Isnin bertolak balik. Bertolak awal tapi menyinggah beraya rumah pakcik di Kemaman pulak. Pukul 1 lebih baru bergerak balik. Sampai di Bentong tersekat dalam kesesakan lalulintas la pulak. 1st time kitorang sangkut dalam jem begini. Selalunya kalau balik kampung, ada jugak sangkutnya tapi tidaklah sampai kereta tak bergerak langsung. Ini gila punya sesak. 2 jam kot tersangkut. Padahal Bentong ke KL dalam 45 minit je pon. Tension. Sampai ke rumah pukul 7.45pm. 10 jam kat atas jalan. Nasiblah kereta tak meragam. Kira kakak ni ok lagilah. Sepupu kakak kat Cherating lagi dah sangkut. Lagilah sangap.
Perut punyalah berkeroncong. Last makan dalam kereta pukul 12 tengahari. Makan bihun goreng yang mak bekalkan. Siap dengan keropok segala. Tu pun dapat makan sikit je. Naqib awal-awal dah bedal dulu. Baru sampai Dungun dia dah bukak bekal. Padahal time sarapan dia dah makan nasik dagang ngan nasik impit. Oh my boy! Apa nak buat, budak tengah nak membesarkan.. Nasib baik masa lalu kat Kijal tu berenti beli sata. Tapi sata alahai kecik ketueknya sekarang. Beli rm10 pon rasa tak cukup.
Selesai solat maghrib baru pi cari makan. Tapi tau la musim raya ni, mana ada kedai makan yang bukak sangat. Kedai mamak je bukak. Pusing-pusing jumpa satu kedai bukak. Order je apa-apa yang patut. Sedap ke tak sedap belakang cerita. Lapai hoi macam nak makan orang!
Dah balik rumah sibuk mendobi, mengemas itu ini. Masak pun ringkas-ringkas. Pasai kedai runcit pun kekeringan barang. Semalam baru semangat nak masak. So ikut saranan Naqib yang mintak masakkan ayam masak oren. Hmm..
Ok. Ramai jugak yang tanya pasal open house. Kakak tak sempat nak buat dik oi. Lain tahunlah kot kakak buat. Tapi kalo nak datang rumah, datanglah. Rumah ini sentiasa terbuka. Tapi kabo la awal-awal ye. Jangan main terjah je. Kakak takde kat rumah baru haru.
salam aidilfitri
ReplyDeletemaaf zahir n batin
sekarang dh mula ada kedai mkn buka.. tula..sebelum ni..mmg pusing hbs cari kedai.. semua tutup..esspecially kedai y tukang masak dari thailand/kelantan..sampai arini still ttp.dia org sambut raya 6 kot
Selamat hari raya. Maaf zahir batin juga.
DeleteHa ah. Diorang dah start meniaga blk. Tp hati masih duk teringat lemang rendang. Tak puas mkn da..