On new year's eve tu pi la beli kek kat Secret Recipe. Diorang ada kek baru sempena tahun baru yang diberi nama FRUITILICIOUS. Nampak sangat sedap dengan tatahan pelbagai buah-buahan di setiap lapisan kek. So, dan-dan je mak kecek laki mak suruh ambik kek tu. Dah terbayang-bayang akan kesedapan kek itu. Dah terasa-terasa di mulut. Birthday boy bengang je sebab pemilihan kek adalah secara veto. Asalnya dia nak kek coklat tapi kitorang dah muak la setiap kali beli asik kek coklat je. Maka, dia pasrah dengan pilihan itu. Tapi mak tak kejam ya, mak belikan dia seketul kecik kek coklat.
Nampak sedapkan kek itu? Tapi memang sedap. Tak tipu. Padanlah dengan harganya pun. RM120 tau. Di setiap lapisan kek ada potongan kecil buah peach yang dilapisi dengan fresh cream yang sedap. Toppingnya pula ada campuran buah-buahan seperti kiwi, strawberi, anggur, buah naga. Bila makan tu memang terasa masam manis lemak tapi tak muak. Ok. Bila kata manis tu memang rasa kek ni agak manis sebab buah peach tu jenis yang berkaleng dalam tin. Kalo kurang sikit manis tu maka lagi mantop. Bolehlah makan lagi banyak. Haha.
Hari ape ntah buat nasik minyak. Gandingkan dengan gulai daging, acar timun dan sambal belacan. Waktu masak nasik tu teringin pulak nak letak kismis. Godak-godak dalam peti ais tapi tak jumpa. Dah habis kot. Sekali terpandang kismis genius yang kitorang dapat waktu majlis kawin mak sepupu saya tempoh hari. Sebat jelah. Untung-untung jadi genius lepas makan nasik minyak. Kan??
Orang sekarang dah pandai. Diorang bagi goodies yang bermanfaat sifatnya. Contohnya naskhah-naskhah yasin, buku agama. Sekurang-kurang yang menerima tak sewenang-wenangnya nak buang. Dan kalau digunakan InsyaAllah kita dapat pahala berpanjangan.
Awal tahun ni agak sibuk dan serabut sikit. Budak baru naik sekolah kan. Hal pertukaran sekolah Naqib baru settle semalam. Isnin dia mula sekolah di sekolah yang baru. Sekolah yang didaftarkan mula-mula tu tak dapat menyediakan kelas di tingkat bawah. Kelasnya pulak di tingkat 3. Dah kalau begitu macam mana Naqib nak naik ke kelasnya kan? Maka terpaksalah merujuk ke Pejabat Pelajaran Negeri Selangor. Alhamdulillah. Ada sekolah yang sesuai untuk Naqib dan urusan pertukaran sangat pantas. Pegawai yang bertugas di pejabat pelajaran itu sangat banyak membantu. Syukur kerana Allah mempermudahkan segala urusan.
Ok. Nak buat sarapan dulu. Perut dah bising. Kita jumpa lagi ya.
berapa hari nk habis kek tu ti..? hehe.
ReplyDeletehappy belated birthday naqib!
.
wah sedapnyer kek tu..terliur cikdah..tp mahalnyer saboh ngan SR la...hepi belated besday naqib
ReplyDeletetas, aku bawak balik ke rumah mak mertua aku. kat sana ramai makcik2, dan anak buah. sekali hadap terus habis licin. sampai tak cukup. hehe..
ReplyDeletetq tas. aku dah ckp kat naqib.
idah, memang sedap. memang mahal. basat tere kalu main beli kek situ sokmo. huhu..
ReplyDeletehappy belated birthday Naqib..
ReplyDeletebiasa la slalu kek ikut selera tukang beli bkn selera org yg sambut besday.. hehehe.. ;p
Belated birthday naqib. Meh cik niha belanja kek chocolate heheheeeee
ReplyDeletehappy belated birthday naqib..
ReplyDeleteuntungnya siti ada anak..boleh celebrate besday dia...
Tq achik. Haha..mmg selalu gitu kan? sbb yg nak makan tu bukan mulut dia sorang je...dah kalo beli je melepek tak habis. membazir pulok...
ReplyDeleteNiha, nanti kalo dia tuntut betul2 u sila tunaikan ok...hehehe
ReplyDeleteTq kak LW. Ni je la pengarang jantung saya dan suami ada kak.
ReplyDelete