Seriously saya rasa macam dah tak tertampung dah kawasan parking yang ada sekarang. Bukan sepital ni je. Sepital lain pun macam ini juge. Dengar jugak kakitangan sepital pun bersungut pasal ni. Selalunya kitorang memang keluar awal pagi semata-mata nak dapatkan parking yang dekat dengan lobi sepital. Pukul 7 dah keluar rumah. 15 minit dah sampai. Tapi semalam memang betul-betul sesak padat. Sampai awal pun suami saya terpaksa letak kereta kat kawasan berpokok dan bertanah merah. Kalau hujan memang lecak dan pernah ada sekali ada kereta terlanggar akar pokok yang berselirat. Nasib tak tanggal je ekzosnya. Harap-harap adalah solusinya kepada permasalahan ini. Buat parkir bertingkat ke, apa ke kan. Karang sebab tak jumpa parking punya pasal ramai lak yang dapat sakit jantung darah tinggi.
Itu pasal saya tak bawak sendiri kereta ke sepital. Kalau Naqib ni macam budak lain takpe la. Dia ni jalan jauh pun dah tak larat. Nak turunkan dia kat lobi sorang-sorang pun bimbang. Pernahlah bagi cadangan suruh suami hantar lepas tu dia pi lah keje macam biasa. Tak payah cuti. Kitorang boleh balik naik teksi je. Ok. So dia pun hantar kitorang dan pergi keje. Tapi tak lama lepas tu dia call beritahu dia tak pegi keje. Katanya tak sampai hatilah, bimbang nak biar saya ngan Naqib naik teksi. Pulak dah.
Sebenarnya ada kes yang buat suami saya bimbang nak lepaskan kitorang naik teksi sendiri. Dah ada budak perempuan kat tempat keje dia kena bawak lari dek drebar teksi. Dari Sunway diorang tahan teksi nak balik ke Taman Medan. Sunway ke Taman Medan bukan jauh beno pon. Tapi teksi ni bawak jalan lain. Alasannya jalan jem. Diorang kena pukau ke apa ke tak tau lah. Sedar-sedar diorang dah sampai kat tol Seremban. Gila lah! Bila teksi tu berenti nak bayar tol, apalagi diorang bukak pintu cepat-cepat lari. Entah mana nak dibawaknya, apa tujuannya tak siapa tahu. Nasib diorang selamat. Menakutkan la woi.. Macam-macam hallah dengan drebar teksi ni. Patutlah semalam dengar berita kat radio yang perkhidmatan teksi di Malaysia adalah yang ketiga terburuk di dunia. Di dunia ya bukan di Asia tenggara atau di nusantara.
Published with Blogger-droid v2.0.9
nasib baik la sedor2 kt kat seremban.
ReplyDeletekalau dh sampai siam...
alahai.
.
Kan..jahat punya org.
Deleteuols... lain kali.... kalau naqib ada fisio lagi... kol ke msg ke whatsapp ke... tanya sepol keje ape.. kalau dia keje mlm or cuti.. nnt dia leh tolong amik... tak yah la abg cuti2 malaysia... jimat cuti dia... ok??? dunt segan2 tau
ReplyDeleteok sayam. eden torai...
ReplyDelete