Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Thursday, March 8, 2012

2012-Cerita 45-Port JJCM Baru

Kat tempat saya ni memang susah nak dapat makanan sedap-sedap. Segalanya hampeh belaka. Tapi sekarang sudah ada satu port makan-makan yang best. Kedai tu baru bukak. Menu utama dia nasik ayam. Sedap.

Tak reti sangat nak ambik gambo. Angle tak kena. Tak berapa nampak ayamnya. 

Waktu malam pulak dia jual sate. Pon sedap. Cukup serba-serbi rempah ratusnya. Satenya boleh tahan besar. Puas makan.

Adoi..tolong.tolong..lapar sate!!!!


Selain daripada sate, ada jugak menu-menu lain macam nasik goreng, sup, tomyam semua. Tapi belum cuba semua la.

Tapi yang saya nak cerita ni, bukan pasal kesedapan makanannya je, tapi cara tuan punya kedai tarik pelanggan pon menarik. Kitorang ada buat satu grup di facebook. Grup ni adalah tempat kitorang berbincang dan sebarkan maklumat tentang hal-hal berkaitan perumahan kitorang ni. Setiap hari, tuan kedai akan bagi satu teka-teki kepada ahli grup kitorang ni. Siapa yang jawab dengan tepat akan dapat makan free kat kedai dia. Huhu..berlumba-lumba masing-masing jawab soalan teka-teki tu. Meriah uols...

Dalam pada masa yang sama, dapat feedback dari pelanggan yang pernah cuba makanan kat situ. Rata-rata kata sedap dan mesti cuba. Kitorang anak-beranak pon apalagi tak buang masa gi mencuba. Dan betullah, sedap! Terus tersuka. Terus jadi feveret. Tuan tanah memang baik orangnya. Cuma kedai ni agak lembap sikit servisnya. Mungkin sebab baru lagi menceburkan diri kot. Jadi skil tak berapa nak mantop.

*Dengo cerita ramai komplen pengacara JJCM baru tak best. Saya belum tengok lagi. Tak best sangat ke weh? Kalo gitu sila kembalikan Maria Tunku Sabri sebagai pengacara. Kalo tak dapat kelas kau Maria tu, Serina Chef Wan pong dakpe...

.

2 comments:

  1. aku suka boipren yuna tu.
    gelojoh sikit.

    haha.

    ReplyDelete
  2. aku tak suka tgk rambut qi tu. kalo dia tak becakap ok sbb aku mcm rasa annoying sikit bile dia ckp. aku suka tgk serina sbb dia sopan tp bile dia makan nampak mcm sedap je.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.