Musim cuti sekolah dah nak berakhir. Khamis ni dah mula musim persekolahan yang baru. Emm..macam tak bersedia je. Itulah kesannya bila dah sedap-sedap cuti dari sesak jebak pagi hari.
Hari ini baru pegi beli buku di sekolah. Hari ni jugak baru nak beli baju, kasut dan kelengkapan sekolah yang lain. Sebelum ni aku ingat tak payahlah beli pakaian sekolah. Pakai je apa yang ada. Nak menyimpan duit punya pasal! Namun, Alhamdulillah, Allah masih cukupkan rezeki buat kami.Sepanjang cuti sekolah ni memang tak ke mana. Habiskan masa di rumah dengan memasak! Roti boleh kata uli hari-hari. Mesin uli pulak rosak. Merasalah uli pakai tangan. Tangan i jadi katang sebelah! Haha..
Sebahagian daripada roti yang diuli. Walaupun tidaklah sesedap dan segebu roti komersil yang dijual di kedai, sekurang-kurangnya tidaklah terdedah kepada 21 jenis bahan kimia yang tersembunyi dalam sebuku roti!
jeles tgk akak me'roti'.. xnak buat kelas me'roti' ke? boleh saya join.. hehe..
ReplyDeleteAdoi achik sayang, akak blum expert. Ada masa keras bantat. Setiap kali meroti mesti ada yg tak puas hati.
DeleteHidney, selamat pengantin br. Selamat menjadi suami. Isteri anda sgt cantik!
ReplyDeletehohoiiiiiii teringin nok makan paung ni. hehehe~
ReplyDeleteMeh mai rumoh niha. I buat paung tepek utk awok. Lame la dok khenyek amna..
Deletepandai betul siti nih...
ReplyDeleteti... naqib cemana?
sihat?
sekolah cemana...?
(aku selalu risaukan dia..)
.