Tadi saya beritahu suami, katanya "nanti jemur bantal yang sayang guna buat tido tu". "Kenapa?" Saya tanya. "Petua!" suami saya jawab ringkas sebab dia sibuk nak gi kerja so tak dan nak tanya dia banyak-banyak. Sekarang saya tertanya-tanya. Bagaimana bantal yang dijemur boleh menghilangkan sakit tengkuk takleh nak teleng saya ini? Ada sapa-sapa boleh jawab?
*******************
Petang semalam saya ke Pusat Rawatan Darusshifa' Shah Alam. Naqib sakit kaki. Urat dia tegang. Dah urut banyak kali dah. Ada kurang sikit je. Pergi x-ray pon dah. Takutlah problem dengan tulang ke apa. Tapi bila doktor tengok x-ray tu katanya normal. So rujuk ke pakar. 16 Januari ni baru temujanji dengan pakar. Kitorang pergi Darusshifa' ni pon sebagai salah satu daripada ikhtiarnyalah. Ustaz kat situ bacakan ayat-ayat shifa' dan bagi air untuk minum dan sapu pada badan. Bila dia tahu Naqib nak UPSR tahun ni, dia siap buatkan sekali air penerang hati.
Pusat Rawatan tu baru lagi. Pusat rawatan ni agak tersorok. Di kawasan perumahan Shah Alam Seksyen 11. (Alamatnya: No.1, Jalan Silat Gayung 11/3, Seksyen 11, Shah Alam). Tapi kalau nak pergi berubat, pusat rawatan ni cuma dibuka pada hari Ahad sahaja. Hari lain tak bukak.
Pusat rawatan tu berdepan dengan papan tanda jalan ini. Bukan rumah yang pagar putih ni ye! |
Waktu rawatan |
No comments:
Post a Comment