Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Thursday, November 29, 2012

2012-Cerita 149-Selesai Sudah

Naqib dah selesai menjalani sleep test Selasa haritu. Result darah ok. Result untuk sleep test akan diberitahu 4 bulan dari sekarang.



Nanti-nanti ya saya cerita detail. Banyak keje sikit ni.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, November 25, 2012

2012-Cerita 148- Aduh Mak Sakitnya..

Masa kat kampung hari tu borak dengan makcik. Sekali terkeluar cerita pasal sakit gigi. Saya beritahu kat makcik yang saya tak pernah sakit gigi. "sakit sangat ke?" tanya saya. Kata makcik, "alah, penyakit lain ada yang lebih sakit kot! Apa sangatlah sakit gigi tu."

Nak dijadikan cerita, tiba-tiba saya dapat sakit gigi. Harini dah masuk 4 hari. Mula-mula rasa lain macam je. Denyut sikit-sikit. Tapi lepas tu makin lama makin sakit. Siap keluar air mata bila rasa sakit sangat. Apa kerja pun rasa macam malas nak buat. Buat pun hala-hala terpaksa je.

Kerja saya merengek je kat suami sejak semalam. Minta belailah, mintak itu mintak ini. Manja bebeno. Konon-konon nak share sakitlah. Laki aku pun layan jelah perangai bini dia.Tak sangka pulak sakit gigi ni boleh tahan jugak dia punya penangan. Suami suruh makan pain killer. Makanlah sebijik semalam. Tapi tak hilang jugak. Bila kumur-kumur hilang sekejap tapi lepas tu datang balik sakitnya.

Siap google petua segala. Orang kata guna bunga cengkih saya buat. Ada yang kata kumur dengan garam saya ikut. Tapi takdenya hilang. Tambah berdenyut ada!

Nak gi klinik, manalah klinik gigi bukak hari minggu. Tadi tak tahan sangat tengok saya tak senang duduk, (sumpah rasa nak terajang orang) suami saya keluar sekejap gi beli ubat sakit gigi kat kedai. Balik-balik dia suruh makan 2 bijik.

Legalah jugak tapi lepas tu berdenyut balik. Ni kejap tadi makan lagi 2 bijik. Memang wajib cabut dah gigi geraham yang sakit ni. Tapi esok kena bawak Naqib gi spital. And by 3pm dia kena masuk wad pulak. Doktor nak buat sleep test. Esoknya baru boleh balik. So nak kena tunggu dia kat spital.

Mungkin Selasa tu la baru boleh pi klinik gigi. Harap-harap sementara tu dapatlah bertahan. Ya Allah, kau sembuhkanlah sakit gigiku ini!
Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, November 22, 2012

2012-Cerita 147-Sarat

Ramai pulak manusia di keliling saya yang bunting. Ada yang dah nak terberanak dan ada yang baru hawa-hawa keluar tanda mengandung. Biasalah musim-musim hujan ni kan...hahaha.

Adik ipar saya tengah mengandung anak pertama. Sarat tak de lah sarat sangat. Baru masuk 6 bulan. Tapi masih lagi mengalami muntah-muntah loya. Kesian pulak dengan dia. Katanya dah scan 4D. Anak perempuan katanya. Lantas, dengan segera mak suruh saya jahitkan kelengkapan set pentiduran bayi. Berkali-kali diingatkan supaya ikut tema anak perempuan. Takut sangat cucu dia takde tempat tido. Huhu...

Maka telah kubeli kain berwarna samar merah jambu. Sesuai untuk bayi perempuan kan? Dan jikalau ditakdirkan keluarnya nanti anak lelaki maka hadaplah kau laki bini pakaikan jugak warna samar itu ye?

Contoh set tidur bayi. Yang ni buatkan untuk jiran sebelah.


Selain set pentiduran itu, kalau ada kain lebih nanti bolehlah dibuatkan barut. Wah...pink sumenya. Baru girly namanya kan!!!!

Oh ya. ada yang mintak resepi roti jala ya. Senang je. Saya dah pernah cuba banyak cara dan resepi untuk buat roti jala ni, tapi saya tetap stick to this so called 1:2:3 recipe. My mak punya resepi.

Bahan:
1 biji telur
2 cawan tepung gandum
3 cawan air
garam secukup rasa
1 sudu minyak masak-optional
pewarna

Cara: Blend semua bahan dalam mixer/blender. Tuangkan ke dalam mangkuk. Perap 10 minit sebelum digunakan. Kalau ikut resepi ni boleh dapat dalam 20-24 bijiks.

*Ada orang guna santan ganti air. Boleh juga tapi memandangkan roti jala selalu digandingkan dengan kuah yang sudah sedia berlemak, thats why saya just guna air biasa je. So kalau rasa nak guna santan, tak ada masalah.



Wednesday, November 21, 2012

2012-Cerita 146-Makan Banyak



Pagi ini agak buang tebiat sikit. Bersarapan roti jala cicah serawa durian. Kalau ikut kebiasaan, sarapan ringan-ringan je. Tapi semenjak kat kampung asik ambik sarapan berat. Ayah saya tiap-tiap pagi, lepas balik masjid dia akan singgah di gerai untuk beli sarapan pagi. Kebiasaannya dia akan beli nasi lemak, nasi minyak atau nasi dagang yang dibungkus dalam kelongsong kecil. Kadang-kadang dibeli sekali pulut gaul nyor, roti keramat dan paung goreng. Makanan kegemaran semua tu. Mana boleh tolak. Lagipun bukan selalu dapat! So, pulunlah makan itu ini serba sedikit. Sikit memang sikit. Tapi kalau dah berjenis-jenis jadi banyaklah juga kan?? Tambah pulak kena masak untuk mak. Dia tak habis makan, saya yang habiskan. Sayang, membazir, katanya. Seminggu kat sana naik berapa kilo ntah. Haha...

Dah bila balik rumah pon jadi nak makan banyak jugak. Kalau setakat roti, biskut cicah milo ni macam tak ada apa-apa rasa. Itu yang jadi rajin lagi gigih nak masak roti jala sama serawa durian di pagi-pagi hari ini. Hoi...sedapnya!! Memang dah lama tak pekena roti jala dengan serawa durian. Kegemaran Naqib pulak tu. 8 keping roti jala dia makan sekali hadap je tadi. Ya Allah. Tembunlah jap lagi. Doktor pon dah suruh kawal makanan dia. Sekarang dia dah kena pantang makan makanan berprotein tinggi. Terutama seafood dan makanan yang mengandungi kekacang. Makanan cikedis, jajan dalam plastik pon dah tak boleh makan. Kena perbanyakkan buah dan sayo.

Bayangkanlah macam mana emaknya ini nak bagi makan pada kanak-kanak yang tak suka makan sayo dan buah? Pening. Kalau letak sayo pon, nanti bila makan dia pilih. Bersepah-sepah kat tepi pinggan. Buah yang dia suka pon buah tembikai. Tapi sekarang tak kira, nak paksa dia suka buah-buah lain jugak. Mode mak tiri di on sekarang!


Tuesday, November 20, 2012

2012-Cerita 145-Dah Keluar!

Ok. Result UPSR dah keluar pagi semalam. Pergi la ambik. Sampai sana, cikgu tengah buat taklimat tentang keputusan UPSR peringkat sekolah Naqib. 50 orang yang dapat 5A, 45 orang dapat 4A 1B, 30 orang dapat 4A1C. 80% lulus.

Naqib dapat berapa? Ha...itulah soalan yang paling banyak ditanya semalam. Telefon berbunyi bertalu-talu. Well, keputusan Naqib tak cemerlang. Takde A pon. Tapi takdelah sampai dapat E. Tapi sesuailah dengan tak belajar dia, dengan banyak ponteng sekolahnya dia. Di tambah lagi dengan kekurangan yang dia ada tu.

Saat dia menerima keputusan, saya dan suami lihat keputusannya. Dan kami tak perlu kata apa-apa kerana sangat memahaminya. Dah menjangkakan pon. Tak apalah. Sekurang-kurangnya dia dah mencuba. Dia sikit pon tak tunjukkan apa-apa perasaan. Sedih ke, kecewa ke, tak ada. Bagus juga. Kalau dibuat dia kecewa sampai mengalami kemurungan lagi susah kita!




Thursday, November 15, 2012

2012-Cerita 144-Macam-macam Kerenah

Duk kat kampung ni kan, selera gua lain macam la. Asik makan je kejenya. Dah hari-hari orang datang rumah nak tengok mak. Keje gua buat air hidang kat tetamu. Tetamu dah balik gua pulak yang sambung melantak.

Orang yang datang pulak bawak buah tangan yang macam-macam. Biskut bertin-tin. Buah pun macam-macam. Epal, limau, jambu batu, mangga, tembikai, delima. Penuh peti sejuk. Syurga dak? Tu tak masuk lagi kalau yang bawak kuih-muih. Memang kejenya makan sesaja lah.

Harini dah masuk hari Khamis. Tinggal lagi 3 hari je kat kampung. Entah bila dapat balik lagi.

Naqib seronoklah layan sepupu-sepupu kecik dia tu. Si Qutaibah jenis yang banyak mulut. Bercakap je kejenya. Dahlah mulut macam orang tua. Yang adiknya si Khadijah pulak tengah melasak. Panjat sana panjat sini. Terhibur jugak tengok keletah budak berdua tu.



Aksi akrobatik oleh Khadijah.
Tak padan dengan kecik. Perempuan pulak tu. Memanjat memang hobi dia.


Gaya seorang buaya!
"Mak Iti, tolong ambik gambar Qutaibah jadi buaya eh?" Katanya sambil buat gaya buaya. Ni gaya buaya tembaga ke buaya darat?

Qutaibah ni jenis suka bergambar. Orang ajak bergambar terus je dia posing. Nanti kalau gua rajin gua compile gambo-gambo dia.



Huhu..siap tanya "Mak Iti, Qutaibah hensem tak?"
Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, November 9, 2012

2012-Cerita 143-Owh..

Lepas tulis n3 semalam tu kan saya kata nak kemas baju, tak ada maknanya. Baru je nak mengemas suami saya dah tutup lampu! Dah tu teruslah ikut belayar di lautan mimpi sekali.

Tapi di saat n3 ditulis, masih lagi belum berkemas. Macam malas pulok. Kekdahnya sekarang ni tiap-tiap minggu balik kampung. Belum sempat keluarkan baju dari dalam beg dah kena kemas lagi. Kali ni balik seminggu. Bawak baju 3,4 lai sudah. Kalau tak cukup basuh je kat kampung. Tak pun pinjam je baju mummy i tu. Untungnya sebab kitorang satu acuan.

Hari ni last day sekolah. Naqib tak pi sekolah pun. Kalau saya hari lain tak pergi tak apa. Tapi hari ni wajib ke sekolah. Last day kan jumpa kawan-kawan. Last day di sekolah rendah. Dah masuk sekolah menengah nanti belum tentu dapat jumpa lagi. Tapi Naqib dah tak kuasa nak pegi sekolah. Dia dah tak larat nak turun naik van. Minggu ni sehari je dia sekolah. Isnin Selasa tak sekolah sebab pegi spital. Rabu pulak hari penyampaian hadiah. Yang tak terlibat tak payah pergi. Khamis dia pergi untuk dapatkan borang penempatan ke sekolah menengah.
So sekarang tinggal nak mendaftar ke sekolah menengah je. Alhamdulillah Naqib terpilih ke sekolah yang dilengkapi dengan kemudahan untuk OKU dan ada kelas khas untuk pesakit yang sama macam dia. Semoga segala urusan dipermudahkan. Amin.

Sedih pulak rasa nak tinggal laki. Seminggu la peluk bantal. Huhuhu..
Eleh seminggu je padahalnya. Orang yang suami keje sebulan kat laut kat pelantar minyak tu rileks je!
Published with Blogger-droid v2.0.6

2012-Cerita 142- Yeah..Balik Lagi

Geylang si paku geylang,
Geylang si rama-rama,
Pulang marilah pulang,
Marilah pulang bersama-sama.

Hehe..nak balik kampung lagi. Cuma kali ini berdua dengan Naqib sahaja. Naik bas. Nak naik kapal terbang tiket mahai. Haritu check rm600 sehala, untuk 2 orang. Pengsan. Dahlah tengah kumpul duit nak bawak Naqib pi Legoland and Hello Kittyland(ni maknya yang nak pegi).

Ok. Mau kemas-kemas. Nanti malam dah nak naik bas. Doakan saya dan Naqib selamat pegi dan selamat pulang ya..
Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, November 5, 2012

2012-Cerita 141-Hujan



Semalam berada di kampung. Hujan seharian tak berhenti. Dari pagi membawak ke petang. Sekejap renyai-renyai sekejap lebat. Tak menentu turunnya. Air di parit depan rumah hampir melimpah. Petanda musim tengkujuh sudah tiba.

Seawal pagi, waktu melangkah ke kamar mandi untuk membersih diri dan mengambil wudhuk, kesejukan terasa menyusup hingga ke tulang-temulang. Saat terkena air di pili, menggelepar seluruh anggota bereaksi kepada kesejukan. Air kolah usah dikira, sejuknya lagi bukan main-main. Seriau!

Selesai solat, hujan mula turun, menjadikan suasana dingin, kelam, kelabu. Melankoli. Romantik. Mata mudah jadi layu dirayu oleh titis-titis hujan yang jatuh. Ke atap, ke daun, ke tanah, mmenghasilkan bunyi dan rentak yang sangat harmoni.

Mata makin melayu. Hati makin merintih. Katil mula memanggil-manggil. Tak perlu bertangguh. Tak perlu lagi dirayu-rayu. Badan terus dihempaskan ke katil. Selimut ditarik rapat hampir menutupi keseluruhan badan. Titisan hujan yang makin laju jatuhnya bagai memupuk lembut di pendengaran. Lantas menghantar isyarat ke akal. "Tido!" Perintahnya. Lalu mata tanpa berlengah terkatup tanpa perlu dipaksa.

Syok ooo....

Saya suka hujan. Tolong jangan pergi!

Thursday, November 1, 2012

2012-Cerita 140-Balik Kampung

Mula-mula memang tak merancang pon nak balik kampung masa raya hari tu. Tapi seminggu sebelum raya tu tiba-tiba mak saya masuk spital. Sakit. Tapi dah keluar spital dah. Sempat masuk 4 hari je. Sedeh je bila dengar mak sakit. Kitew duk jauh..Masa tu pulak suami saya tak boleh nak cuti. Banyak keje. Dalam kepala duk merancang nak balik sendiri je dengan bas. Tak dapat lama, sehari semalam pun jadilah. Sampai siang balik malam pun takpa. Tapi kalau dia tak izinkan, takpalah. Pasrah je. Namun, belum sempat beritahu suami pasal rancangan tu, dia dah beritahu dulu. "Raya ni kita baliklah kampung tengok mak sekejap!" Alhamdulillah...

Maka, bermulalah perjalanan pulang ke kampung di hari raya. Lepas solat sunat eiduladhha kami bertolak. Bawak bekal siap-siap sebab takut gerai makan kat rnr tutup. Memang betui pon. Satu gerai je bukak masa berhenti kat rnr. Itu pun yang jual makanan ringan. Tapi orang tetap melimpah. Terutamanya dekat toilet! Perjalanan lancar cuma ada sedikit kesesakan di tol Gombak. Tapi masing-masing bawak kereta secara berhemah. Sopan-santun je. Takde yang mengkhinzir buta cilok sana cilok sini. Takut kena samanlah tu...


Terowong yang sentiasa buat saya terkenang zaman kecil saya.Kalau lalu je terowong ni, mesti nganga mulut luas-luas dan jerit 'AAAAAAAAAAAAAA' dari mula terowongsampai keluar terowong. Mesti! Walau tak tau ape motifnya!

Sepanjang jalan cuaca cerah. Cuma ada hujan sekejap di Bukit besi. Hujan panas. Masuk LPT2, hujan dah berenti. Syok je tengok awan-gemawan setompok-setompok macam taik unta itu. Putih bersih bak salju. Gebu bak gula-gula kapas.


Tengah-tengah duk melayan perasaan, tiba-tiba Naqib menjerit.
"Tutup hidung semua! Naqib kentut!!!"
Spoil betul. Busuk oi!
"Lama lagi tak nak sampai? Naqib rasa nak berak!" Duh!
Nasib baik dah nak sampai. Tapi ayahnya bawak kereta macam nak gila jugaklah. Takut cicir dalam kereta. Yang dia kat belakang siap gigit-gigit kuku tahan berak!

Dah sampai ke rumah mak ayah, ingatkan dia terus masuk toilet. Eh! Elok pulak dia bersila depan meja lalu makan sate. Aiyoh! Dah hilang rasa eh? Kebetulan ramai pulak tetamu kat rumah. Sama naiklah dia dengan tetamu melahap juadah eiduladhha.

Mak-mak sedang berbual mesra. Anak-anak sila buat hal sendiri. Haha..

Alhamdulillah, mak dah makin sihat. Nampak ceria je bila anak-anak semua balik. Begitulah ibu. Bila tengok anak-anak ada bersama, yang lemah jadi gagah, yang layu jadi segar, sakit sikit-sikit terus sihat. So sapa-sapa yang dah lama tak balik jenguk mak ayah tu cer balik kampung sekejap. Mak ayah memang takkan cakap yang diorang rindukan anak-anak. Lebih-lebih lagi bila dah makin tua, makin tak sihat mesti duk mengharap anak ada di sisi. Jangan sampai mak ayah jauh hati dengan kita. Jadi derhaka pulok! Oh ya! Alang-alang cakap pasal mak ayahkan, saya jumpa satu artikel/keratan sebuah buku di facebook milik kawan saya yang sangat menyentuh hati.


Sedihnya bila baca kan? Maka, pulanglah nak!



Sambung. Kebetulan pula pulang ke kampung kali ini, pohon duku di kebun lebat berbuah. Berguni-guni hasilnya. Dibahagikan sesama anak-beranak. Pendek kata, celik mata siang malam makan buah duku. Sarapan buah duku, lunch dengan buah duku, minum  petang pon dengan buah duku. Kelas tak kelas tu.

Hari kedua raya, sembelih lembu qurban. Buat kat rumah makcik. Tapi saya datang sedikit lambat. Orang dah siap lapah. Just tunggu untuk dibahagikan kepada yang berhak. Daging yang selebihnya akan dimasak untuk dijamu bersama keluarga.


Pakcik saya tukang masak (yang pakai kopiah putih tu). Saya tukang pas bahan-bahan je dan sekali-sekala jadi tukang kacau gulai. Masak 3 jenis lauk je tapi dia punya riuh-rendah macam masak berpuluh-puluh lauk. Meriah. Tapi kesian kat orang sebelah rumah. Tempat masak dekat sangat dengan rumah diorang. Tahan jelah agaknya dengar suara kitorang yang macam petir ni.

Ha..ni dak Amna. Petang tu datang rumah beraya. Masa sampai tu dia tido. Tu semua muka baru bangun tido. Masam je. Naqib ambik gambar dia pun dia tak senyum.

Ni lak anak sedara iols, Nurul Khadijah. Suka benor dia pakai tudung. Bila orang puji lawa, nanti mulalah dia buat tergedik-gedik.

Hari raya ketiga tu janji dengan kawan nak pergi ke nurseri orkid dia. Sampai sana rasa gila sekejap. Bunga cantik-cantik, segar-bugar. Tapi masalahnya saya ni jenis tak reti jaga tanaman. Elok-elok cantik, segar-bugar kang terus mampos keras dapat kat saya. Tapi semangat nak bercucuk tanam tu tak pernah luntur!

Kebanyakan orkid yang dijual di situ jenis yang susah nak jumpa. So, harga agak mahal. Ratus-ratus la. Beli la jugak 3,4 pasu bunga orkid yang murah-murah. Nak beli yang mahal gerenti tak mampu. Di tambah lagi dengan faktor ketidakmampuanku menjaga tanaman dengan baik. Siap kawan saya tu hadiahkan sepasu lagi bunga orkid. Hehehe..suka.




Petang tu pulak pergi makan seafood celup tepung kat Pantai Batu Buruk. Pergi berdua je. Naqib tak nak ikut!

Takdelah ambik banyak sangat pasal kekenyangan makan buah duku. Just ambik sotong sekor, bebola sotong secucuk, bebola ikan secucuk,sepit ketam secucuk, udang secucuk. Minum pulak ABC dan air bandung.Mantop! Perut pon macam nak meletup!
Dah makan, kita bersiar-siar pulak di sekitar pantai. Malas nak jalan kaki, so bersiar-siar dengan kereta sahaja. Orang pon ramai bebeno. Ustaz Azhar pon ada buat outing kat situ.

Uish. nampak tak kete kuda Cinderella tu? Nak naik, tapi suami kita malas nak berentikan kete. So, tengok jelah dari jauh sambil berangan naik kete kuda itu dengan anak raja. Anak raja? Tak kalah tu..

Balik rumah sambung makan buah duku lagi. Hahahaha...
Buah yang segar. Terbaik dari ladang uols. Ini yang baru dipetik.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.