Jumaat tu sebahagian besar tempahan dah disiapkan. Tinggal lagi 1 dress untuk toddler dan 1 messenger bag untuk disiapkan. Dah lapang banyak dah. Bolehlah bertapa lama-lama sikit di dapo.
Inilah dia spaghetti meatballs yang didambakan sangat oleh anak bujangku itu.
Bebola tu buat kecik-kecik je. Senang nak masuk mulut.
Puas hati tengok dia makan hari tu. 3 kali angkut ye. Esoknya dia tanya ada lagi tak? Aku memang masak banyak untuk memudahkan kerja sebab tahu dia akan mintak lagi. So, panaskan je.
Ni dah ada new request lagi. Dia suruh masak ayam bersos lemon pulok!
p/s: seharian akan berkampung di Hospital Serdang hari ini. Bosan...
hamboihhh sedapnya..bila akak boleh rasa air tangan siti ni..meh la Windsor..
ReplyDeletenanti kita buat potluck ya..
entahlah kak. bile nak sampai ke Windsor...
Delete