Tadi dah tertido awal. Terjaga dekat-dekat nak pukul 2 pagi. Pastu terfikir nak puasa sempena nisfu syaaban. Sebelum tu suami dah tanya nak puasa ke tak. Tapi yang aku ni dengan letih travel, dengan sakit perut angin kus-kus rasa macam tak larat nak puasa. Tapi tadi bila terjaga dari tido, teringat dengan kelebihan nisfu syaaban, teringin pulak nak puasa.
Lalu, sementara mata tak rasa nak tido ni, aku pun bangkit menuju ke dapo. Masak nasik 1 pot, goreng telur dadar, masak lauk sardin. Ringkas-ringkas sudah. Cukuplah untuk kitorang laki bini buat sahur. Tengah-tengah masak suami terjaga. "Sayang buat apa?" terpisat-pisat dia tengok aku duk congcengcongceng masak pukul 2 pagi. Entah-entah dia ingat aku ngigau lagi kot! Ngigau masak-masak. Hebat! "Masak untuk sahur la.." aku jawab. "La..dah tadi kata tak nak puasa. Ni nak puasa pulak!" Pastu dia bebel apa ntah aku tak dengar. "Ala..kita puasa je la..". Kataku.
Dah dia sambung tido balik. Aku pulak masih duk kelip-kelip mata sorang-sorang ni. Badan pulak rasa letih campur sesak dada. Nak tarik nafas panjang pun tak berapa nak lepas. Tekak pulak kering manjang. Nasib baik sekolah cuti. Yippie! Bolehlah rehat puas-puas.
Apa-apahal, yang berpuasa sempena nisfu syaaban ni diucapkan selamat berpuasa. Marilah sama-sama kita menambah dan memperkukuhkan lagi ibadah kita. Semoga amalan baik yang kita lakukan diterima Allah. Insyaallah.
Olololo sho shuwit dah kahwin pun still ada ayat "Sayang buat apa?"
ReplyDeleteSekarang ni ramai ganti nama Ma Pa lepas dah ada anak.
Haha..kelebihan panggil sayang ni kan, bila gaduh pun still panggil sayang. So, gaduh pun jd ala-ala je. Suami kak plg dok suke dgn gelaran ma,pa sbb dia kata takdok beza dgn panggilan anak2. Dok romentik gitu, katanya.
Delete