nak berjalan.
Kata cikgunya hari ini balik jam 2.30. So aku kat rumah rilek-rilek je tengahari tu. Dah siap masak boleh lagi golek-golek. Sekali cikgu call beritahu hari ni balik 1.50. Masa tu dah 1.52. Kelam-kabut bersiap pi ambik dia. Sampai kat sekolah tengok dia tengah tunggu kat lobi sekolah. Tengah angkut beg dia masuk kereta, ada sorang pakcik tegur. Tukang kebun kot pakcik tu sebab dia bawak penyapu daun tu. [Tak tau apa orang panggil. Kalo kat tempat aku dipanggil geghak].
Pakcik tu tanya, "anak cikgu sekolah kat  sini ke?"
 Aku ni tengah blur. "Ya"? Aku tanya pakcik tu balik. Dia pun ulang balik soalan dia. Rupanya dia ingat aku cikgu kat sekolah tu. Satu keje pulak aku pi explain kat pakcik tu yang aku bukan cikgu. Tapi beria pakcik tu kata muka aku ada tokoh seorang cikgu. Kihkihkih.. Pakcik ni entah orang ke berapa yang tegur macam tu. Muka aku ni garang kot macam Cikgu Bedah. Nasib tak pakai sneakers je tadi time ambik Naqib kat sekolah. Kalau tak sebijik la. Huhu..

Saturday, January 5, 2013

2013-Hai

Agenda utama sebaik melangkah ke tahun baru sudah tentu untuk meraikan ulangtahun kelahiran dak Naqib. Kalo tak sambut karang sentap pulak dia. Tapi sambut sekadarnya. Beli kek dan makan sendiri dengan anak-beranak. Dan tahun 2013 ini adalah sambutan untuk kali yang ke 12. Yeay..anak mak dah 12 tahun!
On new year's eve tu pi la beli kek kat Secret Recipe. Diorang ada kek baru sempena tahun baru yang diberi nama FRUITILICIOUS. Nampak sangat sedap dengan tatahan pelbagai buah-buahan di setiap lapisan kek. So, dan-dan je mak kecek laki mak suruh ambik kek tu. Dah terbayang-bayang akan kesedapan kek itu. Dah terasa-terasa di mulut. Birthday boy bengang je sebab pemilihan kek adalah secara veto. Asalnya dia nak kek coklat tapi kitorang dah muak la setiap kali beli asik kek coklat je. Maka, dia pasrah dengan pilihan itu. Tapi mak tak kejam ya, mak belikan dia seketul kecik kek coklat.



Nampak sedapkan kek itu? Tapi memang sedap. Tak tipu. Padanlah dengan harganya pun. RM120 tau. Di setiap lapisan kek ada potongan kecil buah peach yang dilapisi dengan fresh cream yang sedap. Toppingnya pula ada campuran buah-buahan seperti kiwi, strawberi, anggur, buah naga. Bila makan tu memang terasa masam manis lemak tapi tak muak. Ok. Bila kata manis tu memang rasa kek ni agak manis sebab buah peach tu jenis yang berkaleng dalam tin. Kalo kurang sikit manis tu maka lagi mantop. Bolehlah makan lagi banyak. Haha.

Hari ape ntah buat nasik minyak. Gandingkan dengan gulai daging, acar timun dan sambal belacan. Waktu masak nasik tu teringin pulak nak letak kismis. Godak-godak dalam peti ais tapi tak jumpa. Dah habis kot. Sekali terpandang kismis genius yang kitorang dapat waktu majlis kawin mak sepupu saya tempoh hari. Sebat jelah. Untung-untung jadi genius lepas makan nasik minyak. Kan??

Orang sekarang dah pandai. Diorang bagi goodies yang bermanfaat sifatnya. Contohnya naskhah-naskhah yasin, buku agama. Sekurang-kurang yang menerima tak sewenang-wenangnya nak buang. Dan kalau digunakan InsyaAllah kita dapat pahala berpanjangan.

Awal tahun ni agak sibuk dan serabut sikit. Budak baru naik sekolah kan. Hal pertukaran sekolah Naqib baru settle semalam. Isnin dia mula sekolah di sekolah yang baru. Sekolah yang didaftarkan mula-mula tu tak dapat menyediakan kelas di tingkat bawah. Kelasnya pulak di tingkat 3. Dah kalau begitu macam mana Naqib nak naik ke kelasnya kan? Maka terpaksalah merujuk ke Pejabat Pelajaran Negeri Selangor. Alhamdulillah. Ada sekolah yang sesuai untuk Naqib dan urusan pertukaran sangat pantas. Pegawai yang bertugas di pejabat pelajaran itu sangat banyak membantu. Syukur kerana Allah mempermudahkan segala urusan.

Ok. Nak buat sarapan dulu. Perut dah bising. Kita jumpa lagi ya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.