Ombak tak akan berhenti menghempas pantai selagi ada angin yang tak pernah berhenti menghembus.

Tuesday, February 14, 2012

2012-Cerita 29-Saya Perlu Tabah

Bad news!

Semalam adalah hari temujanji Naqib dan doktor paediatrik. Dan kami mendapat berita buruk. Dari pemeriksaan, Naqib menghidap Muscular Dystrophy. Di mana otot-otot dia dari hari ke hari mengalami kemerosotan. Maknanya ototnya akan menjadi semakin lemah. Dan akhirnya......

Muscular Dystrophy adalah penyakit genetik. Tiada ubat setakat ini. Dan kami pada mulanya tertanya-tanya dari mana datangnya kerana kedua-duanya baik suami mahupun saya tak punya sejarah keluarga yang berpenyakit sebegini. Aah! lantaklah dari mana ia datang pun, bukanlah halnya lagi untuk saya memikirkan terlalu dalam akan persoalan siapa pembawanya. Sebelum ini saya ada membaca sedikit sebanyak tentang penyakit ini tapi tak menyangka ia benar-benar menjadi igauan buruk bagi saya sekarang. Tiada siapa menduga keadaannya menjadi sesulit ini. Allahuakbar.

*Sekarang ini darah telah diambil untuk dibuat pengesahan berkenaan penyakitnya. Bulan depan kami akan mula bertemu dengan pakar neuro dan pakar  jantung.

Jangan ditanya bagaimana kami menerima berita buruk ini. Pandangan seolah-olah gelap seketika. Suami saya bangun meninggalkan kami (saya dan Naqib) di dalam bilik doktor sebaik sahaja doktor memberikan perkhabaran buruk itu. Entah ke mana dia pergi menenangkan diri sedang saya berperang dalam diri cuba bersikap cool. Seboleh mungkin tak mahu menunjukkan kesedihan pada Naqib.

Jangka hayatnya mungkin tak lama, itu kata doktor. Ya. Itu kata doktor, tapi Allah yang menentukan segala-galanya. Jika Allah berkehendak dia baik, dan sihat seperti manusia normal kita tidak tahu. Tapi sebagai ibubapa, tipulah kalau tak rasa sedih dengan perkhabaran buruk begini. Memang sebak sehingga satu ketika saya tak mampu melihat ke wajah Naqib yang tenang, comel itu.

Sebaik sahaja selesai dengan sesi kaunseling bersama doktor, kami beredar pulang. Sepanjang di dalam kereta suami saya tak mampu menahan air matanya. Dan Naqib seperti biasa, tak berhenti bercakap dalam kereta. Dia akan selalu bertanya apa yang dia lihat di sepanjang perjalanan di dalam kereta. Dia yang akan menghafal jalan-jalan dan menjadi guider kepada ayah.  Melihatkan itu saya jadi sebak. Sepanjang hari saya menangis. Saya jadi teringat saat-saat saya memarahinya, membebelinya. Ya Allah! Serasa berdosa benar saya.

Bagaimana harus saya hadapi hari-hari mendatang? Saya tahu saya perlu tabah. Tapi buat masa ini saya masih lagi berharap ia hanyalah satu mimpi buruk. Tapi akhirnya saya perlu juga menerima kenyataan ini. Kedua-dua belah keluiarga sudah diberitahu akan keadaan Naqib.  Semuanya diberitahu oleh suami kerana hingga ke saat ini, saya belum mampu  untuk menuturkannya sendiri pada keluarga terutama emak saya. Saya tahu dialah orang yang paling sedih apabila mendapat berita ini.

Saranan dan cadangan telah dilontarkan oleh kedua-dua belah pihak keluarga. Kami akan cuba untuk berusaha merawat Naqib secara tradisional di samping sesi fisioterapi yang dianjurkan oleh pihak hospital. Buat masa ini biarlah dia bahagia dengan dunianya sementara dia masih boleh ke sana ke mari. Saya tahu semangatnya kuat! Kami akan cuba memberikan apa yang terbaik dan sepenuh kasih sayang padanya.  Kami akan menjaganya sebaik mungkin. Itu sahja yang mampu kami lakukan. Doa saya masih sama seperti hari-hari yang  lalu iaitu dengan harapan Allah menyembuhkan penyakitnya. Semoga Allah menghadirkan keajaiban-Nya. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Penyembuh!
Semoga Allah memberi ketenangan dan kekuatan untuk kami menjalani hidup ini dengan sebaik mungkin demi Naqib.

Doakan saya dan suami tabah dan sihat selalu demi Naqib ya!


p/s: Saya dan suami masih lagi dalam proses menenangkan diri. Diharap pihak keluarga dan rakan-rakan dapat memahami keadaan kami. Buat masa ini saya hanya mampu menerima sms/email/mesej sahaja. Saya tahu anda sangat prihatin tapi fahamilah kami. Doakan kami. Terima kasih di atas segalanya.

.

10 comments:

  1. :(

    moga akak sekeluarga tabah dan mudah2an Naqib akan sembuh.. insya-Allah.. *hugs*

    ReplyDelete
  2. menitik air mata aku sit.
    sit... aku tahu kamu tabah.

    kalau ada rawatan alternatif yg aku tau.. i'll you know.


    .

    ReplyDelete
  3. sabar ye kak..itu jer yg termampu idah ucapkan..idah hrp naqib akan sembuh....

    berubat la walau dgn apa cara skalipun ye kak...kami doakan smua berjalan dgn baik...

    ReplyDelete
  4. wak maye ajat mek ti. jenih mane se weh?

    ReplyDelete
  5. @tasekM
    Tq tas. aku dah ok sikit hr ni. kalo ade, kabo2 la kat aku. esok ni nak gi johor berubat.

    ReplyDelete
  6. @Anonymous
    ye pokcik. dok tahu lg jenis mana sbb doktor kata mungkin ambik masa lama kalo nok tahu jenisnya. dia bg worst condition sbb nok kita sedia. daroh ambik tu utk tentukan jenis dia la tu.

    tq pokcik.

    ReplyDelete
  7. Kak ti, hati ibu mana tak tersentuh tengok anak sakit...

    Boleh try accupuncture kot. Ayah time kena stroke dulu pun ada buat accupuncture. Kita ikhtiar mana yg boleh... Semoga semuanya selamat, insha Allah :-)

    ReplyDelete
  8. esok pg nak gi johor jumpa singseh.

    dgr ciite jahitan awak tetas ye. patutlah in pain! hati2 lah dik oi...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Catatan Seorang Siti 2011. Powered by Blogger.