Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Saturday, March 3, 2012

2012- Cerita 43-Hati Yang Terusik

Semalam Naqib cakap, "Naqib ingat lagi dulu masa Naqib kecik mak dengan ayah selalu dukung Naqib!" Tak tahulah apa motif dia cakap gitu tapi sedih sangat mendengarnya.

Hati saya mudah sangat terusik, tersentuh sejak akhir-akhir ini. Tido malam pon tak lena. Selalu terjaga tengah-tengah malam. Kemudian bila pandang Naqib yang tengah tido kat sebelah mulalah bergenang air mata.

Kalau boleh biarlah saya mengganti tempatnya menanggung sakit. Memikirkan yang dia menanggung sakit sendirian dalam diam buat hati saya pedih. Sedih. Kalau boleh tak mahu berpisah dengan dia. Setiap saat bersamanya dirasakan sangat berharga. Siksanya hati ini tiada siapa yang tahu.

Ya Allah tabahkan hatiku  untuk menghadapi ujian maha berat ini.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.