Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Wednesday, February 1, 2012

2012-Cerita 23-Aduan Rakyat

Ada satu hari tu beli biskut di kedai runcit kat area rumah. Biskut ada buah-buahan. So, balik rumah bukak, nak makan. Sekali tengok biskut tu dah berkulat. Padahal tempoh tamat lambat lagi. Lagi setahun kot.

Mula-mula fikir entah-entah kedai tu tak simpan biskut tu elok-elok. Kot disimpan di tempat lembap. Tapi bila dibelek-belek pada bungkusan tu takde pulak koyak atau berlubang.

Suami saya suruh buat aduan ke syarikat pengeluar biskut tu. Tapi saya fikir malaslah nak panjang-panjangkan cerita. Benda pon murah je, bukan sampai puluh ratus ringgit. Tapi suami saya cakap "Tak kesian ke dengan orang lain kalau terkena macam ni jugak? Kita bukan nak condemn diorang(pengeluar). Just untuk maklumkan diorang je supaya diorang alert dengan benda ni".

Aah. Betul jugak kan?Tulah bahananya berfikiran separuh-separuh. Bukan apa. Taknaklah orang cop kita ni jenis cerewet sampai biskut yang harga rm4.90 tu pun nak kecoh-kecoh. Kemudian, terus ambik gambar biskut tu 3,4 keping dan bagi butir-butir yang sepatutnya. Dan emailkan ke pengeluar. Esoknya terus dapat balasan. So, pihak diorang berjanji nak siasatlah permasalahan tu dan nak gantikan balik biskut yang tak sempat guwe jamah tu. Tapi kutolak. Takpelah. Guwe nak maklumkan je pon, bukan niat nak mintak ganti balik pon. Rasa macam tak berbaloi kot. Lainlah kalau biskut tu biskut Famous Amos ke. Nak jugak kumintak ganti. Kakakaka....

Agak-agak diorang siasat tak? Harap-harap diorang siasatlah ye. Takut nanti lari pulak kastemer diorang kalau asyik terkena macam ni.

.

4 comments:

  1. kdg kiter berigt takut org lain kena mcm kiter...x ganti pun x pe...tp ganela kalu bdk2 yg buka sekut tu..sure la bdk tu makan kan..dorg mana tau sekut kulat pong

    ReplyDelete
  2. kalau dia nk meniaga lama harus la kena siasat.
    kalau tak mmg sekali tu la org beli..



    .

    ReplyDelete
  3. @cik dah faridah
    kan..sian bdk2 tak tahu mende2. tp tulah. kita tak tau pihak mana yg salah. kalo ikut prosedur dia patut tarik balik seme biskut yg sama batch pengeluarannya.

    ReplyDelete
  4. @tasekM
    itulah. tp takut dia tak buat pape. dendiam je. haru la kalo gitu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.