Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Tuesday, March 20, 2012

2012-Cerita 50-Alhamdulillah.....

Semalam bawak Naqib ke spital untuk check up. Kali ini nak check jantung. Debar-debar jugak dari malam. Dalam hati tak putus-putus berdoa semoga segalanya baik-baik sahaja. Dan Alhamdulillah. Kata doktor jantungnya masih normal, tiada keganjilan. Syukur. Temujanji untuk pemeriksaan jantung akan datang adalah pada tahun hadapan(25/3/2013). Ya. Setahun dari sekarang.

Dalam bilik doktor. Tengah tunggu giliran untuk guna ultrasound machine.

Boleh tahan lama juga tunggu nombor dipanggil. 2 jam. Datang pukul 9 sebab dalam buku temujanji suruh datang pukul 10. Tapi kena daftar dulu kat bahagian pendaftaran kat luar tu. Sejam kat situ. Pukul 10 lebih baru ke klinik pediatrik dan diberi nombor giliran. Pukul 12 lebih baru nombor dipanggil. Lama bebeno.  Huhu. Kemudian kena tunggu sekejap dalam bilik doktor sebab mesin ada satu je. Ada another patient tengah guna. Sampai giliran Naqib dah 12.30. Lama gak doktor periksa.  Pukul 1 tengahari baru siap.

Kemudian pergi lunch. Lepas lunch pergi ke bahagian Oftalmologi pulok. Cek mata dia. Dari pemeriksaan awal, mata ok. Tak rabun tapi silau tinggi. Kena datang lagi bulan depan. Lepas tu baru boleh buat spek. Adoi...leceh la kan pakai spek ni. Takut hilang je time kat sekolah. Harap-harap pandailah dia jaga rete dia tu nanti.

2 comments:

  1. anak aku dh pakai spek.

    2 hari pakai.
    patah kat sekolah.
    kawan terpijak masa pj.

    buat lain.
    sabor je aku...



    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la psl. Laki aku kata kena pakaikan tali mcm yg org tua tu. Kikiki..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.